CATsini Hotel Kucing & Grooming

CATsini Hotel Kucing & Grooming CATsini adalah pusat penginapan haiwan yang diselia dan berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia.

Servis kami:
1) Penginapan kucing
2) 'Cat Grooming'
3) 'Cat Styling'

Sila hubungi kami di 017 616 9190 untuk maklumat lanjut.

Siap tempahan art work di CATsini. Cantik sangat hasil seninya. Khas untuk pelanggan kami yang minat karya doodle. Sambi...
19/07/2024

Siap tempahan art work di CATsini. Cantik sangat hasil seninya. Khas untuk pelanggan kami yang minat karya doodle. Sambil2 menunggu boleh layan mata.

Rezeki kami dapat khidmat seorang artis doodle tanahair FB Kak Ngah Ali. Boleh klik nama beliau untuk melihat hasil2 yang lain. Memang cantik2 hasilnya.

Kali ni kami minta tema hotel kucing, grooming and styling. Lebih kurang seminggu dah siap.

Terima kasih Nazrul Naruki Zuber yg memperkenalkan keluarga seni FB Ali Shamsul Bahar. Lastly - thanks Kak Ngah. Well done!!

Nota - antara yang aku tabik Kak Ngah ni bukan sahaja muda2 dah berbakat besar. Dia juga seorang Hafizah. MashaAllah. Tahniah kedua ibu bapanya. Remaja contoh untuk semua.

Pembukaan Gudang Karya Kopratasa  akan berlangsung 2 hari pada 25-26 Mei 2024 di No. 32, Jalan Besar Kuantan. Lokasinya ...
23/05/2024

Pembukaan Gudang Karya Kopratasa akan berlangsung 2 hari pada 25-26 Mei 2024 di No. 32, Jalan Besar Kuantan. Lokasinya sebaris dengan Kuantan Pickers & Kedai Kopi.

Kami jemput kepada semua untuk hadir ke acara ini untuk sertai pelbagai aktiviti bersama sepanjang 2 hari.

Kita santai-santai minum kopi, pekena roti bakar sambil layan lagu dan puisi dari Kopratasa. Jom...
Tahniah team Nazrul Naruki Zuber Kuantan Pickers & Kedai Kopi dan Kopratasa atas usaha baik untuk memeriahkan cabang seni dan kebudayaan di Kuantan.
Terima kasih atas jemputan kepada CATsini Hotel Kucing & Grooming untuk turut sama meraikan usaha ini.

Mohon sahabat² semua share share dan repost. Terima kasih🙏

Check out CATsini’s post.

Alhamdulillah - penghargaan ikhlas kami atas sokongan pelanggan dan pengunjung sepanjang tahun 2023. Semoga sokongan dan...
07/01/2024

Alhamdulillah - penghargaan ikhlas kami atas sokongan pelanggan dan pengunjung sepanjang tahun 2023.

Semoga sokongan dan dokongan semua dibalas dengan kebaikan yang lebih besar dariNya.

Kami juga mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan kami sepanjang tahun lalu. InshaAllah teguran yang amat kami alukan ini akan dijadikan pedoman untuk memperbaiki perkhidmatan demi kebaikan semua.

Semoga sinar 2024 lebih baik untuk semua.
Terima kasih dari kami di CATsini ❤️

Alhamdulillah...Terima kasih di ucapkan pada team MCGA yang menjayakan acara ini, terima kasih pada Malaysia Hobby Expo,...
04/12/2023

Alhamdulillah...

Terima kasih di ucapkan pada team MCGA yang menjayakan acara ini, terima kasih pada Malaysia Hobby Expo, terima kasih pada pihak penaja.

Ucapan terima kasih khas saya tujukan kepada suami saya Hasnul Hisham yang selalu disamping memberikan sokongan, mak abah, mak mertua, adik beradik & ipar, Team CATsini Hotel Kucing & Grooming Bella Kamarudin dan sahabat² groomer yang mendoakan dan memberikan sokongan sebelum pertandingan.

Terima kasih kepada barisan cikgu² saya yang banyak memberikan tunjuk ajar dan dorongan mengenai ilmu dan tips clipping & sc******ng.

❤️ Ticer Noor, Ticer Farah, Razman, Anis - Purrfection Catz Grooming Academy
❤️ Cikgu Anas Anas Abu Amsyar - Kaka Cat House
❤️ Cikgu Jeffrey - MJMA Cat Grooming Academy - MJCGA

Terlalu banyak pengalaman manis yang saya dapat sepanjang pertandingan semalam. 2 hari di MAEPS Serdang so awesomeness. Kepada sahabat2 groomer yang tak dapat akak nak tag.. you know who you are😆 next time kita reunion lagi..

Dragon Cut by CATsini.Sesuai untuk kucing yang mempunyai masalah kulit, keguguran bulu atau terlalu kotor.Jenis perkhidm...
19/07/2023

Dragon Cut by CATsini.

Sesuai untuk kucing yang mempunyai masalah kulit, keguguran bulu atau terlalu kotor.

Jenis perkhidmatan lain seumpama ini yang turut kami sediakan - Lion Cut, Dino Cut, Comb Cut dan Teddy Cut.

Hubungi kami untuk temujanji.

