Dr.Ridz Petlabs

Dr.Ridz Petlabs Perlindungan lengkap untuk si comel anda

BAHAYA KE KUTU PADA SI COMEL?Sangat bahaya sebab kutu bukan saja menyebabkan kegatalan pada kucing tetapi juga boleh men...
21/04/2024

BAHAYA KE KUTU PADA SI COMEL?
Sangat bahaya sebab kutu bukan saja menyebabkan kegatalan pada kucing tetapi juga boleh menyebabkan :

1) Lemah, kurang selera makan dan pucat. Ini kerana kutu menghisap darah yang banyak dari kucing.

2) Boleh jadi juga pembawa virus penyakit kepada kucing.

3) Boleh menjadi alahan pada kucing sehingga boleh menyebabkan ulcer di mulut.

Adalah disarankan untuk memberikan ubat kutu sebulan sekali pada si comel.

26/02/2024

🐈"Majikan" ada masalah KUTU asyik garu smapi gugur bulu-bulu???
Spray je PETCARE ni, tak sampai seminit terus mati kutu. hihii.
boleh beli terus dkt shopee PETLABS:

https://shp.ee/dthdkyb

Kenapa perlu memilih produk Research Base?Commitment kami adalah untuk mengkomersialkan produk2 yg berasaskan "Research ...
16/11/2023

Kenapa perlu memilih produk Research Base?

Commitment kami adalah untuk mengkomersialkan produk2 yg berasaskan "Research Base Formulation".

Setiap product yg dikeluarkan telah melalui research yg sgt intensif dengan kerjasama universiti & juga syarikat2 tempatan/luar negara - bukan hanya selamat tanpa kesan sampingan, tapi juga berkesan setanding dgn produk yg menggunakan bahan/dadah2 synthetic.

Untuk PETLABS, kami menggunakan bahan2 aktif dari natural ingredients yang terkini utk formulasi produk yang mana bahan aktif tersebut terbukti berkesan melalui penyelidikan saintifik dan klinikal dari makmal2 berteknologi tinggi.

Alhamdulillah sempat berdiskusi dan menyerap ilmu dari saintis2 hebat dari pelbagai negara .Terima kasih Kepada Prof.Dr.Fred dari Mibelle Biochemistry (Switzerland), Dr. Shikinze (Jepun) dan Dr.Ellie Edward (USA) diatas perkongsian penemuan hasil penyelidikan mereka.

Tercari-cari produk penjagaan haiwan anda yg dijamin selamat & berasaskan hasil kajian sains yg terkini? Lari website offcial kami di drridzpetlabs.com.

Alhamdulillah..terima kasih USM Kubang Kerian especially Prof Dasuki Dash diatas jemputan sebagai Speaker (penceramah) d...
20/09/2023

Alhamdulillah..terima kasih USM Kubang Kerian especially Prof Dasuki Dash diatas jemputan sebagai Speaker (penceramah) di Persidangan Antarabangsa on Essential Oil, Medicinal Plant in cosmeticeutical and health .

Well done to organizer (USM kubang kerian) and thank you for all logistic and so on.

Jgn lupa jemput lagi..hehe

Alhamdulillah Ya Allah...bukan 1 Anugerah tapi 2 Anugerah yg saya rangkul iaitu Anugerah Emas dan Anugerah Khas (Best Re...
26/08/2023

Alhamdulillah Ya Allah...bukan 1 Anugerah tapi 2 Anugerah yg saya rangkul iaitu Anugerah Emas dan Anugerah Khas (Best Research) menerusi PET CURE CREAM dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Mohd Yusof Apdal di INTEX 2023 Kuching Sarawak..

Well done Team Dr.Ridz PetLabs dan Faculty Perubatan Vetarinar UMK..

Nak Buat Produk Penyelidikan..rojer Dr.Ridz...kita buat product yg paduu bukan cincai2 punya ..research Base Product..

Jauh terbang ke Kuching ..direzeki kan utk menghadiri jemputan ke Pertandingan dan Persidangan di Expo Inovasi & Technol...
23/08/2023

Jauh terbang ke Kuching ..direzeki kan utk menghadiri jemputan ke Pertandingan dan Persidangan di Expo Inovasi & Technology Antarabangsa...

