SOOKIES

SOOKIES We are Kuantan based pet boutique and we are proud to offer a diverse selection of top quality Cat food and a variety of Cat’s products and accessories.
(1250)

When you enter the door of Sookie’s Store, you will most likely be greeted by one of our furry companions walking around the store. Sookie, our chubby co-owner of the store, would welcome you with her charmed face. Jerry, the resident of the previous Sookie’s Kiosk, would appreciate having his head scratched. Do not be surprised if the animals follow you around the store, they know pet lovers when they see them. This is a pet boutique, where any pet feels like a star.

22/08/2024

Jom kita jenjalan ke tingkat 1 SOOKIES. Kat atas ni ada banyak pilihan cage. Kecik ada, besar pun ada. Boleh bayar dengan SPayLater jugak jangan risau. So tenang-tenang pilih mana yang berkenan. Selain tu ada carrier, litterbox, barang grooming, bekas makan minum, dan pelbagai aksesori. Paling utama, sambil shopping tu ada kucing teman hehe. Ada yang follow, ada juga yang teman sambil tidur hahaha..

15/08/2024

Rest in peace Jerry @ Jeyiboy ❤️

Customers SOOKIES dari dulu mesti kenal Jeyi. Dari zaman Sookies Kiosk lagi dia dah bersama kami. Jeyi dah tak sakit lagi.. boleh jumpa kawan-kawan lain dekat cat heaven ✨

Run free, Jeyi 🌈

Rescued 28.04.2013
RIP 14.08.2024

Congratulations Cempedak pemenang Best in Show‼️ You deserved it Zulaila Hasma. Thank you kepada semua pengunjung dan pe...
08/07/2024

Congratulations Cempedak pemenang Best in Show‼️ You deserved it Zulaila Hasma.

Thank you kepada semua pengunjung dan peserta yang join catshow sempena Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 ni. Terima kasih Paddington Cat Hotel & Spa for organizing this cat show. Terima kasih juga kepada judge Amir Sariff kerana sudi datang Kuantan kali ni ❤️ Tahniah kepada semua pemenang, memang tiada yang kalah sebab semua pun dapat hadiah hehe 💖💖

Kepada semua peserta, jangan lupa claim hadiah dekat SOOKIES ye ❤️

Cat food sample untuk kucing anda! Boleh dapatkan di meja SOOKIES tau 💖 Yang mana nak cuba bertukar makanan, boleh la am...
07/07/2024

Cat food sample untuk kucing anda! Boleh dapatkan di meja SOOKIES tau 💖 Yang mana nak cuba bertukar makanan, boleh la ambik sample ni. Ada memacam jenis mengikut keperluan meow korang, ada untuk urinary, skin & coat, indoor, adult, kitten dan memacam lagi 🤩

It’s starting now! Good luck semua peserta 💖 May the best cat win 🤩
07/07/2024

It’s starting now! Good luck semua peserta 💖 May the best cat win 🤩

07/07/2024

Sedang berlangsung sekarang di Dataran Sayangi Kuantan, sempena Program Madani Rakyat Zon Timur 2024. Semua tengah prepare untuk pertandingan kucing (catshow) 🤩

Jangan lupa tau datang ramai-ramai ke Program Madani Zon Timur 2024 pada hari Ahad ni, 7 Julai di Dataran Sayangi Kuanta...
04/07/2024

Jangan lupa tau datang ramai-ramai ke Program Madani Zon Timur 2024 pada hari Ahad ni, 7 Julai di Dataran Sayangi Kuantan. Paddington Cat Hotel & Spa bersama-sama SOOKIES akan mengadakan pertandingan kucing (cat show) mulai jam 10 pagi.

Para peserta yang dah daftar tu, semua dah ready ke? Jangan lupa pi grooming kucing tau, biar wangi je masa judge pegang hehe..

