Catland Vet Kluang

Catland Vet Kluang Your friendly cat's clinic. Based in Taman Kluang Perdana, Kluang Johor.

💜Jom kita selami dan fahami si bulus kita, jadilah catparents yang prihatin
02/01/2025

💜Jom kita selami dan fahami si bulus kita, jadilah catparents yang prihatin

🎉 Kalendar Promosi 2025 Catland Vet Kluang Tiba! 🎉Tahun 2025 bakal penuh dengan tawaran hebat dan diskaun eksklusif untu...
31/12/2024

🎉 Kalendar Promosi 2025 Catland Vet Kluang Tiba! 🎉

Tahun 2025 bakal penuh dengan tawaran hebat dan diskaun eksklusif untuk si comel anda! 🐾✨ Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai promosi sepanjang tahun.

Stay tuned, lebih banyak kejutan menanti! 💥🐱

http://www.wasap.my/+60195430063

31/12/2024

🌟 Selamat Tinggal 2024, Hello 2025! 🌟

Terima kasih atas sokongan luar biasa anda sepanjang tahun 2024! 🙏💚 Di Catland Vet Kluang, kami amat menghargai kepercayaan yang anda berikan. Tanpa anda, tiada kami!

Mari kita sambut tahun baru dengan lebih banyak senyuman, penjagaan terbaik untuk si comel, dan kenangan indah bersama! 🐱💫

💜Catland Vet menyokong seruan seperti dibawah✔️Jangan zalimi haiwan“Setiap nyawa itu bernilai dan kebajikan haiwan mence...
21/12/2024

💜Catland Vet menyokong seruan seperti dibawah✔️

Jangan zalimi haiwan

“Setiap nyawa itu bernilai dan kebajikan haiwan mencerminkan kematangan serta keprihatinan sesebuah masyarakat,” - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin

(Sumber : Bernama)

💜NOTIS KETIADAAAN DOKTOR💜Buat makluman semua pelanggan, doktor hanya bertugas jam 10 am - 4.30pm pada ESOK (RABU, 23 Okt...
22/10/2024

💜NOTIS KETIADAAAN DOKTOR💜

Buat makluman semua pelanggan, doktor hanya bertugas jam 10 am - 4.30pm pada ESOK (RABU, 23 Oktober 2024) kerana menghadiri seminar bagi meningkatkan kualiti servis🫰 Klinik catland tetap akan dibuka sehingga jam 6pm untuk pembelian produk, servis grooming & book appointment servis💜

Terima kasih😊

💜BSH Cryptorchidism💜Hai semua, nama saya TanTan. Saya dah selamat menjalani operation buang biji telur daripada dalam pe...
02/10/2024

💜BSH Cryptorchidism💜

Hai semua, nama saya TanTan. Saya dah selamat menjalani operation buang biji telur daripada dalam perut saya di Catland Vet Kluang. Doktor bagitahu keadaan saya dipanggil Crytorchidism. Ia adalah satu keadaan dimana kucing jantan hanya ada 1 biji telur berada dalam kantung, dan sebiji lagi telur gagal untuk turun ke dalam kantung. Sebiji telur itu kemungkinan berada di bawah tisu kulit berdekatan skrotum atau berada dalam abdomen perut. Keadaan ini boleh di kenalpasti semasa pemeriksaan oleh Vet.

Ya! Keadaan ini JARANG berlaku tetapi masih boleh berlaku tanpa anda sedari. Keadaan ini akan mempengaruhi tingkah laku, kesuburan, kestabilan hormon, dan berpotensi memberi komplikasi dalaman di usia tua kucing anda.

Hah, perlukan kepastian Doktor mengenai kucing jantan anda? Jom ke Catland Vet Kluang(Parkland) untuk dapatkan jawapannya!

KLINIK BUKA SETIAP HARI (10am - 6pm)
Boleh whatsapp :
👉https://www.wasap.my/+60195430063

01/10/2024

💜💜💜CPR & Emergency Training💜💜💜

Buat makluman semua, semua team klinik telah menjalani latihan teknik CPR & bantuan kecemasan khas untuk kucing. Procedur CPR(resustitasi kardio-pulmonari) yang betul dan berkesan mampu menyelamatkan nyawa si bulus anda dalam situasi di mana JANTUNG atau PERNAFASAN tiba-tiba terhenti.

