23/01/2024
Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kebakaran di bangunan Wisma Tanjong,Pirasan semalam, yang turut melibatkan Klinik Haiwan Kota Belud yang menetap di Kedai No.2 bangunan tersebut.
Dengan itu,tujuan notis ini adalah untuk pemberitahuan keselamatan pesakit-pesakit haiwan yang di wad di premis klinik kini adalah selamat dan sudah berjaya dialih ke lokasi yang selamat. Doktor sudah menjalankan pemeriksaan rapi setiap haiwan terlibat,semua haiwan dalam keadaan stabil sekarang ini.
Notis ini juga bertindak sebagai pemberitahuan penutupan klinik sementara waktu kerana segala urusan pemeriksaan haiwan tidak dapat dilakukan akibat kejadian ini. Segala temujanji akan dibatalkan serta merta.
Sekian dan Harap Maklum.
Mohon maaf atas segala kesulitan.