Pertanian Adalah Kekayaan

Pertanian Adalah Kekayaan Animal , Agriculture, aquaculture, farming , veterinary, organic farming , natural farming

"Selamat datang ke TumbuhZ, peneraju inovasi dalam teknologi biotek pertanian! Kami di TumbuhZ berkomitmen untuk mengangkat sektor pertanian melalui inovasi sains.Produk-produk kami direka khusus untuk mengoptimalkan keupayaan tanaman hiasan, tanaman tunai, dan tanaman industri Anda. Dengan memanfaatkan teknologi biotek terkini, kami menyajikan solusi pertanian yang efektif dan berkelanjutan, mera

ngkumi segala keperluan pertanian hingga layanan konsultasi. Bersama TumbuhZ, mari kita gandakan usaha ke arah masa depan pertanian yang lebih lestari dan berbuah lebat!" Blossom Valley Ventures Sdn Bhd

Anak-anak pokok pun dijual dalam vending Machine ….
27/01/2025

Anak-anak pokok pun dijual dalam vending Machine ….

AMERIKA SYARIKAT: Sejumlah besar pengunjung hadir di Taman Botanik Brooklyn pada hari Jumaat (24 Januari) untuk menyaksi...
25/01/2025

AMERIKA SYARIKAT: Sejumlah besar pengunjung hadir di Taman Botanik Brooklyn pada hari Jumaat (24 Januari) untuk menyaksikan bunga “Amorphophallus gigas,” atau dikenali sebagai “bunga bangkai,” mekar buat kali pertama.

Bunga ini, yang berasal dari p**au Sumatera di Indonesia, terkenal kerana mengeluarkan bau busuk semasa mekar, yang berlaku sekali setiap dua hingga 10 tahun dan biasanya hanya bertahan sekitar 24 jam.

“Banyak bau berbeza,” kata Giry Nathan, 33 tahun, yang bergegas untuk tiba sebelum taman ditutup. “Ada bau keju busuk, bau najis, bau peluh… oh, sekarang saya dapat bau stokin berpeluh, bau kaki dan sekali-sekala, ada juga bau bunga tipis yang menyenangkan, tapi itu tak sekerap bau
Busuk.

Tumbuhan ini mekar buat kali pertama sejak ia tiba di Taman Botanik Brooklyn tujuh tahun lalu.

Sehingga awal petang Jumaat, bahagian kuning seperti pancang yang dipanggil spadix berdiri tegak sebelum bunga ungu di sekelilingnya terbuka untuk menarik (dengan bau yang unik) serangga pendebunga ke pangkal spadix, di mana bahagian pembiakan bunganya terletak. Selepas itu, bahagian kuning tersebut runtuh.

“Ia menarik serangga pendebunga yang ia mahukan,” kata Kate Fermoile, pengarah interpretasi dan pameran di Taman Botanik Brooklyn. “Jadi, kumbang bangkai yang tertarik kepada benda yang berbau busuk seperti najis, telur busuk, atau keju busuk. Seperti semua tumbuhan, bunga yang berbau harum menarik lebah, burung kelicap, atau burung lain. Bunga ini p**a menarik kumbang dan lalat.” – REUTERS

Copy & PasteTahun 2025 - 2026 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?Sekarsng ni banjir besar.  Apa yang ki...
12/01/2025

Copy & Paste

Tahun 2025 - 2026 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?

Sekarsng ni banjir besar. Apa yang kita belajar dari apa yang berlaku?. Banyak rumah rosak disebabkan banjir besar. Tapi jarang yang menyingkap kisah penderitaan petani dan pekebun. Sedih bila lihat kebun mereka musnah hanya dengan sekelip mata.

Saya nak cerita sikit.

Kalau yang faham sikit sebanyak tentang ekonomi mungkin mereka akan faham. Saya jangkakan tahun-tahun mendatang ni barang akan meningkat naik.

Latarbelakangnya dari US. Terkesan dengan dan kegawatan yang lepas kerajaan US telah mencetak duit baru. Berratus juta. Kenapa mereka buat macam tu. Sebab orang yang ada duit mengambil sikap untuk berjimat. Maka duit kurang bergerak. Jadinya duit cash dipasaran berkurang berpusing.

Bila kilang banyak tutup, ladang - ladang banyak menghentikan operasi. Barang tak cukup, ramai tak kerja maka barang harian jadi mahal. Banyak permintaan, barang kurang. Maka formulanya barang naik harga.

Kereta tak naik harga
Rumah tak naik harga
Barangan elektric tak naik harga
Malah semua tu nampak trend menurun.

Apa yang naik harga? Barangan makanan.

USA antara negara pengexport terbesar barang makanan ke negara luar. Kerajaan mula menghadkan makanan mereka keluar. Mereka mengfokuskan untuk penduduk US terlebih dahulu.