Dr.Ridz akan bentangkan produk hasil penyelidikan Dr Ridz bersama Fakulti Perubatan Vetarinar UMK di INTEKlX 2023..

Semoga beroleh kejayaan dan mampu menyumbang kepada komuniti...

Nak buat produk yg berasaskan penyelidikan..rojer Dr.Ridz..

Alhamdulillah..selesai meeting dengan penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar UMK yang terdiri dari Dekan Fakulti (D...
27/07/2023

Alhamdulillah..selesai meeting dengan penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar UMK yang terdiri dari Dekan Fakulti (Dr.Farhan), Dr.Aina dan Dr. Sabri berkenaan dengan Penyelidikan dan kolaborasi utk produk Dr.Ridz PetLabs utk mengatasi masalah jangkitan pada haiwan peliharaan..

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?Jawapan : PERLU & TAK PERLU...PERLU sekiranya:Kucing anda mempunyai masalah kulit...
22/06/2023

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?
Jawapan : PERLU & TAK PERLU...
PERLU sekiranya:
Kucing anda mempunyai masalah kulit sebagai contoh rawatan untuk merawat penyakit kulit kucing anda adalah dengan menggunakan shampoo berubat, jadi tentulah nak tak nak kena mandikan kucing, kalau tak mandi macam mana p**a nak guna shampu tersebut. Contoh penyakit kulit yang memerlukan anda memandikan kucing adalah masalah fungus.
Kucing anda mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya berbau busuk. Sebagai contoh kucing yang mengalami masalah saraf, yang gagal mengawal proses pembuangan air kecil (kencing) dan pembuangan air besar (berak), ini menyebabkan kucing berbau busuk kerana terkena najis.
Kucing anda dalam keadaan kotor, contohnya baru jumpa, atau mungkin kucing anda bermain di luar badannya dipenuhi kotoron.
Kucing dalam keadaan kotor , berbau dan tidak selesa, senang kata bila kucing anda kotor & berbau dan bila bila yang di rasakan perlu lah
TAK PERLU sekiranya:
Kucing anda berada sepenuhnya di dalam rumah, bebas dari sebarang kotoran, serta kucing anda dalam keadaan sihat dan bersih.
Tambah p**a bulu kucing anda dalam keadaan baik dan sihat, dan kucing anda tiada masalah mulut berbau.
Sebagai contoh kucing saya Felix tu, setahun adalah 2-3 kali je mandi hehe nama je kucing vet 😛 tapi kalau tak perlu mandi buat apa nak mandi ye tak?

Kalau oyen korg kerap sangat kencing, pastu kejap2 minum air sebab cepat dahaga, selera makan pun lain macam… kejap maka...
22/06/2023

Kalau oyen korg kerap sangat kencing, pastu kejap2 minum air sebab cepat dahaga, selera makan pun lain macam… kejap makan kejap2 makan, tiba2 berat badan turun mendadak, boleh jadi kucing korang tu ada penyakit "DIABETIS"

Namun, sama seperti manusia, kucing juga boleh terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Malah, dalam keadaan yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau dicegah daripada awal lagi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda paling common kat Malaysia.

Top #7 Penyakit Paling Bahaya Untuk Kucing:

#1 : "DIABETIS : GEMUK YANG MEMBAWA MAUT"
Kucing mungkin nampak comel dan gebu apabila gemuk, tapi awas ia juga boleh mengundang penyakit. Diabetes atau kencing manis juga lebih cenderung berlaku kepada kucing yang obes.

[PUNCA]
Sama seperti manusia, keadaan ini akan berlaku sekiranya insulin gagal untuk memproses kandungan gula di dalam badan. Jika tidak dirawat dari awal, ia boleh menyebabkan keletihan, lemah dan seterusnya kematian.

[SYMPTOM]
Berikut merupakan simptom penyakit Diabetes yang boleh diperhatikan pada kucing anda iaitu:
• Cepat dahaga dan kerap kencing
• Selera makan yang besar dan kerap lapar
• Dehidrasi
• Turun berat badan secara mendadak

[RAWATAN]
Pihak veterinar mungkin akan melakukan ujian darah dan air kencing. Kucing anda juga mungkin perlu menjalani diet atau menjalani terapi insulin kerana kebiasannya ubat yang diberi secara oral mendatangkan lebih kesan sampingan.

