Tuahvet

Tuahvet 202001020074(1376394-V)๐Ÿˆ Your cat is healthy & happy in our care โญ๏ธ 4.9 rating , treated >40k cats

Salam Israโ€™ Miโ€™raj 2024, 27 Rejab 1445H kepada seluruh umat Islam.โ€œPerjalanan Agung Rasulullah SAW sebagai bukti kekuasa...
27/01/2025

Salam Israโ€™ Miโ€™raj 2024, 27 Rejab 1445H kepada seluruh umat Islam.

โ€œPerjalanan Agung Rasulullah SAW sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.โ€

Ikhlas daripada,
Tuahvet

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

Pada 23 Januari 2025, Tuahvet telah mengadakan Townhall bertemakan Challenges: The Pathway to Unlock Your True Potential...
27/01/2025

Pada 23 Januari 2025, Tuahvet telah mengadakan Townhall bertemakan Challenges: The Pathway to Unlock Your True Potential, yang melibatkan pembentangan daripada semua jabatan utama serta perkongsian khas oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Tuahvet.

Dr. Abdul Muhaimin, selaku Pengerusi, membuka acara dengan berkongsi perancangan strategik, termasuk pembukaan cawangan baru dan projek extension di Tuahvet Bertam untuk meningkatkan perkhidmatan. Jabatan Kewangan, diketuai oleh Cik Hasmaliza, membentangkan prestasi kewangan yang kukuh untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan berkualiti.

Dr. Muhammad Syazani dari Jabatan Operasi mengupas isu-isu operasi dan langkah strategik untuk memastikan kepuasan pelanggan, termasuk pembukaan cawangan baru di Kedah. Sementara itu, Puan Siti Suhaiba dari Jabatan Pemasaran mengetengahkan pencapaian kempen sepanjang 2024.

Jabatan Sumber Manusia, di bawah Tuan Fairuz Nizam, p**a membincangkan peluang kerjaya dan usaha penggilapan bakat pasukan. Pengarah Urusan, Dr. Farhah Zaidar, menekankan bagaimana cabaran lalu mengajar kepentingan pengurusan kendiri dan visi yang teratur dalam memastikan kejayaan.

Kami berterima kasih kepada pelanggan setia atas sokongan yang berterusan. Tuahvet komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik pada tahun 2025 dan seterusnya. ๐Ÿ’œ๐Ÿพ

Pada 23 Januari 2025, Tuahvet telah mengadakan Townhall yang bertemakan Challenges: The Pathway to Unlock Your True Pote...
26/01/2025

Pada 23 Januari 2025, Tuahvet telah mengadakan Townhall yang bertemakan Challenges: The Pathway to Unlock Your True Potential. Acara yang amat bermakna ini telah melibatkan pembentangan daripada semua jabatan, termasuk Jabatan Operasi, Pemasaran, Kewangan, Sumber Manusia, serta perkongsian khas oleh Pengerusi Tuahvet dan Pengarah Urusan.

Untuk permulaan,Pengerusi Tuahvet, Dr. Abdul Muhaimin, memberikan gambaran kasar tentang perancangan strategik, termasuk pembukaan cawangan baru serta projek extension di Tuahvet Bertam. Tidak dapat dinafikan, inisiatif ini bakal meningkatkan lagi kapasiti dan perkhidmatan Tuahvet kepada pelanggan, terutamanya di kawasan Bertam. Seterusnya, Jabatan Akaun dan Kewangan, yang diketuai oleh Cik Hasmaliza, membentangkan prestasi kewangan syarikat dengan jelas dan teliti. Pembentangan ini memberikan gambaran penting tentang arah tuju kewangan yang kukuh untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan Tuahvet.