Ini ialah barang-barang goodiebag yang setiap peserta akan terima nanti. Haa kalau nak tahu nilai barang-barang ni lagi mahal dari yuran penyertaan tau 🤩 So berbaloi la sangat kalau masuk.

Terima kasih yang tak terhingga kepada SmartzChoice, Belif Pet food Malaysia dan Meow Hero Family Centre kerana sudi menjadi salah satu sponsor untuk catshow kali ni.

Untuk pengetahuan semua, pertandingan ni akan diadakan di dalam modular ber-aircond tau. So jangan risau kucing panas ke, mak kucing berpeluh ke, insha Allah semua nyaman je 💖 Kalau nak sejuk lagi, boleh la bawak mini fan yang guna power bank tu hahaha..

Yang mana baru rasa nak join tu, sempat lagi ni. Boleh terus whatsapp melalui link ni https://wa.me/60195708200

Kita jumpa kat sanaaaa!!

Hari Ahad, 7 Julai ni korang dah ada plan ke nak buat apa? Jom pegi tengok pertandingan kucing (cat show) sempena Progra...
27/06/2024

Hari Ahad, 7 Julai ni korang dah ada plan ke nak buat apa? Jom pegi tengok pertandingan kucing (cat show) sempena Program Madani Rakyat Zon Timur 2024, di Dataran Sayangi Kuantan. Cat show dianjurkan oleh Paddington Cat Hotel & Spa. Manakala penaja utama ialah SOOKIES, SmartzChoice dan Belif Pet food Malaysia

Ada 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Long Hair (Bulu Panjang) dan Short Hair (Bulu Pendek). Yuran penyertaan ialah RM50 seekor dan setiap peserta akan menerima door gift yang kami pasti nilainya amat berbaloi.

Demi menyokong Program Madani Zon Timur 2024, maka penyertaan cat show kali ini terbuka kepada peserta dari Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja. Klik link ni https://wa.me/60195708200 untuk daftar sebab penyertaan adalah terhad.

Umur Alexander dah masuk 2.5 bulan dah. Berat badan dia pun makin meningkat. Sekarang dah 1.38kg. Ramai yang tanya si ke...
15/06/2024

Umur Alexander dah masuk 2.5 bulan dah. Berat badan dia pun makin meningkat. Sekarang dah 1.38kg. Ramai yang tanya si kecik ni makan apa sebab badan dia agak tegap dan besar, nakal pulak tu 🤣 Walaupun oyen dia cuma seciput, tapi sebab darah oyen tu ada, maka perangai dia pun memang perangai oyen la hahaha..

Kitorang bagi dia makan Rich Choice Holistic Mother & Baby with Milk and Freeze Dried Chicken. Haa tu dia nama makanan pun dah macam menu hotel, punya panjang. Kibbles ni kecik, sesuai untuk kitten yang baru nak belajar makan, ada kandungan susu dan ada freeze dried raw chicken sekali dah.

Kalau ada yang nak cuba, boleh la datang beli di SOOKIES. Kami ada fresh pack 2kg dan 10kg. Yang nak beli online boleh beli melalui website kami, https://store.sookies.my/products/rc-holistic-mom-baby-w-milk-dried-chic

Saya ni dah kerja 2 bulan kat sini. S**a hati saya lah nak duduk kat cashier macam mana pun. Awak tu kanak-kanak lagi, t...
13/06/2024

Saya ni dah kerja 2 bulan kat sini. S**a hati saya lah nak duduk kat cashier macam mana pun. Awak tu kanak-kanak lagi, tolong keluar dari kawasan cashier ni boleh tak? Ini kawasan untuk staff only. Tolong faham

Jika ada para pelanggan yang masih tak perasan, 2 buah petak parking ini ialah untuk kegunaan anda! Tak payah sesusah na...
11/06/2024

Jika ada para pelanggan yang masih tak perasan, 2 buah petak parking ini ialah untuk kegunaan anda! Tak payah sesusah nak bayar parking, asalkan parking dalam petak ni, hehe.. semoga ini dapat memudahkan urusan anda membeli belah di SOOKIES 🎉

