Monster Cat Boutique Hotel

Monster Cat Boutique Hotel Cat Hotel, Spa & Grooming in Cybercity Kota Kinabalu.
πŸ“²016-2527376
(1)

Emosi kucing boleh dibaca berbanding tingkahlaku mereka sekiranya anda memahami bahasa badan mereka. Kombinasi bahasa ba...
09/10/2024

Emosi kucing boleh dibaca berbanding tingkahlaku mereka sekiranya anda memahami bahasa badan mereka. Kombinasi bahasa badan, bunyi yang tersendiri serta isyarat bau adalah cara kucing berkomunikasi. Berikut adalah beberapa bahasa isyarat kucing yang untuk membantu anda dalam memahami kucing anda:

πŸ‘‰πŸ» Bunyi Kucing
Kucing sangat mahir untuk mengeluarkan bunyi dengkuran, mengiau, bunyi geram dan berdesis. Setiap bunyi ini mempunyai maksud yang tersendiri. Dengkuran dan bunyi mengiau bermaksud bunyi mesra. Bunyi geram dan berdesis bermaksud amaran untuk menjauhkan amaran darinya.

πŸ‘‰πŸ» Mata Kucing
Mata kucing adalah bahagian paling penting untuk berkomunikasi. Apabila mata kucing membesar secara tiba-tiba, ianya menunjukkan satu emosi yang kuat dan menandakan kucing itu mempercayai anda. Jika mata kucing mengecil, ia menunjukkan ketakutan atau agresif. Mata yang layu menunjukkan kucing anda sedang berehat.

πŸ‘‰πŸ» Telinga Kucing
Telinga juga digunakan untuk berkomunikasi. Telinga kucing menghadap ke hadapan menunjukkan dia berminat dengan sesuatu perkara. Jika telinga kucing bergerak ke belakang atau sisi, itu menunjukkan ia keresahan, terangsang atau terancam.

πŸ‘‰πŸ» Haruman dan bau kucing
Manusia jarang dapatan menjangka isyarat bau kucing. Kucing akan menggunakan pelbagai bau untuk menandai kawasan mereka kerana kucing adalah bersifat β€œteritorial”. kucing akan menandakan kawasan tersebut dengan pelbagai bau dalam bentuk najis, air kencing mengesel badan dan mencakar agar kucing lain tidak berada dalam kawasan tersebut.

Kucing mempunyai kepelbagaian tingkahlaku dan gerak isyarat untuk disampaikan kepada pemiliknya. Antara tingkahlaku yang...
06/10/2024

Kucing mempunyai kepelbagaian tingkahlaku dan gerak isyarat untuk disampaikan kepada pemiliknya. Antara tingkahlaku yang sering ditunjukkan adalah:

πŸ‘‰πŸ» Kucing menunjukkan perutnya
Jika kucing mula menunjukkan perutnya, itu menandakan mereka mulai percaya kepada kita. Tapi ia bukan untuk digomol atau digaru kerana perut kucing adalah bahagian yang sensitif dan tidak boleh disentuh.

πŸ‘‰πŸ» Ekor kucing berpintal dan membelit kaki anda
Melalui ekor kucing, kita boleh mengetahui emosi kucing anda. Contohnya, ekor yang kembang bermaksud marah atau takut. Ekor yang tegak atau membelit kaki kita bermaksud gembira dan selesa dengan kehadiran kita.

πŸ‘‰πŸ» Kucing melagakan kepalanya dengan kita
Kucing mula mengeselkan tubuh dan melagakan kepalanya kepada kita bermaksud kucing sudah mula menganggap kita kawan mereka. Ini juga salah satu cara untuk meninggalkan bau san menandakan bahawa kita ini adalah miliknya.

πŸ‘‰πŸ» kucing membawa hadiah
Jika kucing membawa hadiah daripada luar, itu menandakan dia selesa dan anggap tempat itu sebagai rumahnya. Namun, anda harus ingat, kucing akan membawa tikus atau lipas yang mati sebagai hadiah dan tanda penghargaan.

πŸ‘‰πŸ» Keunikan hidung kucingSama seperti cap jari manusia, bahagian lembut pada hidung kucing mempunyai corak yang unik dan...
26/09/2024

πŸ‘‰πŸ» Keunikan hidung kucing
Sama seperti cap jari manusia, bahagian lembut pada hidung kucing mempunyai corak yang unik dan berbeza - beza.

πŸ‘‰πŸ» Kucing memiliki tulang yang banyak
Kucing memiliki 230 tulang berbanding manusia yang hanya memiliki 206 tulang.