Whatsapp
www.wasap.my/+60176169190
www.wasap.my/+60176169190

CATsini adalah sebuah penginapan haiwan berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Untuk makluman CAT parents CATsini tidak akan beroperasi pada 15hb & 16hb Julai 2023 (Sabtu & Ahad) ini. Mama iela break...
12/07/2023

Untuk makluman CAT parents

CATsini tidak akan beroperasi pada 15hb & 16hb Julai 2023 (Sabtu & Ahad) ini.

Mama iela break sekejap nak pergi menuntut ilmu di Balakong 🤗

Untuk boarding dan grooming last kami terima pada 14hb (Jumaat) sahaja.

Alhamdulillah - selesai sudah kursus dandanan kucing oleh Instructor Professional Coach Mohd Jeffrey Mohamad Ali dari MJ...
08/07/2023

Alhamdulillah - selesai sudah kursus dandanan kucing oleh Instructor Professional Coach Mohd Jeffrey Mohamad Ali dari MJMA Cat Grooming & Training Centre . Terima kasih Muezza Cat Care - MCC yang bersusah payah menganjurkan program ini.

CATsini diwakili oleh salah seorang kakitangan kami. Semoga ilmu dan pengalaman yang diterima kali ini akan membawa dirinya pergi lebih jauh dalam bidang ini selain dapat mempertingkatkan lagi mutu servis di CATsini.

Selamat maju jaya buat Bella Kamarudin . Tahniah kami ucapkan.

Bilik yang disediakan untuk si comel anda. Kesemua bilik kami mematuhi piawaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar.1) Standa...
02/07/2023

Bilik yang disediakan untuk si comel anda. Kesemua bilik kami mematuhi piawaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

1) Standard Room - 1 ekor
2) Deluxe Room - max 2 ekor
3) Suite Room - max 6 ekor
4) Connecting Room (2 Suite) - max 12 ekor

Manakala bagi perkhidmatan grooming, kami menyediakan perkara seperti di bawah:

1) Basic and Premium Grooming
2) Fungus, Tick and Flea Treatment
3) Deshedding and Detangling
4) Full Body, Paw and Sanitary Trimming
5) Lion and Teddy Cut
6) Show Grooming

Perkhidmatan kami dibuat oleh kakitangan yang berpengalaman dan bertauliah di bawah Akademi Haiwan Malaysia.

Kami hanya menggunakan produk yang selamat dan diguna oleh pendandan profesional.

🏩 CATsini Hotel Kucing & Grooming🔰 Lokasi di Indera Mahkota 3 di tepi Lebuhraya Kuantan Bypass. Sederet Pasaraya Pantai ...
02/07/2023

🏩 CATsini Hotel Kucing & Grooming
🔰 Lokasi di Indera Mahkota 3 di tepi Lebuhraya Kuantan Bypass. Sederet Pasaraya Pantai Selamat (Tingkat 1 di atas kedai gunting rambut)

CATsini adalah penginapan haiwan berlesen di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia - AKH(L)-2023-C-0033

Pastikan sijil vaksinasi terkini dibawa bersama semasa pendaftaran masuk. Kerjasama amat diperlukan demi kesihatan, keselesaan dan kebajikan si comel anda serta yang lain semasa berada di premis kami.

Kami menyediakan perkara berikut untuk keselesaan bulus anda:

✅ Tofu cat litter
✅ Air bertapis
✅ Pendingin Hawa
✅ Dilengkapi sistem 'turbine ventilation' untuk pengudaraan yang bersih sepanjang masa.
✅ Pemantauan suhu & kelembapan udara.
✅ Makanan premium bagi yang memerlukan - kibbles dan wetfood.
✅ Playtime sehari sekali.
✅ Pembersihan bilik 2 kali sehari.
✅ Perkhidmatan grooming sebelum check out disediakan TETAPI bergantung kepada kekosongan semasa.

❌ Tidak boleh walk in
✔ Perlu melalui BOOKING & APPOINTMENT sahaja

Whatsapp/Call untuk details lanjut
www.wasap.my/+60176169190
www.wasap.my/+60176169190

Atau Klik link di bio 👆👆👆👆

Find out more about CATsini Hotel Kucing & Grooming by following them on Google

Apple ✅️ Boarding✅️ Tail Degreasing✅️ Paws & Sanitary TrimmingThank you sayang.. 🌹Untuk tempahan grooming boleh direct w...
26/06/2023

Apple

✅️ Boarding
✅️ Tail Degreasing
✅️ Paws & Sanitary Trimming

Thank you sayang.. 🌹

Untuk tempahan grooming boleh direct whatsapp klik link www.wasap.my/+60176169190 🤗

Tarikh terakhir kami buka grooming adalah sehingga 28hb Jun (Rabu) sahaja sebelum kami tutup Cuti Raya Haji. Jom wangi²kan Sibulus dirumah sebelum OOTD Raya nanti...😆🤗

Watch, follow, and discover more trending content.

12/05/2023

Assalamualaikum Cat Parents,

Di bawah adalah waktu operasi kami yang terkini.
Untuk Boarding dan Grooming boleh booking atau terus walk in sebelum jam 3 petang.

Sebarang pertanyaan boleh direct whatsapp

www.wasap.my/+60176169190/tempahan

Address

A71, Tingkat 1, Lorong IM3/19, Bandar Indera Mahkota 3
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 17:30
Sunday 09:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CATsini Hotel Kucing & Grooming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CATsini Hotel Kucing & Grooming:

Videos

Share

Category

Nearby pet stores & pet services


Other Pet Services in Kuantan

Show All