Klinik Haiwan Baraqah

Klinik Haiwan Baraqah Small animal practitioner in jasin area

FELINE CALICI VIRUSApa tu?-Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit menyerang kucing,  menyebabkan masalah pernafasan...
24/11/2024

FELINE CALICI VIRUS

Apa tu?
-Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit menyerang kucing, menyebabkan masalah pernafasan dan mulut

Berapa banyak kucing kene penyakit ini?
-kajian dilakukan di Italy pada tahun 2019 menunjukkan 85% daripada kucing jalanan dijangkiti penyakit ini. Tiada kajian di Malaysia di lakukan terhadap kucing jalanan lagi, tetapi data tersebut membuktikan kebolehan virus ini menjangkiti kucing dengan mudah.

Macam mana ia merebak?
-Sentuhan langsung->air liur, pelepasan hidung, atau cairan mata dari kucing yang dijangkiti.
-Sentuhan tidak langsung->permukaan yang tercemar seperti mangkuk makanan, tempat tidur, atau kotak sampah yang digunakan oleh kucing yang dijangkiti.
-Titisan aerosol yang terhasil apabila kucing yang dijangkiti batuk atau bersin, boleh menyebarkan virus ke udara

Apakah simptom jika dijangkiti?
-Selsema
-Bersin
-Batuk
-Sakit mata
-Ulser didalam mulut menyebabkan mulut berbau busuk
-Hilang selera makan akibat sakit mulut.
-Demam
-Sakit sendi bagi kes jangkitan teruk

Rawatan?
-Tiada ubat anti-viral yang mampu melawan jangkitan virus ini lagi
-Rawatan diberikan mengikut simtom

PENCEGAHAN
-Vaksinasi: Cara yang paling berkesan untuk mencegah simtom dan kematian akibat FCV adalah dengan memberikan vaksin. Vaksin ini merupakan sebahagian daripada vaksin FVRCP (Feline Viral Rhinotracheitis, Calicivirus, dan Panleukopenia) yang biasanya diberikan kepada anak kucing bermula pada usia 6-8 minggu, diikuti dengan suntikan penggalak mengikuti jadual yang ditetapkan kemudian.

-pencegahan melalui pembersihan permukaan kawasan amat sukar bagi membunuh virus ini kerana virus ini merupakan virus RNA dan mempunyai tahap kerintangan yang tinggi terhadap pelbagai bahan pencuci. (Kebal susah utk dibunuh)

Berikan perlindungan terbaik kepada anak bulus anda dengan memberikan imunisasi terbaik di klinik kami dan mengikut jadual yang diberikan.

Imunisasi tidak menghalang kucing dari terkena jangkitan tetapi membantu badan anak bulus melawan jangkitan tersebut.

Klinik beroperasi seperti biasa

Cawangan Tangkak
Buka setiap hari 10.00 pg- 6.00 ptg (rehat 2.30-3.30 ptg)
Jumaat 10.00 pg - 6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

Cawangan Jasin
Buka Setiap hari 10.00 pg - 6.00ptg (rehat 1.30-2.30ptg)
Jumaat 10.00 pg - 6.30 ptg (rehat 12.30-2.3 ptg)

X perlu booking, just walk-in☺️

-PARVO VIRUS-Feline Parvo Virus (FPV), juga dikenali sebagai Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Distemper, ada...
21/11/2024

-PARVO VIRUS-

Feline Parvo Virus (FPV), juga dikenali sebagai Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Distemper, adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit dan berbahaya bagi kucing. Virus ini mampu menyerang sistem imun, saluran pencernaan, dan sel-sel sumsum tulang

Gejala penyakit :
-Demam tinggi (39.5-41.0)
-Kehilangan selera makan
-Muntah dan cirit-birit (berdarah)
-Loya dan kelesuan
-Dehidrasi
-Penurunan jumlah sel darah putih
-Kematian mengejut

Rawatan
Tiada ubat spesifik yang mampu melawan jangkitan virus. Hanya rawatan kepada simptom yang dialami kucing seperti cecair intravena untuk merawat simptom dehidrasi, ubat demam untuk mengawal suhu badan, ubat tahan muntah dll.

Pencegahan
Cara terbaik untuk melindungi kucing daripada jangkitan Feline Parvo Virus adalah dengan vaksinasi. Vaksin Feline Panleukopenia adalah sebahagian daripada vaksin gabungan yang juga melindungi kucing daripada beberapa penyakit lain.

Kucing yang baru lahir boleh menerima vaksin seawal usia 6-8 minggu.

Berikan perlindungan terbaik kepada anak bulus mummy daddy dengan memberikan vaksin di klinik dan mengikut jadual yang akan diberikan.

Klinik beroperasi seperti biasa

Cawangan Tangkak
Buka setiap Hari 10.00 pg- 6.00 ptg (rehat 2.30-3.30 ptg)
Jumaat 10.00pg-6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

Cawangan Jasin
Buka setiap hari 10.00 pg-6.00 ptg (rehat 1.30-2.30 ptg)
Jumaat 10.00 pg-6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

*tidak memerlukan booking just walk-in😁

ADOPTEDπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ terima kasih mummy bulusπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ semoga baby girl membesar dgn sihat dan ceria bersama keluarga baru.
25/09/2024

ADOPTEDπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ terima kasih mummy bulusπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ semoga baby girl membesar dgn sihat dan ceria bersama keluarga baru.

ADOPTEDπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ semoga menjadi anak bulus yg sihat dan sentiasa gembira bersama keluarga baru baby kitty.
17/08/2024

ADOPTEDπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ semoga menjadi anak bulus yg sihat dan sentiasa gembira bersama keluarga baru baby kitty.

08/04/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempenan raya aidilfitri 2024, klinik akan ditutup bermula 09/04/24 sehingga 14/04/24. Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.

30/12/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera, klinik cawangan jasin dan tangkak akan bercuti pada 31/12/23 dan 01/01/24. Klinik akan menyambung operasi pada 02/01/2024. Selamat tahun baru kepada semua πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Address

JC554, Jalan BESTARI 5
Malacca City
77200

Opening Hours

Monday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Tuesday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Wednesday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Thursday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Friday 10:00 - 12:15
14:30 - 18:30
Saturday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Sunday 10:00 - 15:00

Telephone

+6065121003

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Baraqah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan Baraqah:

Share

Category