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kami yang sabar, Dr Hawa😊🫰

Catlandvet akan terus berusaha berikan terbaik untuk kucing-kucing kesayanga anda😊

💜💜💜 Klinik tutup 3 hari 💜💜💜Buat makluman semua, klinik kucing catland TUTUP selama 3 hari bermula 27 Sept(Jumaat) sehing...
26/09/2024

💜💜💜 Klinik tutup 3 hari 💜💜💜

Buat makluman semua, klinik kucing catland TUTUP selama 3 hari bermula 27 Sept(Jumaat) sehingga 29 Sep 2024(Ahad). Mohon maaf atas sebarang kesulitan. Sila rancang perjalanan anda😊 Kami akan buka seperti biasa pada isnin 30 september.

Terima kasih buat pelanggan yang sentiasa memberi sokongan pada kami💜

💜Klinik buka Hari Malaysia💜Buat makluman pelanggan kami, klinik kucing catland akan beroperasi pada Hari Malaysia 16 sep...
15/09/2024

💜Klinik buka Hari Malaysia💜

Buat makluman pelanggan kami, klinik kucing catland akan beroperasi pada Hari Malaysia 16 september, jam 10am-5pm sahaja. Sekiranya anda memerlukan servis veterinar berkaitan haiwan, boleh terus walk in ke klinik. Kami akan berusaha memberi servis yang terbaik semampu kami😉

Selamat bercuti buat semua & take care.

13/09/2024

Kehadapan Tuan kesayanganku,

Setiap hari kau dah buat yang terbaik, jangan rasa lelah dengan setiap cabaran yang menimpamu, semua itu hanyalah ujian yang mendewasakanmu

Daripada,
Kucing kesayanganmu

10/09/2024

💜Housecall Kucing di Kluang, Johor 💜

Tak ada kenderaan untuk ke vet? Kucing rumah banyak untuk dibawa? Kucing mabuk naik kereta?

Klinik kucing Catland, Kluang kini menawarkan servis terbaru iaitu "housecall/house visit", Doktor vet datang ke rumah anda untuk memberi vaksin, ubat cacing, ubat kutu, rawatan ringkas dan juga ultrasound kucing di rumah anda!

Berminat? Boleh whatsapp kami untuk makluman lanjut😊
https://www.wasap.my/+60195430063

*tertakluk pada terma dan syarat

03/09/2024

💜Gosok Gigi Kucing💜

Tau tak si bulus kita pon perlu gosok gigi macam kita? Terutamanya si bulus yang gemar makan wet food setiap hari. Sisa makanan akan tersekat di antara gigi dan menyebabkan keradangan pada gusi. Lama-kelamaan gigi kucing kita akan goyah dan rosak.

Tanda-tanda sakit gigi pada kucing :
- tak nak makan
- meraung ketika mengunyah makanan
- air liur meleleh berserta darah
- mulut berbau busuk
- bulu badan yang kusut masai (sakit mulut nak jilat badan)

Keadan ini semua dapat dielakkan dengan penjagaan gigi kucing daripada awal. Sekiranya sudah terlambat, kucing kita perlu melalui proses cabutan gigi yang rosak dan menyakitkan.

Jom dapatkan dental set khas kucing di Catland Vet Klinik, kami ada jual 2 range ubat gigi dan silicone brush yang sesuai untuk si bulus anda🫰😊

Nak tau lebih lanjut mengenai ubat gigi dan berus gigi kucing..Whatsapp kami👇👇👇
https://www.wasap.my/+60195430063
https://www.wasap.my/+60195430063
https://www.wasap.my/+60195430063

💜Klinik Buka 31 Ogos💜Buat makluman semua, klinik kucing catland akan BUKA beroperasi jam 10am-5pm pada hari esok. Sekira...
30/08/2024

💜Klinik Buka 31 Ogos💜

Buat makluman semua, klinik kucing catland akan BUKA beroperasi jam 10am-5pm pada hari esok. Sekiranya anda memerlukan bantuan perkhidmatan veterinar, boleh terus walk-in pada esok hari🤗💜

Salam Kemerdekaan! Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelanggan yang dihormati.

16/08/2024

💜Buat semua yang masih belum mengenali klinik kucing Catland💜

Untuk makluman, kami beroperasi SETIAP HARI, jam 10am - 6pm👍 Jemput datang semua catparents..InsyaAllah kami akan memberikan servis sebaik yang kami mampu🥰

Segala pertanyaan atau appointment, boleh whatsapp kami :
👉 https://www.wasap.my/+60195430063

Address

63, Ground Floor, Jalan Kluang Perdana 1, Taman Kluang Perdana
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 15:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Telephone

+60195430063

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Catland Vet Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Catland Vet Kluang:

Videos

Share

Category