27/08/2024
๐๐๐ง๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ฌ-๐๐๐ง๐ข๐ฌ ๐
๐ฎ๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐๐ข๐ง๐ ๐พ
Fungus pada kucing bukan satu perkara yang boleh diabaikan. Untuk beberapa kes di peringkat yang teruk, fungus boleh membawa kepada kematian. Jom kenali dengan lebih dekat beberapa jenis fungus yang sering menyerang si bulus kita.
๐ฅ๐ถ๐ป๐ด๐๐ผ๐ฟ๐บ
Walaupun namanya โworm,โ sebenarnya ia sejenis fungus. Boleh dikenali dengan tompok bulat pada kulit dan bulu yang gugur. Mudah berjangkit, jadi jangan biarkan tanpa rawatan! ๐ฟ
๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ๐
Ini jenis fungus yang biasanya menyebabkan masalah pada kulit dan telinga kucing. Kulit jadi berminyak, kemerahan, dan kucing kerap garu. Boleh jadi tanda masalah lain, jadi perlu perhatian lebih!
๐ฆ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ผ๐๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ต๐ผ๐๐ถ๐
Fungus yang boleh menyebabkan luka atau benjolan pada kulit kucing. Lebih serius, ia juga boleh menjangkiti manusia. Rawatan awal sangat penting!
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐๐ฎ๐โ
๐ Pemeriksaan Rutin - Selalu periksa keadaan kulit dan bulu kucing.
๐ Rawatan Segera - Jika nampak tanda-tanda fungus, segera dapatkan rawatan daripada vet.
๐ Jaga Kebersihan - Pastikan kawasan si bulus sentiasa bersih dan kering.
Ingat, semua jenis fungus ini boleh dirawat dan dicegah jika kita bertindak awal!! Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal fungus pada kucing anda. Dengan sedikit perhatian dan langkah pencegahan, si bulus dapat kekal sihat dan ceria sentiasa. โค๏ธ