Sebelum melakukan terapi insulin ini, pihak veterinar akan menjalani beberapa pemeriksaan sebelum membenarkan pemilik untuk melakukan suntikan kepada kucing mereka.

DR, ANTARA SPRAY & UBAT MAKAN (VITAMIN/BOOSTER) MANA LAGI BAGUS UNTUK RAWAT MASALAH BULUS SY NI?Good Question.Ni soalan ...
12/06/2023

DR, ANTARA SPRAY & UBAT MAKAN (VITAMIN/BOOSTER) MANA LAGI BAGUS UNTUK RAWAT MASALAH BULUS SY NI?

Good Question.
Ni soalan yang mmg ramai orang tanya.

Bila berkait dengan masalah luaran mcm kurap, sporo, sakit mata, dia sebabkan oleh "agent" luaran iaitu jangkitan dari parasite/kulat spt mite, flea, etc. Masalah ni tak akan hilang selagi agent tu kita tak matikan walaupun bergalen2 vitamin bulus kita tu telan. Walaupun ada ubat oral utk anti-kulat, tp haiwan ni susah nak bagi makan. Jadi cara paling cepat adalah kita guna spray anti-fungal terus ke kawasan bermasalah.

Vitamin tak boleh matikan agent-agent tadi. Tapi penting dalam mengekalkan kesihatan keseluruhan dan meningkatkan sistem imun. Sistem imun yang kuat boleh membantu kucing melawan jangkitan dengan lebih berkesan. Walaupun vitamin sahaja mungkin tidak merawat jangkitan kulat secara langsung, ia boleh menyokong overall well-being and enhance their ability to combat the infection.

In some cases, gabungan kedua-dua pendekatan mungkin bermanfaat. Guna spray kulat untuk hapuskan jangkitan sambil bagi kucing vitamin yang sesuai untuk menyokong sistem imun mereka can create a well-rounded treatment plan.

GROOMING – APA TU GROOMING ?Grooming adalah aktiviti dimana kucing membersihkan badan mereka dengan cara menjilat. Kucin...
06/06/2023

GROOMING – APA TU GROOMING ?

Grooming adalah aktiviti dimana kucing membersihkan badan mereka dengan cara menjilat. Kucing yg normal meluangkan separuh masanya untuk grooming – bagun tidur grooming, nak tidur grooming dulu, lepas makan grooming, duk saja saja grooming pendek kata dia orang ni duk grooming je la- jadi kalau kucing anda sihat – and fully in house kenapa kita nak bersihkan lagi.

Ada yang kata dia MANDIKAN kucing dia sebab…..

a) Kutu..
Tahukah anda MANDIKAN KUCING TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH KUTU ? sebaiknya guna lah ubat kutu. Lepas dah apply ubat kutu (guna yang dapat kebenaran ye jangan guna yg fake plak) – kutu kat badan dah mati , nak mandikan boleh lah sbb nak buang kotoran2 tu semua

b) Badan Kucing Busuk
Ok takde masalah – silalah mandikan , tapi kalau dah every week /every day mestilah ada sesuatu yang tak kena. Cuba chek mulut kucing anda bersih ke tak , berbau ke tak … KALAU MULUT KUCING BERBAU, SAKIT dan MENGELUARKAN AIR LIUR YANG PEKAT DAN BUSUK ….. MANDI TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH BADAN BERBAU …. anda kena berjumpa Vet untuk buat pemeriksaan mulut kucing anda.

kalau air liur dia busuk sebab sakit gigi , awak mandikan setiap hari pun tetap busuk juga sebab kucing tetap akan jilat bulu.

Kesimp**annya kucing yang SIHAT & BERSIH apatah lagi yang INDOOR tidak perlu mandikan dengan kerap, dan saya secara peribadi beranggapan sebulan kali tu dah kerap, so kalau boleh elakkan lah mandikan kucing seminggu sekali ataupun setiap hari. Yang tak mandikan kucing langsung pun takpe.
Mandikan bila perlu dan jika ada keperluan.

sebarang soalan boleh ajukan di ruangan komen
Kami cuma akan jawab soalan yang berkaitan dengan penjagaan & kesihatan secara general 😊

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?Jawapan : PERLU & TAK PERLU...PERLU sekiranya:Kucing anda mempunyai masalah kulit...
06/06/2023

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan : PERLU & TAK PERLU...

