Pet Mover KK

Pet Mover KK We help you to apply for Vet Health Certificate and Export Permit, for the purpose of pet relocation.

10/12/2022

Salam sejahtera!

Selamat datang ke Pet Mover KK (Pet Mover Kota Kinabalu). Kami adalah perniagaan perdagangan berdaftar yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Jika anda mahu memindahkan haiwan peliharaan anda seperti kucing dan anjing, dari Sabah ke Semenanjung Malaysia (atau dari Semenanjung Malaysia ke Sabah), kami akan membantu anda untuk memohon semua dokumen yang diperlukan, termasuk:

1. Sijil Kesihatan Vet (bagi haiwan peliharaan yang terlibat).

2. Permit Eksport.

3. Permit Import.

Kami telah memutuskan untuk menawarkan perkhidmatan kami memandangkan terdapat begitu ramai orang di luar sana yang tidak mempunyai petunjuk sedikit pun tentang cara memindahkan haiwan peliharaan mereka dan ingin mengelakkan kerumitan.

Harga pasaran ialah sekitar RM1500 bagi seekor kucing/anjing. Tapi kami hanya mengenakan bayaran LUMP SUM sebanyak RM1200 sahaja bagi setiap haiwan peliharaan, tiada caj tersembunyi! Bayaran ini termasuk:

1. Pemeriksaan perubatan haiwan kesayangan atau Medical Check-Up (untuk tujuan Sijil Kesihatan - kami akan membawa haiwan kesayangan anda ke Klinik Haiwan Kerajaan, secara peribadi).

2. Permit Eksport Haiwan Kesayangan.

3. Permit Import Haiwan Kesayangan.

Semua haiwan peliharaan akan pergi BERSAMA ANDA, dalam PENERBANGAN YANG SAMA, tetapi di bahagian bagasi daftar-masuk (BUKAN dibawa di tangan/NOT hand-carry). Oleh itu, haiwan kesayangan anda akan tiba pada MASA YANG SAMA anda tiba, di lapangan terbang.

Sila diingatkan bahawa anda perlu memastikan SEMUA haiwan peliharaan anda telah:

1. Diberi vaksin terbaru (tahunan), termasuk ubat cacing dan ubat kutu.

2. Disuntik dengan vaksin Rabies (untuk kucing dan anjing).

3. Bercip mikro (dipasang dengan Mikrocip).

4. Buku fizikal vaksin telah dikemaskini.

Selepas semua ini dilakukan, BARULAH, kami akan dapat membantu anda.

Jika, sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan semua ini, kami boleh membantu anda, tetapi yuran kami mungkin akan digandakan, kerana kami akan menjadi orang yang akan melakukan semua tugas di atas, dari A-Z. Untuk ini, anda perlu berbincang dengan kami secara terperinci.

Sila ingat juga, SEMUA haiwan peliharaan WAJIB berada di Kota Kinabalu, untuk anda boleh menggunakan perkhidmatan kami. Kami TIDAK mengambil haiwan peliharaan di luar daerah Kota Kinabalu.

Jika anda ingin memindahkan kucing atau anjing kesayangan dari Semenanjung ke Sabah, harga mungkin akan berbeza sedikit dan tertakluk kepada ketersediaan (availability). Selain itu, SYARAT tertentu mesti dipatuhi, seperti, haiwan peliharaan anda mesti berada dalam kawasan Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila whatsapp kami di https://wa.me/+60179848358

Terima kasih dan semoga hari ini menyenangkan!

Salam Sejahtera,
Pet Mover KK

09/12/2022

Tahukah anda?

Jika anda ingin membawa kucing atau anjing peliharaan ke Semenanjung Malaysia, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda dibenarkan berbuat demikian. Pertama sekali, kucing dan anjing anda haruslah berusia 6 bulan ke atas.

Kemudian anda haruslah membawa mereka ke hospital haiwan kerajaan atau klinik haiwan swasta, bagi mendapatkan suntikan vaksin termasuk ubat kutu dan ubat cacing (tahunan), suntikan vaksin (untuk melindungi dari penyakit Rabies dan akhir sekali, dapatkan Mikrocip.

Setiap haiwan peliharaan juga mesti mempunyai buku vaksin mereka sendiri dan buku ini mestilah mempunyai semua maklumat tentang segala jenis rawatan yang kucing atau anjing anda pernah terima, sama ada dari hospital haiwan kerajaan, atau dari klinik haiwan swasta. Dalam erti kata lain, buku vaksin ini tidak boleh hilang!

Setelah semua urusan yang berkaitan kesihatan haiwan peliharaan anda selesai, anda sudah boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan Sijil Kesihatan, Eksport Permit dan Import Permit, untuk kesemua kucing atau anjing anda.

