Tular.Co

Tular.Co .

07/10/2024

[KENALI SPESIES HIDUPAN LIAR]

Kucing Batu atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Leopard Cat merupakan spesies dalam keluarga Felidae yang boleh ditemui di Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Cambodia dan Semenanjung Malaysia. Spesies ini juga boleh dijumpai di Pakistan, India, Nepal, China, Siberia, Taiwan, Sumatera, Jawa, Bali, Borneo dan Filipina.

Kucing Batu merupakan spesies kucing bersaiz kecil yang mendiami pelbagai jenis habitat, termasuklah hutan-hutan tebal, ladang-ladang dan kebun yang berhampiran hutan. Spesies ini merupakan hidupan liar nokturnal iaitu aktif pada waktu malam. Kebiasaannya Kucing Batu berjalan di lantai hutan dan kadangkala akan memanjat pokok.

Kucing Batu merupakan hidupan liar jenis Karnivor iaitu memakan spesies haiwan lain yang lebih kecil seperti tikus, katak dan cicak. Kucing Batu boleh melahirkan 1 hingga 4 ekor anak setelah bunting selama lebih kurang 56 hari.

Kucing Batu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Imbas QR Code pada gambar untuk bacaan lanjut.


05/10/2024

KERNA ESOK DIRI KU MASIH ADA 🎼🎼🎼

05/10/2024

𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐇! 𝐌𝐘 𝐂𝐀𝐓𝐅𝐔𝐑𝐑𝐈𝐄𝐒

Hai everyone ! 🌼
Majikan kita kali nie nama dia DOREN 😺 umur Doren 14 tahun dah tua dahhh..

DOREN menginap dekat Oh! My Catfurries selama 6D 5N and package “PREMIUM GROOMING” 😻

Nanti share review dari bibik DOREN selepas mengambil service dari Oh! MY CAT FURRIES HOTEL & SALOON 💜

04/10/2024

𝙈𝑨𝙎𝑨𝙇𝑨𝙃 𝙔𝑨𝙉𝑮 𝑩𝙄𝑨𝙎𝑨 𝑩𝙀𝑹𝙇𝑨𝙆𝑼 𝑷𝘼𝑫𝘼 𝙏𝑬𝙇𝑰𝙉𝑮𝘼 𝙆𝑼𝘾𝑰𝙉𝑮

Anatomi Telinga Kucing

Telinga kucing mempunyai struktur yang unik. Ia terdiri daripada tiga bahagian utama: telinga luar, telinga tengah, dan telinga dalam. Telinga luar mempunyai saluran telinga dan rumah kucing.

Telinga tengah mengandungi gendang telinga yang membantu dalam pendengaran. Manakala telinga dalam p**a mengawal keseimbangan dan memastikan kucing dapat bergerak dengan lancar.

Masalah Yang Selalu Berlaku Pada Telinga Kucing

1. Telinga Kotor

Salah satu masalah biasa yang boleh berlaku adalah kotoran di telinga kucing. Kotoran ini terbentuk daripada sisa makanan, minyak kulit, dan serpihan debu. Tanda-tanda kotoran telinga termasuk gatal, menggaru, dan pengeluaran bau busuk. Anda boleh membersihkan telinga kucing dengan menggunakan larutan khas dan kapas yang lembut. Pastikan anda berjumpa dengan doktor veterinar jika kotoran telinga berterusan.

2. Radang Telinga (Otitis)

Radang telinga adalah masalah yang sering berlaku pada kucing. Ia boleh disebabkan oleh alergi, jangkitan kulat, atau parasit. Gejala radang telinga termasuk kegatalan, pembengkakan, pengeluaran berbau, dan kerengsaan. Rawatan bergantung kepada penyebab radang telinga.

3. Kurap

Kurap, juga dikenali sebagai ‘mange’, adalah penyakit yang sering ditemui di bahagian cuping telinga kucing. Ianya akan menyebabkan kegatalan yang sangat serius. Penyakit ini diakibatkan oleh sejenis kutu bernama Notoedres cati yang masuk ke dalam kulit.Biasanya, penyakit ini bermula di hujung cuping telinga dan boleh menular ke bahagian lain badan kucing. Rawatan yang biasa diberikan untuk mengawal masalah ini adalah dengan menggunakan ubat-ubatan kump**an avermectin seperti ivermectin, selamectin, dan doramectin.