PERLU sekiranya:
Kucing anda mempunyai masalah kulit sebagai contoh rawatan untuk merawat penyakit kulit kucing anda adalah dengan menggunakan shampoo berubat, jadi tentulah nak tak nak kena mandikan kucing, kalau tak mandi macam mana p**a nak guna shampu tersebut. Contoh penyakit kulit yang memerlukan anda memandikan kucing adalah masalah fungus.

Kucing anda mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya berbau busuk. Sebagai contoh kucing yang mengalami masalah saraf, yang gagal mengawal proses pembuangan air kecil (kencing) dan pembuangan air besar (berak), ini menyebabkan kucing berbau busuk kerana terkena najis.

Kucing anda dalam keadaan kotor, contohnya baru jumpa, atau mungkin kucing anda bermain di luar badannya dipenuhi kotoron.
Kucing dalam keadaan kotor , berbau dan tidak selesa, senang kata bila kucing anda kotor & berbau dan bila bila yang di rasakan perlu lah

TAK PERLU sekiranya:
Kucing anda berada sepenuhnya di dalam rumah, bebas dari sebarang kotoran, serta kucing anda dalam keadaan sihat dan bersih.

Tambah p**a bulu kucing anda dalam keadaan baik dan sihat, dan kucing anda tiada masalah mulut berbau.

Sebagai contoh kucing saya Felix tu, setahun adalah 2-3 kali je mandi hehe nama je kucing vet 😛 tapi kalau tak perlu mandi buat apa nak mandi ye tak?
SOALAN 2 : BERAPA KERAP NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan : Bagi saya mandikan kucing SEBULAN SEKALI tanpa keperluan kesihatan dah kira KERAP apatah lagi kalau mandikan kucing setiap minggu.

Yang mandikan setiap hari tu … Wow saya tabik pada anda gigihnya.

Bila saya kata MANDI ni – maksudnya mandikan kucing , iaitu basahkan badan kucing dengan air, shampoo kan & keringkan — bukan setakat jirus jirus gitu je atau lap lap dengan wet towel la apa la ye

ini termasuk juga anda hantar “GROOMING” ke pusat kecantikan kucing, atau groomer atau klinik

Saya secara peribadi tidak menyokong & tidak menggalakkan aktiviti memandikan kucing setiap minggu (apatah lagi setiap hari ) ini kerana perbuatan anda ni bukan sahaja menyebabkan kucing anda STRESS, malah boleh menjadikan BULU TIDAK SIHAT.

Tahukah anda dibawah permukaan kulit kucing ada minyak yang memelihara bulu kucing.

Setiap kali anda mandikan kucing, tanpa sengaja anda flush out/singkirkan minyak tersebut dan tak silap saya ia mengambil tempoh 24-48jam untuk terbentuk semula. So u do the math la kalau mandikan once a week 🙂

sebabtu kalau anda perasan, kebanyakkan ubat kutu (yang mendapat kebenaran) yang jenis spot-on tu, syarat dia kucing tak boleh mandi 2 hari sebelum dan selepas?

Perasan tak?
haa kalau tak perasan … tak pernah guna la tu…. hehe gurau je

Actually ini lah logiknya disebalik arahan tersebut,
ingat tak kalau dlm bilik consultation, bila VET anda letak ubat kutu, anda akan tanya “Dr letak kat situ je ke?” atau ” Camne dia bunuh kutu kalau letak kat tengkuk je”

pastu VET jawab “nanti dia tranlocate sendiri guna cecair bawah kulit ke seluruh badan dlm tempoh 24-48 hrs”

so inilah cerita belakang tabir 🙂 ,
opps dah cerita fasal ubat kutu plak.

ok back to the point semula
Kebanyakkan Feline Expert beranggapan if your cat healty and fully indoor no reason untuk mandikan – if nak mandikan 2 tahun sekali pun dah ok.