Di samping itu, Jabatan Operasi, yang diketuai oleh Dr. Muhammad Syazani, telah menerangkan secara mendalam tentang isu-isu operasi yang dihadapi sepanjang tahun lalu. Lebih menarik lagi, beliau menerangkan langkah-langkah strategik yang dirancang bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Selain itu, beliau juga berkongsi perancangan pembukaan cawangan baru di Kedah, yang sudah pasti bakal memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan di kawasan tersebut. Seterusnya, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi, yang diketuai oleh Puan Siti Suhaiba, memberikan penjelasan terperinci tentang pencapaian kempen dan program sepanjang 2024.

Dalam pada itu, Jabatan Sumber Manusia, yang diketuai oleh Tuan Fairuz Nizam, turut menyentuh tentang peluang career path di Tuahvet dan akan terus komited untuk membantu dalam penggilapan bakat serta potensi setiap ahli pasukan agar mereka dapat berkembang maju di Tuahvet. Sementara itu, Pengarah Urusan, Dr. Farhah Zaidar, p**a menyentuh perkara yang pernah dihadapi oleh Tuahvet pada tahun lalu. Beliau menekankan tentang bagaimana cabaran tersebut telah mengubah cara pemikiran dalam menangani sesuatu isu, agar tidak memandang remeh dan lebih mengambil berat tentang pesakit si bulus. Selain itu, beliau turut berkongsi kepentingan pengurusan kendiri dengan menanamkan visi yang lebih teratur untuk diri sendiri, yang sememangnya menjadi asas penting dalam mencapai kejayaan yang konsisten.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan setia Tuahvet kerana terus memberikan kepercayaan kepada kami dalam menjaga kesejahteraan si bulus kesayangan anda. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda, kami akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada tahun 2025 dan seterusnya. ๐Ÿ’œ๐Ÿพ

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค

Adakah Tuahvet Akan Membuka Cawangan Baharu? ๐Ÿค”๐ŸŽ‰Kami ada sesuatu yang bakal menggembirakan semua cat parents di luar sana...
25/01/2025

Adakah Tuahvet Akan Membuka Cawangan Baharu? ๐Ÿค”๐ŸŽ‰

Kami ada sesuatu yang bakal menggembirakan semua cat parents di luar sana! ๐Ÿพ Jom sertai kami dalam TikTok LIVE bersama Alya untuk mengetahui jawapannya dan kejutan lain yang menanti!

๐Ÿ“… Tarikh: Selasa, 28 Januari 2025
โฐ Waktu: 10.30 pagi
๐Ÿ“ Platform: TikTok Tuahvet

Ada tekaan lokasi baru ini? Jangan lupa komen di bawah! ๐Ÿ˜‰

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค

"Pilihan Yang Tepat Dengan Pakej Mandul RnR ๐Ÿพ"Risau tentang penjagaan si bulus selepas pemandulan? Kami ada penyelesaian...
22/01/2025

"Pilihan Yang Tepat Dengan Pakej Mandul RnR ๐Ÿพ"

Risau tentang penjagaan si bulus selepas pemandulan? Kami ada penyelesaian yang terbaik untuk anda! Pakej Mandul RnR kami menawarkan penjagaan menyeluruh bagi memastikan si bulus pulih dengan selesa. Dengan pakej ini, anda dapat menikmati ketenangan fikiran kerana kami akan menguruskan semua keperluan pemulihan si bulus anda selepas mandul.

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut dan tempahan temujanji.

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

โœจ 8 Jam Back-to-Back Program Cat Care4Life di MADAD! โœจPernah terfikir macam mana nak jaga kucing dengan lebih baik? ๐Ÿฑ๐Ÿ’ก J...
22/01/2025

โœจ 8 Jam Back-to-Back Program Cat Care4Life di MADAD! โœจ

Pernah terfikir macam mana nak jaga kucing dengan lebih baik? ๐Ÿฑ๐Ÿ’ก Jangan lepaskan peluang TikTok LIVE eksklusif bersama Tuahvet!

