31/01/2022
MBFA calendar ni, kita susun pecah2 kawasan.
Tarikh tak boleh sama di negeri sama sektor kecuali sektor 5. Sebab dulu terlalu banyak comp sehingga satu minggu tu... ada 9 comp... tapi bukan semua MBS. Jadi, setelah bincang, kita putuskan pecah kawasan. Supaya player boleh main dekat2 kawasan sendiri. Tak perlu pergi jauh sebab spec MBS sama sahaja...
Tahun 2021, kita minta organizer untuk hantar borang kepada email. Sebab untuk menampakkan formality da lebih kemas. Tapi setelah 2-3 bulan... kami dapati, ramai x reti guna email (true story).
Moderator kawasan pada ketika itu, bertugas untuk periksa organizer itu layak atau tidak untuk menguruskan comp. Dari segi kewangan, manpower, knowledge.
Tahun 2022, kita empower moderator kita. Kita bagi mereka kuasa mutlak untuk menentukan siapakah layak untuk buat comp. Dan tarikh apa yg dia boleh buat. Dengan sebab itu, semua borang dan form perlu diberikan kepada moderator kawasan. Tak kira apa medium. Wasap atau Telegram apa2 sahaja...
Tahukah anda, bahawa setiap sektor mempunyai Wasap dan Telegram group untuk organizer? Di dalam group itu, moderator dan semua organizer lama juga baru semuanya disitu. Organizer akan tempah tarikh yang mereka mahukan secara tidak rasmi dahulu. Tidak kiralah bulan berapa. Setelah mereka rasakan mereka sudah bersedia, borang formal dan classlist perlulah diisi. Dan diberikan kepada moderator. Moderator akan berikan kepada John. John akan memasukkan kepada calendar official. Jadi, tidaklah terlalu banyak cancellation di dalam calendar official MBFA. Mereka cuma cancel di group sektor sahaja. Dan John tak perlu berurusan dengan ramai organizer yang akhirnya membawa kepada kekeliruan.
Setiap sektor, moderator punyai hak untuk menentukan cara bagaimana mereka menguruskan sektor masing2. Cuma mereka perlu ikut 3 syarat wajib untuk pendaftaran comp.
1. Borang lengkap
2. Classlist
3. Judges lineup
Yang lain2 terpulangkah kepada moderator berkenaan. Kerana dia lebih faham betta scene di kawasan dia. Setiap sektor tak sama. Ada moderator yang tak tegas, ada moderator yang tegas. Kita susun macam itu sebab akan ada saja organizer yang s**a berurusan dengan yang tidak tegas dan sebagainya. Jika terasa malu kepada semua moderator, mesej kepada John. InsyaAllah John jawab.
Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa. Sebab kita tak jumpa lagi SOP terbaik pendaftaran comp. Lama2 akan baik juga, tetapi perlulah consistent. Belum pernah lagi buat sesuatu dan terus perfect semua. Baby pun perlu merangkak dan berjalan dan berlari... tiada apa yang perfect kecuali Tuhan. Sebab kita duduk di dunia yang sememangnya serba tak perfect.
Di dalam Biro Moderator ini, kami saling berbincang dan membantu. Ada apa2 yang tak kena dan perlukan pelarasan, kami akan buat. Sama juga dengan Biro pembinaan spesifikasi MBS dan juga Biro penjurian. Mereka saling berbincang. Judges berbincang. Pembina spesifikasi berbincang.
Tahukah anda dibawah Majlis tertinggi mempunyai Biro Multimedia? Buat masa ini cuma Arif Zainul (Gazetta Betta) dan Nanz Sbp adalah biro di jabatan itu....
https://www.facebook.com/MBFA.MalaysiaBettaFishAssociation/posts/301715698501988