Ianya berlaku dibanyak negara termasuk india, Thailand, China, UK dan Eropah. Bila bahan mentah jadi problem. Barangan lain juga jadi mahal. Asas makanan dedak jadi mahal. Bila dedak mahal, daging jadi mahal. Asas makanan lain mahal dan harga end-product jadi mahal.

Sebab itu nasi kandar naik harga alasannya bawang mahal.. Kenapa bawang jadi mahal sebab kat india banjir.

Baru ni ayam mahal. Kalau dah ayam mahal, semua produk berasaskan ayam akan jadi mahal. Sekejap lagi orang yang ada duit sahaja yang mampu memberi sesetengah barang. Lebih teruk bila barang itu adalah barang asas.

Baiklah saya beri contoh. Di pak*stan, makanan asas mereka adalah roti dan capati. Sekarang barang paling mahal dan bernilai adalah tepung. Seguni tepung dikatakan sudah mencecah RM400. Tepung dan minyak menjadi barang yang direbut. Ada yang sanggup mati mencuri tepung. Jenayah akan melonjak.

Belajar dari pengalaman.

Di Malaysia masih terkawal. Di Malaysia, kalau air bah mungkin seminggu kering. Di Bangladesh, dikampung-kampung kalau banjir air bah memakan masa berbulan-bulan nak kering. Negara mereka tanah rendah dan lebih rendah. Kelemahan pada saliran, kawasan lembah dan kemiskinan menyebabkan keadaan itu tidak berubah bertahun-tahun.

Apa yang saya cuba sampaikan?

Kebergantungan Malaysia dengan negara lain sudah sampai penamatnya. Baiklah, jika rezeki kita melimpah ruah. Kita ada petronas, kita jumpa emas sekalipun. Kita kaya. Tapi apa gunanya jika barang asas yang kita nak makan jadi mahal.

Kalau ada orang nak jual mungkin ok lagi. Bila orang tak nak jual macam mana?

Tulisan saya ini bukanlah terlalu penting. Saya hanyalah seorang pekebun kecil yang tinggal dihujung kampung. Tapi saya nak sampaikan kepada mereka yang punya kuasa hari ini. Berhentilah hanya bergambar-gambar dan bersuka ria. Berhentilah dari hanya mengira dan mengumpul harta.

Rakyat ini akan kebuluran. Banjir, kemarau dan perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan negara akan dijajah. Barang yang hari ini kita beli dengan harga seringgit mungkin tahun depan perlu dibeli dengan harga RM4.

Harapan.

Utamakan agro menjadi agenda utama negara. Galakan rakyat menyediakan makanan mereka sendiri. Cari thesis-thesis di Universiti dan turun kebawah membantu petani mendapatkan hasil dua kali ganda. Sediakan jentera, sediakan teknologi dan bajet untuk kearah pertanian moden.

- Daging boleh disejukbekukan
- Sayur boleh dibuat produk dan disimpan dengan lebih lama.
- Ikan boleh disimpan untuk makanan masa depan.

Saya tak salahkan sesiapa. Saya tak kata saya betul. Tapi jangan sampai terlambat. Hentikan orang tengah yang selama ini mengambil untung berlipatkaliganda.

Korang baca dan faham ke?



Tengok luar tingkap …. Rezeki ….dari tanaman hiasan yang boleh dijual kembali dan juga buah pisang sedang membesar ….. a...
28/12/2024

Tengok luar tingkap …. Rezeki ….dari tanaman hiasan yang boleh dijual kembali dan juga buah pisang sedang membesar ….. ada dua pokok pisang berbuah … syukur ….

Betul lah cakap orang dulu… berbudi pada tanah tak mengecewakan ….

Ni rumah taman ni …. Kalau rumah kampung … banyak peluang sebenarnya …

Untung orang yabg mempunyai tanah yang luas …


26/12/2024

Jual bunga dan pokok pun boleh kaya :)

26/12/2024

Belanda merupakan pengeluar utama tanaman hiasan di dunia, menguasai sekitar 52% pasaran global. Negara-negara lain yang turut menjadi pengeluar utama termasuk Colombia (15%), Ecuador (9%), dan Kenya (7%). Malaysia juga tersenarai sebagai pengeluar utama dengan sumbangan sekitar 1% dan berada di tangga ketujuh dunia. 

Industri florikultur di Malaysia telah berkembang pesat sejak lima dekad yang lalu, dengan pengeluaran tanaman hiasan dan orkid tropika di kawasan tanah rendah, serta bunga iklim sederhana di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Kundasang, Sabah. 

Pahang, Selangor, Perak, dan Johor merupakan negeri-negeri pengeluar terbesar di Malaysia, dengan Johor dan Pahang menjadi pengeluar tertinggi bagi kekwa dan orkid. 

Secara keseluruhan, industri florikultur global terus berkembang, dengan Belanda sebagai peneraju utama dalam pengeluaran dan perdagangan tanaman hiasan. Malaysia, walaupun dengan sumbangan yang lebih kecil, tetap memainkan peranan penting dalam pasaran serantau dan global.


