Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS/LATIHAN UMK-JPV KELANTANKOTA BHARU, 13 Februari – Mesyuarat Penyelarasan Kursus/Latihan an...
13/02/2025

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS/LATIHAN UMK-JPV KELANTAN

KOTA BHARU, 13 Februari – Mesyuarat Penyelarasan Kursus/Latihan anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Katjang, Ibu Pejabat JPV Kelantan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JPV Kelantan, Dr. Yahasmida binti Yaacob, bertujuan menyelaraskan perancangan kursus dan latihan yang akan dijalankan secara kerjasama antara kedua-dua pihak.

Bengkel MyPortfolio dan Deskripsi Tugas Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JPVNKPada 11 Februari 2025, satu bengkel berke...
13/02/2025

Bengkel MyPortfolio dan Deskripsi Tugas Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JPVNK

Pada 11 Februari 2025, satu bengkel berkenaan MyPortfolio dan Deskripsi Tugas Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK) telah diadakan di Bilik Katjang, Ibu Pejabat JPVNK, Kubang Kerian. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Muiz bin Azmi dari Bahagian Khidmat Pengurusan JPVNK.

12/02/2025
Bengkel Pengukuhan Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan 2024 Perkasa Industri PenternakanKUBANG KERIAN, – Sesi Libat Uru...
12/02/2025

Bengkel Pengukuhan Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan 2024 Perkasa Industri Penternakan

KUBANG KERIAN, – Sesi Libat Urus dan Bengkel Pengukuhan Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan 2024 bersama pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia telah diadakan pada 10 hingga 11 Februari 2025 di Al-Khatiri, Kubang Kerian.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah JPV Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida binti Yaacob, dan bertujuan memperkukuh pelaksanaan enakmen serta mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan. Sesi ini turut melibatkan perbincangan teknikal dan cadangan penambahbaikan bagi memperkasa sistem pendaftaran ternakan ruminan di negeri Kelantan ini.

Diharapkan, hasil bengkel ini dapat meningkatkan pengurusan ternakan ruminan secara lebih sistematik dan mampan demi kemajuan industri penternakan tempatan.

Mesyuarat World Rabies Day 2025 di KelantanKUBANG KERIAN, 9 Februari 2025 - Mesyuarat World Rabies Day 2025 telah diadak...
09/02/2025

Mesyuarat World Rabies Day 2025 di Kelantan

KUBANG KERIAN, 9 Februari 2025 - Mesyuarat World Rabies Day 2025 telah diadakan hari ini di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Dr. Yahasmida binti Yaacob, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan turut dihadiri wakil dari Kelantan Tourist Information Centre (TIC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta NGO Lions Club (Voice for the Voiceless).

Perbincangan Projek Pengukuhan Industri Kambing di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kela...
04/02/2025

Perbincangan Projek Pengukuhan Industri Kambing di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada 4 Februari 2025

Sesi Libat Urus Bersama Penternak Kambing Susu Negeri Kelantan pada 3 Februari 2025 di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabata...
04/02/2025

Sesi Libat Urus Bersama Penternak Kambing Susu Negeri Kelantan pada 3 Februari 2025 di Bilik Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Kubang Kerian.

TAZKIRAH BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN : PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADANKOTA BHARU, 2 Februari 2025...
03/02/2025

TAZKIRAH BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN : PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADAN

KOTA BHARU, 2 Februari 2025 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Tazkirah Bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Taufik Tee bin Abdullah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan tajuk Persediaan Menyambut Bulan Ramadan.

Dalam tazkirah tersebut, beliau menekankan kepentingan bersyukur atas peluang menyambut Ramadan serta mengingatkan tentang ganjaran pahala berlipat kali ganda sepanjang bulan tersebut. Antara amalan yang digalakkan ialah bersahur, solat berjemaah, tahajud, tarawih, bersedekah, serta memperbanyakkan bacaan al-Quran.

03/02/2025
03/02/2025
03/02/2025
Lawatan YB Mejar(B) Dato' Haji Md Anizam Ab Rahman Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kerajaan N...
03/02/2025

Lawatan YB Mejar(B) Dato' Haji Md Anizam Ab Rahman Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Ke Ladang Rong Chenok, Pasir Mas. Turut hadir dalam lawatan tersebut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida Binti Yaacob

26/01/2025

79 likes, 15 comments. “Episod 2 : Agropreneur Muda”

Kunjung Hormat Pengarah DBP Wilayah Timur Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar KelantanKOTA BHARU, 26 Januari 2025 Pengarah...
26/01/2025

Kunjung Hormat Pengarah DBP Wilayah Timur Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan

KOTA BHARU, 26 Januari 2025 Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Puan Ariza binti Che Ismail bersama Timbalan Pengarah DBP Wilayah Timur, Puan Zahani Che Ismail dan Puan Nor Hidayah Illias telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida Binti Yaacob, di ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Kubang Kerian.

Turut hadir dalam program tersebut Dr. Khairun Anisa binti Mat Yazid, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan dan Dr Ainin Syakirah binti Rosli, Bahagian Kesihatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, khususnya dalam sektor perkhidmatan awam dan komunikasi rasmi jabatan.

Dalam pertemuan tersebut, Puan Ariza binti Che Ismail telah berkongsi inisiatif DBP dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan berkesan dalam pelbagai dokumen rasmi. Beliau turut mencadangkan penganjuran bengkel dan program latihan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan yang boleh dilaksanakan bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Dr. Yahasmida Binti Yaacob p**a menyatakan komitmen jabatan tersebut dalam menyokong usaha DBP. Beliau menegaskan pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan rasmi bagi memastikan imej jabatan sentiasa profesional dan berkualiti tinggi. Usaha sebegini diharap dapat mengukuhkan lagi peranan bahasa kebangsaan dalam sektor awam sekaligus menyokong aspirasi kebangsaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran.

Bengkel Pemantapan RMK13 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan di Lalang's Resort & Spa JeliJeli, 22-23 Januari...
26/01/2025

Bengkel Pemantapan RMK13 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan di Lalang's Resort & Spa Jeli

Jeli, 22-23 Januari 2025 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Pemantapan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bertempat di Lalang's Resort & Spa, Jeli. Bengkel dua hari tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida Binti Yaacob. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Encik Shahiran bin Shaari, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan pelaksanaan RMK13 di peringkat negeri Kelantan, dengan fokus kepada pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan veterinar, peningkatan mutu perkhidmatan, dan perancangan strategik dalam sektor veterinar.

Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan dalam bidang veterinar, di samping merancang langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menjayakan RMK13 dalam konteks negeri Kelantan.

Address

Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097652811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan:

Videos

Share

Category