4. Kutu Telinga (Ear Mite)

Tungau telinga adalah masalah yang sering terlihat pada telinga kucing. Ia disebabkan oleh sejenis tungau yang dikenali sebagai Otodectes cynotis.Antara tanda-tanda yang menunjukkan kucing mengalami masalah ini adalah seperti kucing sering menggaru telinga, tahi telinga yang menjadi hitam dan keras, serta telinga yang cepat kotor walaupun kerap dibersihkan.Penyakit ini boleh menular dari kucing ke kucing atau melalui persekitaran yang mengandungi tungau ini. Biasanya, doktor veterinar akan mengambil sampel kecil tahi telinga untuk memeriksa kehadiran tungau ini di bawah mikroskop. Setelah penyakit ini dikenal pasti, rawatan dengan ubat antiparasit dari kump**an avermectin biasanya diberikan, dan kucing mungkin juga akan diberi ubat titisan telinga untuk memastikan penyakit ini diubati sepenuhnya. Jika tungau telinga tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan jangkitan yang teruk.

5. Alergi Telinga

Kucing juga boleh mengalami alergi yang akan menjejaskan telinga mereka. Alergi seperti alergi makanan atau alergi serbuk sari boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan, dan pengeluaran di telinga. Untuk mengurangkan gejala alergi, pastikan makanan kucing anda berkualiti dan bebas daripada bahan pencetus alergi. Jika gejala alergi telinga berlarutan, segera berjumpa dengan doktor veterinar untuk mendapatkan nasihat lanjut dan mungkin diperlukan ujian alergi.

6. Cacing Telinga

Cacing telinga adalah parasit yang hidup di dalam saluran telinga kucing. Parasit ini boleh menyebabkan kegatalan yang serius, pengeluaran berlebihan, dan pembengkakan. Jika anda mendapati tanda-tanda cacing telinga pada kucing anda, segera bawa ianya ke doktor veterinar. Doktor veterinar akan merawat cacing telinga dengan ubat yang berkesan.

Kesimp**annya, pemahaman mengenai masalah yang biasanya berlaku pada telinga kucing adalah penting bagi setiap pemilik kucing. Penjagaan dan pencegahan yang tepat dapat membantu menjaga telinga kucing dalam keadaan yang sihat dan mengurangkan risiko masalah telinga.

Pastikan anda membersihkan telinga kucing secara berkala, memantau tanda-tanda masalah, dan memberikan makanan yang berkualiti untuk menyokong kesihatan telinga.

Jika anda mencurigai adanya masalah telinga pada kucing anda, segeralah berjumpa dengan doktor veterinar untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.

Dengan memberikan penjagaan yang baik, anda dapat memastikan kesejahteraan dan kesehatan telinga kucing kesayangan anda.

🌼CUSTOMER FEEDB▲CK🌼Hai our name is Ambreen (hitam putih) & Alva (oyen) majikan kepada Cik Joe 😻Syukur alhamdullilah maji...
04/10/2024

🌼CUSTOMER FEEDB▲CK🌼

Hai our name is Ambreen (hitam putih) & Alva (oyen) majikan kepada Cik Joe 😻

Syukur alhamdullilah majikan kita dah tak garu-garu selepas grooming di Oh! My Catfurries Hotel & Saloon.
Ambreen & Alva mengambil package premium grooming & lion cut.

Terima kasih kerana sudi support n percaya pada service kami oh! My Catfurries Hotel & Saloon.

20/09/2024
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang s...
16/09/2024

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sejarah Hari Malaysia

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Di kesempatan ini OH! Mʏ Cᴀᴛғᴜʀʀɪᴇs Hᴏᴛᴇʟ & Sᴀʟᴏᴏɴ ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan! Mari kita hargai dan lestarikan warisan budaya kita.

