Pet Mover KK

Pet Mover KK We specialize in providing professional PET RELOCATION SERVICES.

Tahukah anda?Jika anda ingin membawa kucing atau anjing peliharaan ke Semenanjung Malaysia/Sabah, ada beberapa perkara y...
26/10/2023

Tahukah anda?

Jika anda ingin membawa kucing atau anjing peliharaan ke Semenanjung Malaysia/Sabah, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda dibenarkan berbuat demikian. Pertama sekali, kucing dan anjing anda haruslah berusia 6 bulan ke atas.

Kemudian, anda haruslah membawa mereka ke hospital haiwan kerajaan atau klinik haiwan swasta, bagi mendapatkan suntikan vaksin termasuk ubat kutu dan ubat cacing (tahunan), suntikan vaksin (untuk melindungi dari penyakit Rabies dan akhir sekali, dapatkan Mikrocip.

Setiap haiwan peliharaan juga mesti mempunyai buku vaksin mereka sendiri dan buku ini mestilah mempunyai semua maklumat tentang segala jenis rawatan yang kucing atau anjing anda pernah terima, sama ada dari hospital haiwan kerajaan, atau dari klinik haiwan swasta.

Dalam erti kata lain, buku vaksin ini tidak boleh hilang! Setelah semua urusan yang berkaitan kesihatan haiwan peliharaan anda selesai, anda sudah boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda dapatkan Sijil Kesihatan, Eksport Permit dan Import Permit, untuk kesemua kucing atau anjing anda.

Untuk makluman anda, suntikan vaksin tahunan, suntikan Rabies dan mikrocip, adalah 3 perkara PENTING yang WAJIB ada, untuk setiap kucing atau anjing peliharaan, yang ingin anda bawa ke Sabah/Semenanjung Malaysia.

Kucing atau anjing peliharaan dari Semenanjung Malaysia yang dibawa masuk ke Sabah, perlu menjalani tempoh kuarantin selama 2 bulan di Pusat Kuarantin Haiwan Kinarut.

Jika Ujian Titer (Titer Test) telah dilakukan ke atas kucing atau anjing anda, maka kucing atau anjing, hanya perlu menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu saja. Setelah 2 minggu, anda bolehlah mengambil kucing atau anjing anda dari Pusat Kuarantin Haiwan di Kinarut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang belum kami jawab di sini, anda boleh hubungi kami dengan mengklik pada butang Whatsapp di bawah.

Sedikit perkongsian info tentang haiwan peliharaan. 😻Jika anda ingin memindahkan haiwan peliharaan seperti kucing/anjing...
26/10/2023

Sedikit perkongsian info tentang haiwan peliharaan. 😻

Jika anda ingin memindahkan haiwan peliharaan seperti kucing/anjing, dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, kesemua kucing anda WAJIB diberikan suntikan Rabies terlebih dahulu dan perlu menunggu selama minimum 6 BULAN, sebelum boleh berlepas ke Sabah.

Ini adalah kerana Semenanjung Malaysia BUKAN bebas-rabies. Oleh itu kucing/anjing perlu mendapatkan suntikan rabies terlebih dahulu. Kemudian apabila tiba di Sabah, kesemua kucing WAJIB menjalani tempoh kuarantin selama 2 BULAN.

Namun jika ada Ujian Titer (Titer Test) dibuat (ujian darah bagi penyakit Rabies), kucing-kucing hanya perlu kuarantin selama 2 minggu sahaja. Kos untuk Titer Test adalah mahal, sekitar RM1000 ke atas untuk seekor kucing. Jika anda mampu, bolehlah ambil ujian ini untuk kucing anda, supaya kucing anda hanya perlu kuarantin selama 2 minggu sahaja, berbanding jika tiada Titer Test, 2 bulan.

Semoga info ini memberikan manfaat!

Salam sejahtera!Selamat datang ke Pet Mover KK (Pet Mover Kota Kinabalu). Kami adalah perniagaan perdagangan berdaftar y...
26/10/2023

Salam sejahtera!

Selamat datang ke Pet Mover KK (Pet Mover Kota Kinabalu). Kami adalah perniagaan perdagangan berdaftar yang berpangkalan di Kota Kinabalu.