Kami bawakan 8 jam non-stop penuh ilmu tentang penjagaan kucing, rawatan, dan tips berguna terus dari pakar! ๐Ÿ“ข๐Ÿพ

Bayangkan dapat belajar terus dari doktor veterinar dan pakar kucing, sambil berinteraksi secara langsung! Tak perlu risau lagi tentang kesihatan si bulus. ๐Ÿ˜ปโœจ

โœจ Bukan sekadar TikTok LIVE! Jom datang terus ke MADAD sebab ada banyak aktiviti menarik menantiโ€”pemeriksaan kesihatan kucing, pertandingan, vaksin harga rahmah, pameran dan pelbagai kejutan khas untuk pencinta kucing! ๐ŸŽ‰๐Ÿพ

Save the date! ๐Ÿ—“๏ธ 24 Januari 2025 | Jumaat | 8:00 am - 4:00 pm

๐Ÿ“Œ Rumah Kahwin, Murtadha Dakwah Centre (MADAD)

Jangan lupa follow dan standby di TikTok LIVE! ๐ŸŽฅ๐Ÿ”ด

Hi cat parents,Sempena Israk & Mikraj serta Tahun Baru Cina, semua cawangan Tuahvet akan beroperasi seperti biasa pada:๐Ÿ“…...
21/01/2025

Hi cat parents,
Sempena Israk & Mikraj serta Tahun Baru Cina, semua cawangan Tuahvet akan beroperasi seperti biasa pada:

๐Ÿ“… 27 Januari 2025 (Isnin)
๐Ÿ“… 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)

Waktu operasi tetap sama:
โฐ 10:00 pagi - 7:00 petang
โธ๏ธ Waktu rehat: 1:30 petang - 3:00 petang

Jangan lupa, temui team Tuahvet Ronda di Rumah Kawin MADAD pada 24 Januari ini! Potongan sehingga 30% untuk pemandulan dan vaksinasi! ๐Ÿ˜ธ

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

JOM TEMUI TEAM TUAHVET RONDA DI MADAD PADA 24 JANUARI 2025 INI!Dan dapatkan vaksin harga vaksin TERPALING rahmah ๐Ÿ˜†Bersem...
21/01/2025

JOM TEMUI TEAM TUAHVET RONDA DI MADAD PADA 24 JANUARI 2025 INI!

Dan dapatkan vaksin harga vaksin TERPALING rahmah ๐Ÿ˜†

Bersempena Festival MADAD, anda bukan sahaja dapat beriadah bersama keluarga bahkan juga boleh mendapatkan servis konsultasi secara PERCUMA untuk si bulus kesayangan. Pelbagai hadiah menarik disediakan di booth Tuahvet ๐Ÿˆ

Hubungi Tuahvet untuk maklumat lanjut di linktr.ee/tuahvet โ˜Ž๏ธ

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐š๐ก๐ฏ๐ž๐ญ!"Kami di Tuahvet sangat berbesar hati dapat memberikan yang terbaik untuk semua...
20/01/2025

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐š๐ก๐ฏ๐ž๐ญ!"

Kami di Tuahvet sangat berbesar hati dapat memberikan yang terbaik untuk semua anak bulus dan cat parents yang berkunjung ke 3๏ธโƒฃ buah cawangan kami. Semoga setiap kunjungan anda bersama kami dapat mencipta memori indah buat anda dan si bulus tersayang! ๐Ÿฅฐ

Ada sebarang pertanyaan mengenai kesihatan si bulus? Klik link ini untuk bantuan lanjut!
๐Ÿ“ฒ linktr.ee/tuahvet

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

JOM KE BOOTH TUAHVET DI FESTIVAL MADAD PADA 24 JANUARI 2025! ๐ŸพMacam-macam ada di booth kami! Boleh bawa si bulus untuk v...
20/01/2025