πŸ‘‰πŸ» Berat badan kucing yang Ideal
Berat badan kucing yang ideal antara 2.5 kilogram hingga 7 kilogram mengikut umur dan baka kucing itu sendiri. Sebagai contoh kucing rumah memilik berat antara 4 kilogram hingga 4.5 kilogram. Kucing yang berbaka besar seperti Main C**n dan Savannah boleh mencapai berat sehingga 11 kilogram

πŸ‘‰πŸ» Tempoh kehamilan kucing
Tempoh kehamilan kucing adalah sekitar 63 hingga 65 hari atau sembilan minggu sebelum melahirkan anak kucing.

Memelihara kucing dipercayai dapat memberi manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental manusia. Antaranya :πŸ‘‰πŸ» Pemilik kuc...
25/09/2024

Memelihara kucing dipercayai dapat memberi manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental manusia. Antaranya :

πŸ‘‰πŸ» Pemilik kucing lebih bahagia
Menurut kajian di Australia, pemilik kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik. Mereka lebih bahagia, tidak mudah gugup, percaya diri dan lebih tenang

πŸ‘‰πŸ» Mengurangkan stress
Pemilik kucing menjadi lebih tenang ketika mengusap kucing mereka. Hal ini berlaku disebabkan kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya

πŸ‘‰πŸ» Melatih hubungan sosial yang baik
Kucing memerlukan perhatian tetapi kucing juga mampu memberi perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Satu penelitian menyatakan pemilik kucing lebih peka terhadap perasaan orang lain berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan

πŸ‘‰πŸ» Mengurangkan risiko kemurungan
Memiliki kucing dapat mengurangkan perasaan terasing atau keseorangan. Ia membantu anda untuk membuat kawan baru dan berbual dengan orang lain semasa bersiar - siar di taman sekaligus membantu memperbaiki hubungan sosial dengan orang lain

Salam Maulidur Rasul
16/09/2024

Salam Maulidur Rasul

Happy Malaysia day from us 😊❀️
16/09/2024

Happy Malaysia day from us 😊❀️

πŸ‘‰πŸ» Kucing tidak dapat melihat dengan jelas dari jarak jauhKucing tidak dapat melihat dari jarak jauh secara jelas kerana...
15/09/2024

πŸ‘‰πŸ» Kucing tidak dapat melihat dengan jelas dari jarak jauh
Kucing tidak dapat melihat dari jarak jauh secara jelas kerana penglihatan kucing akan menjadi kabur tidak melebihi 6 meter. Manakala manusia dapat melihat dengan jelas sehingga jarak 60 meter atau lebih.

πŸ‘‰πŸ» Kucing dapat melihat dengan baik ketika cahaya rendah
Kadar penglihatan kucing sangat baik dan sesuai ketika berada dalam keadaan redup ataupn gelap. Ini bermakna kucing dapat melihat pada waktu malam, subuh ataupun senja

πŸ‘‰πŸ» Ruang penglihatan kucing adalah sempit
Ruang penglihatan seekor kucing adalah sempit kerana otot yang mengawal bentuk dan ukuran pupil mengecil dan tidak dapat fokus cahaya ke bahagian belakang mata. Hal ini selalunya berlaku apabila melihat sesuatu dengan jarak yang terlalu dekat.

πŸ‘‰πŸ» Kucing membuka matanya seawal umur 7 hari
anak kucing dilahirkan dalam keadaan tuli dan buta. Seiring dengan tumbesarannya, pendengaran dan penglihatan mereka berkembang dengan sendiri seawal 7 hari atau 2 minggu.

Sebagai pemilik kucing, adalah penting  untuk anda mengetahui dan memahami masalah yang selalunya terjadi pada telinga k...
14/09/2024

Sebagai pemilik kucing, adalah penting untuk anda mengetahui dan memahami masalah yang selalunya terjadi pada telinga kucing anda. Antaranya :

πŸ‘‰πŸ» Telinga kotor
Masalah yang sering berlaku adalah kekotoran di telinga kucing yang terbentuk dari minyak, kulit, debu ataupun sisa makanan. Tanda telinga kucing anda dalam keadaan kotor ialah gatal, menggaru dan pengeluaran bau busuk.

πŸ‘‰πŸ»Radang telinga
Salah satu masalah yang sering dihidapi kucing anda. Radang telinga adalah disebabkan oleh alergi, jangkitan kulat atau parasit. Simptom radang telinga antaranya, pembengkakan, kegatalan dan pengeluaran bau

πŸ‘‰πŸ» Kutu telinga
Kutu atau tungau telinga yang sering terlihat pada telinga kucing. Kucing yang menghadapi masalah ini adalah kucing yang sering menggaru telinga, tahi telinga menjadi keras dan hitam serta telinga cepat kotor walaupun anda kerap membersihkan telinga kucing anda.

πŸ‘‰πŸ» Alergi telinga
kucing juga mengalami alergi yang boleh menganggu telinga mereka. Alahan ini boleh terjadi sekiranya kucing anda mempunyai alahan pada makanan atau serbuk sari yang boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan dan pembengkakan di telinga kucing.