Kenapa ek?
sebab selain tidur 2/3 dari aktiviti seharian , aktiviti ke dua yang kucing s**a buat ialah GROOMING

Pernahkah anda melihat bintik-bintik atau serbuk hitam (seperti dalam gambar) pada bulu kucing anda?– Ini bukan habuk– I...
05/06/2023

Pernahkah anda melihat bintik-bintik atau serbuk hitam (seperti dalam gambar) pada bulu kucing anda?
– Ini bukan habuk
– Ini bukan kotoran akibat kucing anda berguling di atas jalan raya
– Ini bukan telur kutu

Habis apa benda ni?
Ini adalah kotoran dari kutu atau juga di kenali dengan istilah “FLEA DIRT” warna sebenarnya adalah merah atau dark brown.
Tak percaya, dapatkan kotoran ini anda cuba larutan pada air atau gosok kan pada kapas yang beralkohol (alcohol swab). Pasti air tadi bertukar menjadi merah atau coklat pekat, dan kapas atau swab tadi ada meninggalkan kesan merah.

FLEA DIRT ini adalah najis kutu/sengkenit/flea. Dah tu kenapa warna merah? Sebab kutu hisap darah, darah warna merah ….. sebab itulah najisnya berwarna merah

Teringin bela kucing? Ketahui 10 tip ini dahulu sebagai persediaanKUCING merupakan haiwan yang terbaik untuk dijadikan p...
05/06/2023

Teringin bela kucing? Ketahui 10 tip ini dahulu sebagai persediaan

KUCING merupakan haiwan yang terbaik untuk dijadikan peneman. Di samping dapat mengawal gangguan tikus dan haiwan perosak di rumah, kucing juga dapat memberi kegembiraan dalam hidup kita.
Bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan untuk mula membela kucing, banyak perkara yang perlu difikirkan. Ini merupakan tip sebelum kita mengambil keputusan membela haiwan manja itu.
1. Pastikan gaya hidup kita sesuai atau tidak

Kucing merupakan haiwan yang sangat berdikari. Namun begitu, ia masih tidak mampu untuk cara diri mereka sendiri di dalam rumah. Sebelum mengambil keputusan untuk membela kucing, pastikan gaya hidup anda bersesuaian dengan kucing. Individu yang sibuk bekerja mendapati agak s**ar untuk mencari masa untuk kucing yang sangat memerlukan perhatian dan perapian lebih lebih lagi kucing yang bijak dan aktif. Namun jangan risau, lakukan kajian kerana terdapat kucing yang sesuai untuk gaya hidup yang sibuk bekerja.
2. Bela dua ekor kucing sekiranya terlampau sibuk bekerja

Bagaimana jika keadaan kita berubah setelah membela kucing? Waktu bekerja kita terlampau lama dan masih inginkan kucing menyambut kita di pintu apabila p**ang dari kerja. Membela kucing lagi seekor untuk menemani kucing anda bermain merupakan penyelesaian yang terbaik.
3. Pastikan tidak mempunyai alergi

Adakah anda mempunyai sebarang alergi? Jika menderita dari reaksi alergi, sila lakukan pemeriksaan untuk alergi kucing sebelum membawa p**ang kucing ke rumah. Namun ada juga individu yang mempunyai alergi dapat menyesuaikan diri dengan kucing mereka sendiri tapi mengalami reaksi terhadap kucing lain. Untuk keselesaan, pilihlah kucing yang kurang allegen. Lihat tip untuk membela kucing pada individu yang mempunyai alergi.
4. Kasi/ mandulkan kucing bila sampai waktu

Sebelum membawa p**ang kucing ke rumah, bawa ia ke veterinar untuk pemeriksaan kesihatan. Tambahan lagi sila jadualkan kucing untuk dimandulkan sebelum mencapai usia matang. Ini memberikan banyak perbezaan dalam kucing yang sihat dan gembira dengan kucing yang sengsara sehingga berusaha untuk keluar rumah dan juga menyembur urin di perabot anda. Banyak ya kebaikan daripada memandulkan kucing ini.
5. Sediakan kotak pasir dan makanan yang bersesuaian

