![[February Theme – Common Worms]Hi Pawparents!Kucing sangat mudah terdedah dengan parasit dan cacing yang boleh memberi k...](https://img3.voofla.com/483/660/1398590274836608.jpg)
10/02/2025
[February Theme – Common Worms]
Hi Pawparents!
Kucing sangat mudah terdedah dengan parasit dan cacing yang boleh memberi kesan buruk kepada Kesihatan mereka. Antara cacing yang biasa dilihat pada kucing ialah Cacing Gelang (‘Roundworm’. Cacing Pita (‘Tapeworm’), Cacing Tambang (‘Hookworm’), Cacing Cambuk (‘Whipworm’) dan Cacing Jantung (‘Heartworm’).
Kucing yang kerap bermain di luar kawasan rumah sangat berisiko untuk dijangkiti cacing dan parasit. Kucing juga boleh dijangkiti cacing daripada sentuhan rapat dengan kucing dan haiwan lain. Ia juga boleh berlaku jika mereka termakan makanan tercemar dan najis secara tidak sengaja. Kucing juga mudah termakan telur atau najis pelbagai jenis cacing semasa menjilat badan mereka.
Untuk Catparents yang ingin membuat rawatan cacing untuk 'Si Bulus' anda, anda boleh Sahaja ‘Walk-In’ ke klinik bersama kucing anda.
Kami beroperasi setiap hari (10.00 AM hingga 6.30 PM) kecuali pada cuti umum tertentu. Waktu rehat adalah dari (1.00PM hingga 2.00PM) atau (1.00 PM hingga 3.00PM) bergantung pada bilangan doktor yang bertugas.
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi atau WhatsApp (013-3365394).