Tahniah kepada para pemenang Peraduan Teka Berat Badan, Panjang dan Umur Kucing 🎉🎊 Dan terima kasih yang tak terhingga k...
10/06/2024

Tahniah kepada para pemenang Peraduan Teka Berat Badan, Panjang dan Umur Kucing 🎉🎊 Dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah menyertai peraduan ini, dan yang hadir memeriahkan Karnival Tanah Pahang 2024 🫶🏻

Zuyyin Abu Abu tunggu korang kat Megamall dah ni. Jom datang jumpa kitorang. Daftar keahlian SOOKIES secara percuma dan ...
09/06/2024

Zuyyin Abu Abu tunggu korang kat Megamall dah ni. Jom datang jumpa kitorang. Daftar keahlian SOOKIES secara percuma dan dapatkan voucher diskaun dan giveaway kami 😻 Ada Peraduan Teka Berat, Panjang dan Umur Kucing juga!

Haii!! Alexander dah ready nak pegi Megamall esok. Tinggal nak masuk kereta je ni hahaha.. Tadi kakak Iffa dah mandikan ...
08/06/2024

Haii!! Alexander dah ready nak pegi Megamall esok. Tinggal nak masuk kereta je ni hahaha.. Tadi kakak Iffa dah mandikan kat sinki bilik air, bagi wangi 🤣 Korang esok kalau datang jangan lupa say hai dekat Alexander tau, mana tahu nanti Alexander hai balik 🤣🤣

Kita jumpa esok di booth Breed Awareness SOOKIES x Paddington Cat Hotel & Spa sempena Karnival Tanah Pahang 2024 dari jam 10am hingga 6pm. Datang ramai-ramai tauuuu!!!

Korang hari Ahad, 9 Jun ni jom la jumpa kami kat Berjaya Megamall. SOOKIES & Paddington Cat Hotel & Spa akan buka Breed ...
05/06/2024

Korang hari Ahad, 9 Jun ni jom la jumpa kami kat Berjaya Megamall. SOOKIES & Paddington Cat Hotel & Spa akan buka Breed Awareness booth di Karnival Tanah Pahang.

Ada pelbagai breed kucing yang akan dibawa ke sana, antaranya Maine C**n, Selkirk Rex Longhair, Oriental Shorthair, Turkish Anggora, Cornish Rex, Bengal, Sphinx, British Shorthair, Domestic Long Hair, dan Domestic Shorthair.

Alexander pun taknak ketinggalan ye, dia nak join jugak, tak padan dengan kekanak ribena hahahah. Selepas bermesyuarat, Alexander bersetuju untuk mewakili SOOKIES dalam event tu nanti hehe.

Kami akan berada di Berjaya Megamall dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Dan selain Breed Awareness booth, kami juga akan mengadakan Pertandingan Teka Berat Kucing, Teka Panjang Kucing dan Teka Umur Kucing.

Kita jumpa di sana ya!

Majlis Berendoi Anakanda Alexander. Maaflah kalau takde sesiapa dapat jemputan. Majlis anak beranak je 🤭🤭
27/05/2024

Majlis Berendoi Anakanda Alexander. Maaflah kalau takde sesiapa dapat jemputan. Majlis anak beranak je 🤭🤭

Congratulations to Ms. Kok Jia Shin for winning the grand prize, an iPad 10th Gen, in Nature’s Protection  Spend and Win...
23/04/2024

Congratulations to Ms. Kok Jia Shin for winning the grand prize, an iPad 10th Gen, in Nature’s Protection Spend and Win Contest! Your dedication has paid off, and we hope you enjoy your new iPad! 🎉👏

01/04/2024

Hari ni 1 April 2024 jam 1:04 am, Sookie pergi tinggalkan kami di usia 13 tahun. Kakak dan husband ada di sisi Sookie masa tu. Sookie pergi dalam keadaan tenang je, kat tempat favourite dia iaitu atas carpet, depan tv.

