![](https://img3.voofla.com/325/217/357213923252171.jpg)
23/07/2022
12 Hari lagi ke MAHA 2022 - PAMERAN PERTANIAN TERULUNG DI MALAYSIA
Selepas hampir 2 tahun berhibernasi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, penganjuran Pameran dwitahunan Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA), Pameran Pertanian yang terulung di Malaysia kembali ke MAPS Serdang pada
4 - 14 Ogos 2022. Acara selama 11 hari in bertujuan untuk mempromosikan sektor Pertanian dan industri Makanan.
Selain itu, menghimpunkan juga kesemua pemain industri yang terdapat dalam ekosistem pertanian dan rantaian bekalan makanan daripada pembekal input, syarikat pemprosesan, pengedar logistik serta lain-lain lagi.
Kerajaan menjadikan subsektor Agromakanan sebagai keutamaan bagi memperkukuhkan
lagi agenda sekuriti makanan negara dan sekaligus membantu menjana pendapatan lebih baik bagi pengusaha industri pertanian.
Dengan adanya pelbagai tawaran peluang perniagaan daripada industri yang sedang berkembang pesat ini, diharapkan MAHA 2022 mampu menggalakkan lebih ramai usahawan muda terutamanya graduan baru untuk menceburi
industri Agromakanan.
Sumber pengetahuan yang komprehensif, minda yang kreatif dan tenaga yang dimiliki oleh golongan ini sudah pasti mampu membawa industri ini ke tahap yang lebih tinggi. Pembangunan dan pengaplikasian amalan yang menggalakkan inovasi ke arah Pertanian Lestari serta mesa alam mampu memberikan keuntungan yang lebih lumayan sekaligus meningkatkan pengeluaran hasil pertanian yang mampan.
Disamping itu, aktiviti Agropelancongan juga membuka peluang kepada pemain industri pertanian serta penduduk luar bandar untuk memastikan adanya sumber pendapatan yang berterusan dalam usaha merapatkan jurang pendapatan di negara ini. Melalui aktiviti Agropelancongan juga, pengunjung akan didedahkan informasi tentang pertanian antaranya peluang kerjaya, produk pertanian, makanan tradisional dan lain-lain lagi termasuk pengenalan mengenai leman budaya dan tradisi yang diamalkan oleh komuniti tempatan.
Ini secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi komuniti petani dan pendapatan negara
secarakeseluruhannya.
Sertai MAHA 2022 dan manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk sama-sama kita realisasikan usaha memantapkan sekuriti dan kedaulatan makanan negara satu realiti, untuk masa depan yang lebih baik. Selain
dapat mewujudkan rangkaian perniagaan baharu dan mempelajari kaedah dan inovasi pertanian terkini, peserta juga menjadi sebahagian daripada penggerak dalam mendorong Malaysia menjadi peneraju revolusi
pertanian global. Pamerkan produk dan teknologi anda, pada masa yang sama rebut peluang untuk terokai peluang perniagaan dan luaskan pasaran. Bentuk kolaborasi dengan rakan niaga yang berdaya saing dan kukuhkan rangkaian perniagaan anda.
JUMPA ANDA DI MAHA 2022!
📆 4 - 14 Ogos 2022 (Khamis - Ahad)
⏰ 10.00 pagi - 10.00 malam
đź“Ť MAEPS Serdang
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Expo MAHA