Rawatan Alternatif FIP Kucing Malaysia

Rawatan Alternatif FIP Kucing Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Alternatif FIP Kucing Malaysia, Pet service, Kuala Lumpur.

19/10/2023

Assalamualaikum Wrh Wbk,

Maaf sebab dah lama tak update.

Beberapa perkara sedang diperhalusi.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh komen di sini. Insyaallah sy akan jawab persoalan yg timbul.

Tak lama lagi, sy akan update sesuatu.

20/04/2022
23/03/2022

Sila pastikan jenis FIP kucing yang anda alami, sama ada

> Wet FIP, boleh dilihat dari fizikal (perut kiri dan kanan yang membusung)
> Dry FIP, berlawanan fizikal dgn Wet FIP (kurus)
> NeuroFIP, gabungan antara Wet FIP atau Dry FIP dengan simptom ketara fizikal seperti kaki belakang lumpuh atau gagal berjalan dengan lurus/betul

Nota :
Adalah amat digalakkan anda membawa kucing anda untuk membuat ujian darah dan/atau ujian FIP untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat kepada jenis penyakit yang kucing anda alami. Ujian darah biasanya akan merujuk kepada nilai A/G ratio yang rendah. Pada sesetengah keadaan, kucing anda tidak menunjukkan bacaan kucing FIP, tetapi bacaan lain mungkin menunjukkan penyakit lain yang mungkin tidak memerlukan rawatan Nanoanolyte.


Sila dapatkan berat kucing anda dengan betul.

> Rawatan kucing FIP bergantung kepada berat kucing anda.
> Anda boleh mengukur berat melalui klinik vet (lebih tepat) atau membuat anggaran kasar (kurang tepat)
> Adalah dimaklumkan bahawa kesilapan memberi maklumat tepat ke atas berat kucing akan mengganggu proses rawatan dan dos yang salah mungkin akan terjadi.

Nota :
Walaupun ujian darah atau ujian FIP tidak diwajibkan, tetapi kami sangat berharap kucing anda membuatnya untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.


Kurung atau kuarantin kucing anda, kerana:-
> Mengurangkan pergerakan kucing ketika rawatan supaya anda lebih fokus kepada rawatan
> Mengurangkan risiko bahaya lain yang kena kepada diri kucing pesakit FIP
> Mengurangkan keberjangkitan kepada haiwan lain.

Nota :
Mengurung kucing sememangnya akan membuatkan kucing lebih terdedah kepada stress, sila gunakan masa yang sebaiknya untuk bersama-sama dengan kucing anda.


Makan dan Minum
> Kucing harus diberikan makanan yang berkualiti sepanjang rawatan untuk memberi nutrisi yang sepatutnya diterima dan memberi tenaga kepada kucing. Sebarang bentuk makanan untuk tujuan recovery adalah amat digalakkan. Makanan penggalak selera juga disarankan bagi kucing yang jenis memilih makanan.
> Pastikan kucing menerima air yang secukupnya pada setiap hari untuk mengelakkan hidrasi dan ini akan menyukarkan proses keberkesanan rawatan.
> Sekiranya memerlukan force feeds, sila gunakan cara ini bagi memastikan kucing mendapat jumlah nutrisi yang sepatutnya diterima.


Makanan Tambahan / Suppliment
> Sehingga kini, tiada halangan untuk kucing diberi atau menerima sebarang bentuk makanan tambahan atau suppliment bagi membantu proses. Sila berbincangan dengan doktor veterinar anda mengenai bentuk makanan tambahan khas untuk pesakit FIP

Panduan pemberian rawatan akan disediakan di dalam pakej rawatan yang anda terima.
👍 Kapsul Nanoanolyte
👍 Oral Nanoanolyte
👍 Syringe
👍 Piller
👍 Potty Pad

Address

Kuala Lumpur
50050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Alternatif FIP Kucing Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Nearby pet stores & pet services