Jika anda mahu memindahkan haiwan peliharaan anda seperti kucing dan anjing, dari Sabah ke Semenanjung Malaysia (atau dari Semenanjung Malaysia ke Sabah), kami akan membantu anda untuk memohon semua dokumen yang diperlukan, termasuk:

1. Sijil Kesihatan Vet (bagi haiwan peliharaan yang terlibat).
2. Permit Eksport.
3. Permit Import.

Kami memutuskan untuk menawarkan perkhidmatan kami, memandangkan terdapat begitu ramai orang di luar sana yang tidak tahu bagaimana caranya untuk memindahkan haiwan peliharaan mereka dan ingin mengelakkan kerumitan.

Kami mengenakan bayaran LUMP SUM sebanyak RM1500 sahaja bagi setiap haiwan peliharaan, tiada caj tersembunyi! Bayaran ini termasuk :

1. Pemeriksaan perubatan bagi haiwan kesayangan atau Medical Check-Up (untuk tujuan Sijil Kesihatan - kami akan membawa anda dan haiwan kesayangan anda ke Klinik Haiwan Kerajaan, secara peribadi).

2. Permit Eksport Haiwan Kesayangan.

3. Permit Import Haiwan Kesayangan.

Semua haiwan peliharaan akan pergi BERSAMA ANDA, dalam PENERBANGAN YANG SAMA, tetapi di bahagian bagasi daftar-masuk (BUKAN dibawa di tangan/NOT hand-carry). Oleh itu, haiwan kesayangan anda akan tiba pada MASA YANG SAMA anda tiba, di lapangan terbang.

Sebagai peringatan, anda perlu memastikan SEMUA haiwan peliharaan anda telah:

1. Diberi vaksin terbaru (tahunan), termasuk ubat cacing dan ubat kutu.

2. Disuntik dengan vaksin Rabies (untuk kucing dan anjing).

3. Bercip mikro (dipasang dengan Mikrocip).

4. Buku fizikal vaksin telah dikemaskini.

Selepas semua ini dilakukan, BARULAH, kami akan dapat membantu anda.

Kami juga ingin mengingatkan anda, bahawa SEMUA haiwan peliharaan WAJIB berada di Kota Kinabalu/Lembah Klang, untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami. Kami TIDAK mengambil haiwan peliharaan di luar daerah Kota Kinabalu/Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila whatsapp kami di :

https://wa.me/+60179848358

P.S Cas yang kami kenakan tidak termasuk harga untuk suntikan vaksin, mikrocip, atau tiket kapalterbang. Itu adalah tanggungjawab pelanggan sendiri.

Terima kasih.

Salam Sejahtera,
Pet Mover KK

26/10/2023

Greetings!

Welcome to Pet Mover KK (Pet Mover Kota Kinabalu). We are a registered trading business based in Kota Kinabalu. If you need to relocate or move your pets from Sabah to Peninsular (Semenanjung) Malaysia or vice versa, we will help you to apply for all the necessary documents, which include:

1. Vet Health Certificate (for the pets involved).
2. Export Permit.
3. Import Permit.

We have decided to offer our services since there are so many people out there who don't have the slightest clue on how to relocate their pets and would like to avoid hassles along the way.

We charge a lump sum fee of RM1500 per pet. This fee includes:

1. Pet Medical Check-up (for Health Certificate purposes - we will take your pets to the Government Vet Clinic, in person).

2. Pet Export Permit.

3. Pet Import Permit.

All pets will travel WITH YOU, on the SAME FLIGHT, but in the checked-in baggage section (NOT hand-carry). Therefore, your pet will arrive at the SAME TIME you arrive, at the airport.

Please be reminded that you would need to ensure ALL your pets have been:

1. Recently vaccinated (yearly), deworm and defleas.

2. Injected with the Rabies vaccine.

3. Microchipped.

4. Vaccine physical book is updated.

After all these have been done, ONLY THEN, we will be able to assist you.

Please also bear in mind, ALL pets MUST be in Kota Kinabalu or Klang Valley area, for you to be able to use our services. We do NOT collect pets outside of Kota Kinabalu/Klang Valley district.

For any enquiries, please whatsapp us at :

https://wa.me/+60179848358

Thank you and have a nice day!

P.S Our fee does NOT include vaccines for pets or flight tickets. These are the pet owner's responsibilities.

Regards,
Pet Mover KK

Address

Plaza Kingfisher, Kuala Inanam, Likas
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+60179848358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pet Mover KK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Pet Services in Kota Kinabalu

Show All

You may also like