Anak itik main tepi perigi,
Assalammualaikum dan selamat pagi. 😊
Kononnya kantoi la tu...😮💨
Pergi kebun waktu petang,
Bapak kambing meragut rumput,
Entah la nak sambung macam mana...😌
Kesian dia, membesar tanpa ibunya.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH... Ku sangka 2 ekor rupanya 3 ekor! Anak ke-3 dari ibu anak kambing yang masih remaja. 😅
Sementara senja masih tersisa...
BITTER GINGER (LEMPOYANG/HALIA HUTAN)
Lempoyang mungkin kedengaran pelik pada kebanyakan orang muda hari ini. Namun jika disebut halia hutan, pasti mudah untuk sesiapa saja menggambarkan rupa sebenar lempoyang.
Kerap disebut sebagai halia syampu, tumbuhan daripada kumpulan zingiber ini hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan boleh mencapai ketinggian antara 30 hingga 50 sentimeter (sm) dari tanah.
Sama seperti halia yang lain, lempoyang juga membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Malah rizomnya juga digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera untuk pelbagai masakan, sementara pati rizom digunakan dalam perubatan herba.
Dalam bidang perubatan moden, lempoyang didapati mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum selnya bertukar kepada abnormal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan.
Begitupun, lempoyang sebenarnya sudah lama popular dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Sejak dulu, tumbuhan ini digunakan untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah. Antara kaedah paling popular adalah dengan cara mengambil setengah ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut.
Air perahan lempoyang diminum dengan mencampur sedikit gula atau madu. Selain itu, khasiatnya juga dapat mengubati masalah kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Copy paste dari artikel Harian Metro, Isnin, 13 Mac 2017.
Pautan: https://api.hmetro.com.my/node/213073
Hampir-hampir sahaja terkena mesin rumput. 😮💨
Penyeri The Dusun Paradise. 💚
Alhamdulillah. Senja yang mendamaikan. 💚
Suasana begini setiap pagi..