Dulu setiap hari Sookie memang akan melepak situ sambil teman anak-anak kakak. Sookie lagi tua dari diorang. Masa anak pertama kakak lahir, Sookie dah 5 tahun dah.

Sookie sangat dikenali sebab nama kedai kakak pun sempena nama Sookie. Sookie ialah kucing pertama kakak. Kakak banyak belajar pasal kucing sejak kakak ada Sookie. Dulu bila Sookie datang kedai, ramai orang datang nak bergambar sebab Sookie besar gebuu sangat, 13kg.

Tapi setahun lepas, doktor diagnos Sookie dengan penyakit buah pinggang iaitu Chronic Kidney Disease (CKD). Sejak tu berat badan Sookie makin menurun. Tapi masih lagi aktif dan cergas macam biasa.

Lebih kurang 2 minggu lepas, Sookie kena ulcer kat mulut. Sookie tak berapa nak makan sangat. Walaupun dah terima rawatan dan sembuh dari ulcer, sejak inilah Sookie makin lemah.

Akhirnya semalam Sookie memang dah tak boleh angkat kepala dah. Kakak dah agak Sookie akan tinggalkan kami. So kakak berbual, heart-to-heart dengan Sookie. Kakak minta Sookie jangan tahan kalau dah tak larat. Kakak redha. Kakak taknak Sookie sakit lama-lama. Kakak nak Sookie masih dalam keadaan cantik dan gebu bila Sookie tinggalkan kami. Tak sanggup nak tengok kalau sampai kurus kering.

Bila Sookie tinggalkan kami semalam, cuma tinggal 4.1kg. Dan gambar ni ialah pulak antara gambar terkini, dalam bulan Febuari masa Sookie pegi grooming. Sookie memang s**a sangat mandi sejak kecil. Sampai kakak buat satu entry dekat blog pasal Sookie mandi.

Terima kasih Sookie sebab temankan kakak selama 13 tahun ni. Kakak saaayanggg sangat Sookie. Takkan ada kucing lain yang boleh gantikan tempat Sookie. Sookie dah tak sakit lagi, dah boleh main kejar-kejar dengan kengkawan kat sana. Love you sayang..

Sookie
16 Januari 2011 - 01 April 2024; 01:04am

We are Kuantan based pet boutique and we are proud to offer a diverse selection of top quality Cat fo

Tahun ni sampul raya SOOKIES warna pink pulak hehe. Comel kan? Setiap pembelian di SOOKIES akan dapat sampul raya ni sec...
16/03/2024

Tahun ni sampul raya SOOKIES warna pink pulak hehe. Comel kan? Setiap pembelian di SOOKIES akan dapat sampul raya ni secara percuma. Stock terhad, jadi jangan lambat-lambat ya, kang habiss!

Waktu operasi SOOKIES setiap hari sepanjang Ramadhan:

9:00am - 7:00pm
7:00pm - 8:00pm (TUTUP)
8:00pm - 10:30pm

Happy 13th birthday to our beloved and very first cat, Sookie. Semoga Sookie panjang umur, terus sihat dan dapat bersama...
16/01/2024

Happy 13th birthday to our beloved and very first cat, Sookie. Semoga Sookie panjang umur, terus sihat dan dapat bersama kami selalu. We love you Sookie 😘 Have a birthday that is as fabulous as your priceless meows ❤️

P/S: Sempena besday Sookie, hari ni kami belanja dia pergi bersiram dan manjakan diri di Paddington Cat Hotel & Spa 💅🏻

30/08/2023

Untuk makluman para pelanggan, kami telah menerima notis gangguan bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Gangguan bekalan elektrik dijadualkan pada hari Khamis, 31 Ogos 2023 mulai jam 1 hingga 3 petang. Walau bagaimanapun, SOOKIES akan beroperasi seperti biasa.