JOM KE BOOTH TUAHVET DI FESTIVAL MADAD PADA 24 JANUARI 2025! ๐Ÿพ

Macam-macam ada di booth kami! Boleh bawa si bulus untuk vaksin, dapatkan kupon penjimatan sehingga 30% bagi pemandulan dan vaksinasi, rebut pelbagai hadiah menarik, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang, bawa si bulus jalan-jalan dan teruskan vaksinasi di booth kami! ๐ŸŽ‰

JOM TEMUI TEAM TUAHVET RONDA DI MADAD PADA 24 JANUARI 2025 INI!Dan dapatkan vaksin harga vaksin TERPALING rahmah ๐Ÿ˜†Bersem...
20/01/2025

JOM TEMUI TEAM TUAHVET RONDA DI MADAD PADA 24 JANUARI 2025 INI!

Dan dapatkan vaksin harga vaksin TERPALING rahmah ๐Ÿ˜†

Bersempena Festival MADAD, anda bukan sahaja dapat beriadah bersama keluarga bahkan juga boleh mendapatkan servis konsultasi secara percuma untuk si bulus kesayangan. Pelbagai hadiah menarik disediakan di booth Tuahvet. Jangan lupa sertai pelbagai pertandingan untuk si bulus anda ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Klik link pendaftaran untuk penyertaan pertandingan https://bit.ly/MADADFEST25-CAT-FASHION-SHOW atau hubungi Tuahvet untuk maklumat lanjut di linktr.ee/tuahvet โ˜Ž๏ธ

Mamimune: Immune Booster Si Bulus Anda! Kuatkan imuniti si bulus dengan Mamimune, suplemen yang membantu mencantikkan ku...
18/01/2025

Mamimune: Immune Booster Si Bulus Anda!

Kuatkan imuniti si bulus dengan Mamimune, suplemen yang membantu mencantikkan kulit, meningkatkan sistem imun, dan menaikkan selera makan mereka. ๐Ÿ’ช

โ“ Anak bulus baru lahir? Dalam pemulihan?
Mamimune ialah pilihan terbaik untuk memastikan si bulus kekal aktif, sihat, dan ceria sepanjang hari! โค๏ธ

๐Ÿ’ก Nak tahu lebih lanjut?
Rujuk poster ini untuk info lengkap. Ingat, apa-apa tindakan harus mendapatkan consultation & prescription dari doktor veterinar terlebih dahulu ya! ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ

๐Ÿ“ Di mana nak dapatkan Mamimune?
Kunjungi klinik Tuahvet untuk sesi konsultasi bersama doktor kami. Cat parents boleh terus beli Mamimune di klinik selepas konsultasi ๐Ÿ˜Š

Hi cat parents!Untuk makluman ketiga-tiga cawangan Tuahvet di Bertam, Padang Serai, dan Kulim ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ pada 23 J...
17/01/2025

Hi cat parents!

Untuk makluman ketiga-tiga cawangan Tuahvet di Bertam, Padang Serai, dan Kulim ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ pada 23 Januari 2025 (Khamis) bagi memberi laluan kepada aktiviti klinik dan akan beroperasi semula pada 24 Januari 2025 (Jumaat).

Ada soalan tentang si bulus? Klik sini:
๐Ÿ“ฒ linktr.ee/tuahvet

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

Si Bulus mudah stres bila naik kereta atau travel jauh? Jangan biarkan mereka rasa gelisah setiap kali perjalanan bermul...
15/01/2025

Si Bulus mudah stres bila naik kereta atau travel jauh? Jangan biarkan mereka rasa gelisah setiap kali perjalanan bermula!

KalmVet direka khas untuk membantu menenangkan si bulus anda dalam situasi mencabar, terutamanya semasa perjalanan. Dengan rutin yang betul, si bulus anda akan kekal tenang dan selesa, menjadikan perjalanan lebih lancar untuk semua.

Mulakan pemberian KalmVet di bawah lima minggu sebelum perjalanan untuk kesan yang maksimum! Tidak perlu risau lagi dengan si bulus yang resah sepanjang perjalanan anda dan si bulus boleh menikmati pengalaman bersama dengan lebih tenang.