Dapatkan kotak pasir yang bagus dan berkualiti. Kotak pasir yang bertutup boleh memberikan kucing lebih privasi dan jenis pasir yang berbutir juga lebih senang untuk dicara. Pastikan kotak pasir kucing sentiasa bersih untuk keselesaan bukan hanya kucing tapi juga kita. Pastikan juga beli makanan yang bersesuaian dengan usia kucing. Boleh tengok tipsmemilih kibbles terbaik untuk kucing. Jika sentiasa ada di rumah, latih kucing untuk kencing dan berak di bilik air. Dapat jimat dalam perbelanjaan pasir bukan?
6. Sediakan permainan yang mencukupi

Kucing haiwan yang s**a bermain. Patung tikus, bulu pelepah dan walaupun kotak kosong sekali pun sangat menghiburkan kucing. Benda permainan tidak seharusnya mahal, malah boleh juga dibuat sendiri. Pastikan mainan mencukupi untuk membuatkan kucing anda gembira, aktif dan tidak bosan.
7. Sediakan juga tempat mencakar untuk kucing

Tidak mahu sofa dicakar-cakar atau beg LV baru rosak, beli tempat cakar khas untuk kucing.
8. Tak wajib tapi boleh juga sediakan catnip dan treats

Catnip dan treats adalah bagus untuk merasuah kucing kita dan juga melatih kucing untuk melakukan trick. Treats untuk kucing juga senang sahaja untuk dimasak di rumah. Boleh rujuk post membuat treats mudah untuk kucing anda.
9. Dapatkan insurans

Dapatkan insurans haiwan peliharaan. Di Malaysia ni tak pasti ada ataupun tidak. Namun jika ingin memiliki baka kucing yang mahal, adalah digalakkan untuk mengambil insurans
10. Jika ingin bela anak kucing

Jika ingin membawa p**ang anak kucing, pastikan memulakan rutin perapiannya seawal usianya. Memandikan, memberus bulu dan memotong kuku supaya kucing kita dapat membiasakan dirinya. Jika tidak rutin ini akan menjadi mimpi ngeri. Sekiranya menemui anak kucing, ikuti cara penjagaan anak kucing yang betul.
Jadi itu dia tip untuk yang mula ingin membela kucing. Kucing akan hidup lama hampir 20 tahun jika menjaganya dengan baik. Jadi kita dan kucing akan bersama dalam tempoh yang sangat lama.

Pada pendapat kami, silalah ambilbela kucing-kucing yang ada di pusat perlindungan kucing ni. Boleh cari pusat perlindungan kucing yang ada di Malaysia ni. Kucing-kucing di pusat perlindungan sangat perlukan kasih sayang. Ataupun juga boleh menyayangi kucing jalanan yang sentiasa dambakan kasih sayang manusia.

Adopt dont shop ok!

"10 DietTerbaik untuk Kucing, Anda Nak Pilih yang Mana?"Apabila kucing anda mendapat nutrisi yang seimbang, mereka akan ...
05/06/2023

"10 DietTerbaik untuk Kucing, Anda Nak Pilih yang Mana?"

Apabila kucing anda mendapat nutrisi yang seimbang, mereka akan menunjukkan tingkah laku yang aktif, berat badan yang stabil, dan bulu yang cantik dan bersinar. Yang paling penting, dapat mengelakkan dari sebarang penyakit.