Maaf di atas segala kesulitan sepanjang tempoh terputusnya bekalan elektrik tersebut.

Harap maklum.

Salam Aidil Adha dari kami di SOOKIES. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada ...
28/06/2023

Salam Aidil Adha dari kami di SOOKIES. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa.

Salam Aidilfitri dari warga SOOKIES kepada semua. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan pulang ke destina...
22/04/2023

Salam Aidilfitri dari warga SOOKIES kepada semua. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan pulang ke destinasi. Maaf zahir dan batin ♥️

SOOKIES akan bercuti raya mulai Jumaat, 21 April hingga Isnin, 24 April. Kita jumpa semula pada hari Selasa, 25 April na...
20/04/2023

SOOKIES akan bercuti raya mulai Jumaat, 21 April hingga Isnin, 24 April. Kita jumpa semula pada hari Selasa, 25 April nanti ya!

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari kami semua di SOOKIES. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah pada orang dan meow tersayang!

Dairi Ramadhan Aching. Hari ke 5 berpuasa, rasa sungguh tak tak mampu nak gerakkan ekor, apa lagi badan. Cuaca pun panas...
27/03/2023

Dairi Ramadhan Aching. Hari ke 5 berpuasa, rasa sungguh tak tak mampu nak gerakkan ekor, apa lagi badan. Cuaca pun panas lit-lit sekali. Tolong jangan suruh saya ke tepi ya. Petang ni saya nak minum air tebu satu jug.

Salam Ramadan semua. Kami dah start edarkan sampul raya mulai hari ni. Jom bershopping di SOOKIES dan dapatkan sampul ra...
25/03/2023

Salam Ramadan semua. Kami dah start edarkan sampul raya mulai hari ni. Jom bershopping di SOOKIES dan dapatkan sampul raya secara percuma!

Waktu operasi SOOKIES sepanjang bulan Ramadan ialah seperti berikut:

9 pagi hingga 10:30 malam
7 hingga 8 malam, tutup untuk berbuka

Buka setiap hari 🫶🏻

28 hari lagi. Nak berbuka apa hari ni ye?
24/03/2023

28 hari lagi. Nak berbuka apa hari ni ye?

Puasa first day memang cenggini lah. Dah la terlajak tido tak sempat sahur. Makanya hari ni adalah terpaling penat. Seha...
23/03/2023

Puasa first day memang cenggini lah. Dah la terlajak tido tak sempat sahur. Makanya hari ni adalah terpaling penat. Seharian tido. Bangun beralih tempat, sambung tido lagi. Semoga ibadah puasa Aching dan Don dipermudahkan. Ada 29 hari lagi hmm..

Salam semua.. esok kita dah nak menyambut bulan Ramadhan. So sepanjang bulan Ramadhan ni, SOOKIES akan beroperasi setiap...
22/03/2023

Salam semua.. esok kita dah nak menyambut bulan Ramadhan. So sepanjang bulan Ramadhan ni, SOOKIES akan beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 10:30 malam, tapi tutup sejam untuk berbuka puasa dari jam 7 hingga 8 malam ye. Biasanya kita buka hingga jam 10 malam je kan, tapi untuk bulan Ramadhan ni, extend 30 minit lagi hingga jam 10:30 malam.

Harap maklum 🌹

Happy Chinese New Year!! We wish you a prosperous and healthy year in 2023 🎊We are open as usual from 9am-10pm during th...
22/01/2023

Happy Chinese New Year!! We wish you a prosperous and healthy year in 2023 🎊

We are open as usual from 9am-10pm during the Chinese New Year holiday.

Address

A29, Lorong Peramu Aman 30, Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30
Tuesday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30
Wednesday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30
Saturday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30
Sunday 09:00 - 19:00
20:00 - 22:30

Telephone

+60196176170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SOOKIES posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SOOKIES:

Videos

Share

Category


Other Pet Services in Kuantan

Show All

You may also like