10/09/2024

HOW TO UNDERSTAND YOUR CAT 🎥Credit to ᏼꭱꮖᏽꮋꭲ ꮪꮖꭰꭼ

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗟𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗚𝗥𝗢𝗢𝗠𝗜𝗡𝗚?Grooming boleh menghindarkan kucing daripada terjadinya bebola bulu dan...
05/09/2024

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗟𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗚𝗥𝗢𝗢𝗠𝗜𝗡𝗚?

Grooming boleh menghindarkan kucing daripada terjadinya bebola bulu dan bantu kucing untuk merapikan bulunya yang panjang. Selain itu, adalah penting untuk memotong bulu kucing anda jika bulunya terlalu panjang kerana bulu yang lebat dan panjang boleh menyebabkan pembiakan kutu dan masalah kulit.

𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗟𝗜𝗞 𝗕𝗨𝗧𝗧𝗢𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜😍😍😍

𝗢𝗛! 𝗠𝗬 𝗖𝗔𝗧𝗙𝗨𝗥𝗥𝗜𝗘𝗦 will make your cat fluffy and we grooming our cat with love ❤️

05/09/2024

🅰🅽🆃🅰🆁🅰 🅺🆄🅲🅸🅽🅶 🆈🅰🅽🅶 🅼🅰🅷🅰🅻

Jom tengok kucing2 yang mahal di dunia
SELAMAT MENONTON 🥰🎥

sblm tuhh jangan lupa belanja ❤️ ye kekakawan

🎥 Credit to YouTuber : Trending paling padu

04/09/2024

𝑺𝙥𝒆𝙘𝒊𝙖𝒍 𝒇𝙤𝒓 𝙈𝙤𝙢𝙢𝙮 𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 𝘾𝙖𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚..
𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙤𝙢𝙮 & 𝙙𝙖𝙙y 𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩 𝙖𝙣𝙖𝙠2 𝙗𝙪𝙡𝙪𝙨..
𝙅𝙤𝙢 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙖𝙙𝙞𝙠 𝙢𝙖𝙣𝙞𝙨 𝙠𝙞𝙩𝙖 🥰

🎥 credit to ML Studio & Syafiqah_Ghazali 🐈🐈🐈

30/08/2024

𝐌e𝐫d𝐞k𝐚! M𝐞r𝐝e𝐤a! 𝐌e𝐫d𝐞k𝐚!
𝐒e𝐥a𝐦a𝐭 𝐦e𝐧y𝐚m𝐛u𝐭 𝐇a𝐫i K𝐞m𝐞r𝐝e𝐤a𝐚n y𝐚n𝐠 𝐤e 6𝟕 𝐭a𝐡u𝐧.

“Di hari yang penuh bermakna ini, marilah kita terus menghargai keamanan dan kemerdekaan yang dinikmati“.

Tulus ikhlas dari 𝗢𝗵! 𝗠𝘆 𝗖𝗮𝘁𝗳𝘂𝗿𝗿𝗶𝗲𝘀 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗼𝗼𝗻 🇲🇾🇲🇾

𝗛𝗔𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗞𝗟!! SPECIAL PROMOSI UNTUK SI BULUS !!!Anda tiada masa nak mandikan si bulus?Tak tahu macam mana nak ...
30/08/2024

𝗛𝗔𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗞𝗟!!

SPECIAL PROMOSI UNTUK SI BULUS !!!

Anda tiada masa nak mandikan si bulus?
Tak tahu macam mana nak mmandikan si bulus?

Izinkan kami 𝗢𝗛! 𝗠𝗬 𝗖𝗔𝗧𝗙𝗨𝗥𝗥𝗜𝗘𝗦 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 & 𝗦𝗔𝗟𝗢𝗢𝗡 (homebased) membantu

Jom klik button dibawah untuk dapatkan 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗞𝗟!!Start esok 31 Ogos sampai hujung bulan September Cik Pia pasti ramai yang vacat...
30/08/2024

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗞𝗟!!
Start esok 31 Ogos sampai hujung bulan September Cik Pia pasti ramai yang vacation! Anak bulus siapa nak jaga tu?
Meh Cik Pia jagakan, Tekan jer butang whatsapp di gambar ini!

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tular.Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tular.Co:

Videos

Share

Category