Teraju Desa Tani merupakan suatu badan Organisasi dibawah Biro Ekonomi, naungan "PERTUBUHAN GERAKAN MASYARAKAT PEDALAMAN SABAH (GMPS) PPM-006-12-13112013. Taman Rakyat, Keningau Sabah. 89007 Keningau. Group ini ditubuhkan adalah hanya semata-mata landasan untok menyebar maklumat khusus untuk penanaman Rockmelon cara sistem fertigasi. Serta pihak admin juga ingin mendengar daripada kala
ngan ahli dalam group ini tentang pandangan yang baik demi memperkasakan pengeluaran buah dalam negeri serta mengurangkan kos import buah khususnya buah Rockmelon. Oleh yang demikian, info drpda tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai demi kebaikan kita bersama. Industri pengeluaran tanaman berasaskan komodoti telah mengalami pelbagai era perubahan dari sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi keperluan makanan tempatan seterusnya mengurangkan kos import makanan Negara yang semakin kompetitif. Bagi memastikan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan yang lebih sistematik dan teratur perlu digabungkan untuk mengoptimumkan hasil yang akan di tuai. Tanaman Rock Melon Kaedah Fertigasi menjadi pilihan untuk diusahakan seterusnya dimajukan kerana pertanian kaedah ini merupakan kaedah pertanian moden, berinovasi dan memberi keuntungan kepada usahawan pertanian yang mengamalkan kaedah ini. Visi
Mempolopori bidang pertanian melalui kaedah Fertigasi dengan mengaplikasikan teknologi terkini, moden dan sistematik. Kami juga berimpian agar Pedalaman ini akan menjadi pengeluar buah Rock Melon yang utama di Sabah serta mampu mengurangkan kos import Rock Melon dan ini sudah tentu sumbangan pertubuhan GMPS sedikit sebanyak akan dapat memberi kesan kepada ekonomi negeri, amnya negara. Misi
Sebagai peneraju dalam bidang pertanian diperingkat Pedalaman, pentadbiran Teraju Desa Tani ingin berkongsi ilmu melalui tanaman fertigasi sebagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat seiring dengan hasrat kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan. Selain daripada itu, missi kami adalah ingin melahirkan para usahawan tempatan yang berdaya maju dan seterusnya berjaya menukarkan trend PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN. Inshaa Allah dengan berkat doa serta ketabahan kalangan kami sebagai warga ahli PERTUBUHAN MASYARAKAT PEDALAMAN, SABAH yang berdaftar, akan mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan atau Kementerian yang berwajib untuk membantu dari segi dana dalam merialisasikan impian kami seperti yang terpahat dalam Missi dan Vissi diatas. ยท