Untuk makluman anda, suntikan vaksin tahunan, suntikan Rabies dan mikrocip, adalah 3 perkara PENTING yang WAJIB ada, untuk setiap kucing atau anjing peliharaan, yang ingin anda bawa ke Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat ini juga terpakai kepada anda yang ingin membawa masuk kucing atau anjing, dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. Walau bagaimanapun, kucing atau anjing peliharaan dari Semenanjung Malaysia, perlu menjalani tempoh kuarantin selama 2 bulan di Pusat Kuarantin Haiwan Kinarut.

Jika Ujian Titer (Titer Test) telah dilakukan ke atas kucing atau anjing anda, maka kucing atau anjing hanya perlu menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu saja. Setelah 2 minggu, anda bolehlah mengambil kucing atau anjing anda dari Pusat Kuarantin Haiwan di Kinarut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang belum kami jawab di sini, anda boleh whatsapp kami di 👉 https://wa.me/+60179848358 .

Sedikit perkongsian info tentang haiwan peliharaan. 😻Jika anda ingin memindahkan haiwan peliharaan seperti kucing, dari ...
04/12/2022

Sedikit perkongsian info tentang haiwan peliharaan. 😻

Jika anda ingin memindahkan haiwan peliharaan seperti kucing, dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, kesemua kucing anda WAJIB diberikan suntikan Rabies terlebih dahulu dan perlu menunggu selama minimum 6 BULAN sebelum boleh berlepas ke Sabah.

Ini adalah kerana Semenanjung Malaysia BUKAN bebas-rabies. Oleh itu kucing-kucing perlu mendapatkan suntikan rabies terlebih dahulu. Kemudian apabila tiba di Sabah, kesemua kucing WAJIB menjalani tempoh kuarantin selama 2 BULAN.

Namun jika ada Ujian Titer (Titer Test) dibuat (ujian darah bagi penyakit Rabies), kucing-kucing hanya perlu kuarantin selama 2 minggu sahaja. Kos untuk Titer Test adalah mahal, sekitar RM1000 ke atas untuk seekor kucing. Jika anda mampu, bolehlah ambil ujian ini untuk kucing anda, supaya kucing anda hanya perlu kuarantin selama 2 minggu sahaja, berbanding jika tiada Titer Test, 2 bulan.

04/12/2022

Greetings!

Welcome to Pet Mover KK (Pet Mover Kota Kinabalu). We are a registered trading business based in Kota Kinabalu.

If you need to relocate or move your pets from Sabah to Peninsular (Semenanjung) Malaysia, we will help you to apply for all the necessary documents, which include:

1. Vet Health Certificate (for the pets involved).

2. Export Permit.

3. Import Permit.

We have decided to offer our services since there are so many people out there who don't have the slightest clue on how to relocate their pets and would like to avoid hassles along the way.

As for now, since we have just started, we are the CHEAPEST pet mover in the whole of Sabah and might even be the cheapest in the whole of Malaysia! Normally price ranges from RM1200 up to RM1500 per pet!

However, since we have just started, we only charge you a LUMP SUM amount of RM999 per pet, no hidden charges! This fee includes:

1. Pet Medical Check-up (for Health Certificate purposes - we will take your pets to the Government Vet Clinic, in person).

2. Pet Export Permit.

3. Pet Import Permit.

All pets will travel WITH YOU, on the SAME FLIGHT, but in the checked-in baggage section (NOT hand-carry). Therefore, your pet will arrive at the SAME TIME you arrive, at the airport.

Please be reminded that you would need to ensure ALL your pets have been:

1. Recently vaccinated (yearly), deworm and defleas.

2. Injected with the Rabies vaccine.

3. Microchipped.

4. Vaccine physical book is updated.

After all these have been done, ONLY THEN, we will be able to assist you.

If, in case, you do not know how to complete all these, we could help you, but our fee would be doubled, since we will be the one who would do all the tasks above, from A-Z. For this, you would need to discuss with us in detail.

Please also bear in mind, ALL pets MUST be in Kota Kinabalu, for you to be able to use our services. We do NOT collect pets outside of Kota Kinabalu district.

If you wish to move your pets from Peninsular to Sabah, we might be able to help you. However, the price would be different and subject to availability. Also, certain CONDITIONS must be met, such as, your pets must be within Klang Valley area.

For any enquiries, please whatsapp us at https://wa.me/+60179848358

Thank you and have a nice day!

Regards,
Pet Mover KK

Address

Ground Floor, Block D, Lot 80, , Plaza Kingfisher, Kuala Inanam, Likas
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+60179848358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pet Mover KK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Pet Services in Kota Kinabalu

Show All