Ada soalan tentang KalmVet? Hubungi team Tuahvet untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh walk-in ke mana-mana cawangan Tuahvet untuk consult bersama doktor veterinar kami! Pastikan si bulus anda berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk perjalanan akan datang.

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

Kenapa dan Bila Perlu Gunakan Shampoo Berubat untuk Kucing Anda? ๐ŸพJangan terlepas sesi LIVE TikTok bersama Alya dari Tua...
14/01/2025

Kenapa dan Bila Perlu Gunakan Shampoo Berubat untuk Kucing Anda? ๐Ÿพ

Jangan terlepas sesi LIVE TikTok bersama Alya dari Tuahvet! Kami akan berkongsi info penting tentang shampoo berubatโ€”bila patut guna dan bagaimana ia boleh membantu si bulus kekal sihat dan bebas masalah kulit.

๐Ÿ—“ Tarikh: Selasa, 20 Januari 2025
โฐ Waktu: 10:30 pagi
๐Ÿ“ Platform: TikTok Tuahvet

Ada soalan tentang penjagaan kulit kucing? Letakkan soalan anda di komen! ๐Ÿ“ฉ

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐š๐ก๐ฏ๐ž๐ญ!"Kami di Tuahvet sangat berbesar hati dapat memberikan yang terbaik untuk semua...
12/01/2025

"๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐š๐ก๐ฏ๐ž๐ญ!"

Kami di Tuahvet sangat berbesar hati dapat memberikan yang terbaik untuk semua anak bulus dan cat parents yang berkunjung ke โฟฃ buah cawangan kami. Semoga setiap kunjungan anda bersama kami dapat mencipta memori indah buat anda dan si bulus tersayang! ๐Ÿฅฐ

Ada sebarang pertanyaan mengenai kesihatan si bulus? Klik link ini untuk bantuan lanjut!
๐Ÿ“ฒ linktr.ee/tuahvet

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค ๐Ÿ’œ

Tuahvet Bertam Berwajah Baru! ๐ŸŽ‰Tuahvet ada kejutan luar biasa untuk cat parents! ๐Ÿพ Selain pembukaan cawangan baru, kami ...
11/01/2025

Tuahvet Bertam Berwajah Baru! ๐ŸŽ‰

Tuahvet ada kejutan luar biasa untuk cat parents! ๐Ÿพ Selain pembukaan cawangan baru, kami ada berita tergempar yang akan kami dedahkan khas dalam sesi LIVE nanti!

Jom sertai LIVE eksklusif di TikTok Tuahvet untuk melihat apa yang berubah dan apa yang kami sediakan khas buat si bulus dan cat parents di Bertam!

๐Ÿ—“ Tarikh: Selasa, 14 Januari 2025
โฐ Waktu: 10.00 pagi

Mungkin ada yang sudah datang ke cawangan Tuahvet Bertam dan nampak sesuatu berbeza? Cuba komen di bawah! ๐Ÿ˜‰

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค

10/01/2025

Si Bulus Ada Masalah Dalaman? Jangan Risau, Kami Ada Jawapannya!

๐Ÿ” Ultrasound di Tuahvet

Kini anda boleh mengetahui keadaan kesihatan dalaman kucing anda dengan lebih tepat!

Ultrasound membantu mengenal pasti masalah seperti:
โœ… Batu karang
โœ… Masalah hati & buah pinggang
โœ… Kehamilan

Dengan pemeriksaan yang tepat, rawatan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐˜ƒ๐—ฒ๐˜ - ๐˜ˆ ๐˜Š๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜บ ๐˜๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค

Address

NO 25 Jalan DAGANGAN 10
Kepala Batas

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Friday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 13:30
15:00 - 19:00

Telephone

+6045766616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuahvet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tuahvet:

Videos

Share