Oleh itu, penting untuk memastikan bahawa kita memberikan makanan yang sesuai dengan keperluan kucing kita. Jika anda tidak pasti makanan mana yang terbaik untuk kucing anda, bawa si bulus anda ke mana-mana klinik vet untuk mendapatkan nasihat yang tepat dengan doktor haiwan.
Antara tips yang bagus untuk anda ikuti:
Tip 1 - Pilih Makanan Kering Premium
Makanan kering yang berkualiti tinggi adalah penting kerana ia menyediakan nutrien yang seimbang. Daging harus menjadi bahan utama seperti ayam, daging lembu, atau ikan. Elakkan makanan kucing yang menggunakan bahan utama seperti jagung, kacang soya, atau gandum. Cari makanan yang mengandungi taurin, asid amino penting untuk kucing.
Tip 2 - Makanan Basah Berkualiti Tinggi
Makanan basah mengandungi lebih banyak air daripada makanan kering, membantu menjaga kucing anda terhidrasi dan menjaga fungsi buah pinggang yang sihat. Pilih makanan basah yang mengandungi protein haiwan berkualiti tinggi dan bahan-bahan semula jadi. Lebihkan makanan basah daripada makanan kering. Sekali sekala buatlah makanan kucing homemade untuk meow.
"Makanan kucing yang bagus tidak perlu mahal, yang penting ia memenuhi keperluan nutrisi kucing anda."
Tip 3 - Daging Ayam
Pastikan anda hanya memberikan daging ayam yang telah dimasak sepenuhnya dan bebas dari tulang serta rempah ratus. Walaupun tulang mempunyai nutrisinya sendiri, ianya juga dapat menyebabkan kucing tercekik, lagi-lagi kucing yang dibela, kebanyakan tidak reti mengunyah tulang. Elakkan rempah seperti bawang dan bawang putih kerana boleh menyebabkan keracunan kepada kucing.
Tip 4 - Ikan Sardin dan Tuna
Ikan ini kaya akan asid lemak omega-3 yang baik untuk kulit dan bulu kucing. Namun, berikan hanya dalam jumlah yang sederhana kerana terlalu banyak ikan dalam diet kucing dapat menyebabkan kekurangan nutrien tertentu.
Tip 5 - Telur Rebus
Telur adalah sumber protein yang mudah dicerna dan kaya dengan vitamin dan mineral. Berikan hanya telur yang sudah dimasak, kerana telur mentah boleh mengandungi bakteria seperti salmonella.
Tip 6 - Keju Rendah Lemak
Keju boleh menjadi treats yang enak, tetapi pastikan kucing anda tidak alah kepada produk tenusu. Berikan keju rendah lemak dan rendah garam dalam jumlah kecil sebagai makanan tambahan.
Tip 7 - Kangkung Rebus
Walaupun sifat kucing adalah karnivor obligat, kucing juga secara alaminya s**a memakan rumput untuk tujuan tertentu. Sebagai makanan tambahan, sayuran ini sekali sekala boleh diberikan dalam jumlah yang kecil dan tanpa campuran rempah ratus.
Tip 8 - Makanan Kucing yang Bebas Bijirin
Bagi kucing yang sensitif terhadap bijirin, pilih makanan kucing yang bebas bijirin dengan bahan-bahan yang lebih mudah dicerna seperti daging, sayuran, dan buah-buahan.
Tip 9 - Labu Kukus atau Rebus
Labu adalah sumber serat yang baik yang dapat membantu pencernaan kucing. Boleh membantu masalah sembelit dan cirit-birit. Berikan hanya labu yang telah dikukus atau direbus dan dihancurkan, dan juga boleh gaul bersama telur, ikan, ayam atau daging yang telah dimasak. Jangan memberikan labu tin yang mengandungi gula atau rempah tambahan.
Elakkan memberi si bulus, si oyen, si tam, si teh etc makanan tin manusia. Seeloknya gunakan bahan-bahan fresh.
Tip 10 - Makanan Khas Kepada Kucing yang Mempunyai Masalah Tertentu
Terutamanya kucing yang sudah berusia, mereka memerlukan diet khusus untuk mengatasi masalah kesihatan seperti alergi makanan, diabetes, atau masalah buah pinggang, berjumpa dan bertanya dengan doktor haiwan anda tentang makanan yang sesuai.
Apa-apa pun ingatlah untuk sentiasa memantau berat badan kucing anda dan membuat penyesuaian pemakanan jika perlu. Kucing yang terlalu gemuk atau terlalu kurus mungkin memerlukan perubahan dalam diet mereka untuk mencapai berat badan yang ideal. Diingatkan supaya tidak menukar makanan kucing secara mengejut. Untuk memastikan kesesuaian yang tepat kunjungilah doktor haiwan berdekatan anda.

Hi WorldPlease be nice to me 🐱🐱🐱
02/06/2023

Hi World
Please be nice to me 🐱🐱🐱

Address

Dr Ridzuan Manufacturing Tingkat 2, PT 33848, Dataran Tembusu Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr.Ridz Petlabs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category