πŸ‘‰πŸ» Kucing muda mempunyai nada β€˜purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usiaπŸ‘‰πŸ» Kucing masih mengekalk...
13/09/2024

πŸ‘‰πŸ» Kucing muda mempunyai nada β€˜purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usia

πŸ‘‰πŸ» Kucing masih mengekalkan vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya.

πŸ‘‰πŸ» Kucing tidak memahami hukuman yang diberikan jika melakukan kesalahan. Mereka harus dipuji dan diberi ganjaran untuk tingkah laku yang diingini sebaliknya.

πŸ‘‰πŸ» nadi kucing berdegup sekitar 160 - 240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.

πŸ‘‰πŸ» Kumis kucing sebagai alat navigasi, dimana kumis kucing membantu kucing di tempat yang gelap dan sempit. Hal ini kera...
12/09/2024

πŸ‘‰πŸ» Kumis kucing sebagai alat navigasi, dimana kumis kucing membantu kucing di tempat yang gelap dan sempit. Hal ini kerana kucing mempunyai penglihatan yang kurang baik

πŸ‘‰πŸ» Tahukah anda kucing bawaha kucing juga berpeluh? Kucing mempunyai kelenjar peluh di bahagian bawah tapak kakinya. Kucing akan mengeluarkan peluh melalui cakarnya.

πŸ‘‰πŸ» Kucing mempunyai daya Imbang tubuh yang baik dan mampu mengawal tubuhnya ketika berjalan di atas tembok atau atap rumah

πŸ‘‰πŸ» Kucing mampu memahami emosi manusia seperti sedih, gembira & marah. Tidak hairan jika kita sering terdengar kisah unik dan mengharukan yang trjalin antara kucing dan manusia

09/09/2024

Something new is here πŸŽ‰πŸŽ‰

Book your slot today ‼️

For enquiries : πŸ“±https://wa.me/+60162527376

Cat Hotel, Spa & Grooming in Cybercity Kota Kinabalu.
πŸ“²016-2527376

πŸ‘‰πŸ» Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mngesan gempa bumi yank bakal berlaku. Ini kerana bahagian te...
08/09/2024

πŸ‘‰πŸ» Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mngesan gempa bumi yank bakal berlaku. Ini kerana bahagian tersebut meripakan bahagian yang paling sensitif dan peka pada gegaran bumi

πŸ‘‰πŸ»Berikan kucing anda sedikit rendaman air untuk kekal hidrat kerana mereka berpeluh melalui tapak kakinya, tidak pada bulu atau kulitnya

πŸ‘‰πŸ» Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa mengunyah

πŸ‘‰πŸ»Berhati -hati ketika memberi makanan kepada kucing anda. Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat

Salam Kemerdekaan untuk Seluruh rakyat Malaysia β€ΌοΈπŸ«ΆπŸ»
31/08/2024

Salam Kemerdekaan untuk Seluruh rakyat Malaysia β€ΌοΈπŸ«ΆπŸ»

πŸ‘‰πŸ» kucing mempunyai keseimbangan yang luar biasa yang dikenali sebagai Refleks Pembetulan. Ini membantu kucing untuk men...
29/08/2024

πŸ‘‰πŸ» kucing mempunyai keseimbangan yang luar biasa yang dikenali sebagai Refleks Pembetulan. Ini membantu kucing untuk mendarat dengan kakinya apabila terjatuh atau melompat daripada tempat yang tinggi.

πŸ‘‰πŸ» Catnip bertujuan untuk merangsang kucing dari segi fizikal & mental. Namun, tidak semua kucing s**a menhidu catnip dan hanya 70% yang akan memberi tindakbalas selepas menghidunya.

πŸ‘‰πŸ» tahukah anda dengkuran kucing mempunyai 25 hingga 159 hertz adalah sama dengan getaran yang diperlukan untuk memperbaiki tulang dan menyembuhkan otot manusia

πŸ‘‰πŸ» kucing adalah haiwan yang rabun dekat tetapi penglihatan pada waktu malam adalah jauh lebih baik daripada manusia.

Happy International Cat Day πŸ₯°πŸ₯°βœ…βœ…
08/08/2024

Happy International Cat Day πŸ₯°πŸ₯°βœ…βœ…

Address

Lot D9, Block D, First Floor, Lane CyberSquare 2, Cybercity, Kepayan Croosing Road
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 09:00 - 20:00

Telephone

+60162527376

Website

http://wassap.my/0162527376/MonsterCatHouse

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Monster Cat Boutique Hotel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Monster Cat Boutique Hotel:

Videos

Share

Category

Nearby pet stores & pet services


Other Pet Services in Kota Kinabalu

Show All