25/12/2024

Kelebihan amino acid dan juga Chitosan :)

Alhamdulillah .

Tahun 2025 - 2026 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?Sekarsng ni banjir besar.  Apa yang kita belajar d...
01/12/2024

Tahun 2025 - 2026 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?

Sekarsng ni banjir besar. Apa yang kita belajar dari apa yang berlaku?. Banyak rumah rosak disebabkan banjir besar. Tapi jarang yang menyingkap kisah penderitaan petani dan pekebun. Sedih bila lihat kebun mereka musnah hanya dengan sekelip mata.

Saya nak cerita sikit.

Kalau yang faham sikit sebanyak tentang ekonomi mungkin mereka akan faham. Saya jangkakan tahun-tahun mendatang ni barang akan meningkat naik.

Latarbelakangnya dari US. Terkesan dengan dan kegawatan yang lepas kerajaan US telah mencetak duit baru. Berratus juta. Kenapa mereka buat macam tu. Sebab orang yang ada duit mengambil sikap untuk berjimat. Maka duit kurang bergerak. Jadinya duit cash dipasaran berkurang berpusing.

Bila kilang banyak tutup, ladang - ladang banyak menghentikan operasi. Barang tak cukup, ramai tak kerja maka barang harian jadi mahal. Banyak permintaan, barang kurang. Maka formulanya barang naik harga.

Kereta tak naik harga
Rumah tak naik harga
Barangan elektric tak naik harga
Malah semua tu nampak trend menurun.

Apa yang naik harga? Barangan makanan.

USA antara negara pengexport terbesar barang makanan ke negara luar. Kerajaan mula menghadkan makanan mereka keluar. Mereka mengfokuskan untuk penduduk US terlebih dahulu.

Ianya berlaku dibanyak negara termasuk india, Thailand, China, UK dan Eropah. Bila bahan mentah jadi problem. Barangan lain juga jadi mahal. Asas makanan dedak jadi mahal. Bila dedak mahal, daging jadi mahal. Asas makanan lain mahal dan harga end-product jadi mahal.

Sebab itu nasi kandar naik harga alasannya bawang mahal.. Kenapa bawang jadi mahal sebab kat india banjir.

Baru ni ayam mahal. Kalau dah ayam mahal, semua produk berasaskan ayam akan jadi mahal. Sekejap lagi orang yang ada duit sahaja yang mampu memberi sesetengah barang. Lebih teruk bila barang itu adalah barang asas.

Baiklah saya beri contoh. Di pak*stan, makanan asas mereka adalah roti dan capati. Sekarang barang paling mahal dan bernilai adalah tepung. Seguni tepung dikatakan sudah mencecah RM400. Tepung dan minyak menjadi barang yang direbut. Ada yang sanggup mati mencuri tepung. Jenayah akan melonjak.

Belajar dari pengalaman.

Di Malaysia masih terkawal. Di Malaysia, kalau air bah mungkin seminggu kering. Di Bangladesh, dikampung-kampung kalau banjir air bah memakan masa berbulan-bulan nak kering. Negara mereka tanah rendah dan lebih rendah. Kelemahan pada saliran, kawasan lembah dan kemiskinan menyebabkan keadaan itu tidak berubah bertahun-tahun.

Apa yang saya cuba sampaikan?

Kebergantungan Malaysia dengan negara lain sudah sampai penamatnya. Baiklah, jika rezeki kita melimpah ruah. Kita ada petronas, kita jumpa emas sekalipun. Kita kaya. Tapi apa gunanya jika barang asas yang kita nak makan jadi mahal.

Kalau ada orang nak jual mungkin ok lagi. Bila orang tak nak jual macam mana?

Tulisan saya ini bukanlah terlalu penting. Saya hanyalah seorang pekebun kecil yang tinggal dihujung kampung. Tapi saya nak sampaikan kepada mereka yang punya kuasa hari ini. Berhentilah hanya bergambar-gambar dan bersuka ria. Berhentilah dari hanya mengira dan mengumpul harta.

Rakyat ini akan kebuluran. Banjir, kemarau dan perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan negara akan dijajah. Barang yang hari ini kita beli dengan harga seringgit mungkin tahun depan perlu dibeli dengan harga RM4.

Harapan.

Utamakan agro menjadi agenda utama negara. Galakan rakyat menyediakan makanan mereka sendiri. Cari thesis-thesis di Universiti dan turun kebawah membantu petani mendapatkan hasil dua kali ganda. Sediakan jentera, sediakan teknologi dan bajet untuk kearah pertanian moden.

- Daging boleh disejukbekukan
- Sayur boleh dibuat produk dan disimpan dengan lebih lama.
- Ikan boleh disimpan untuk makanan masa depan.

Saya tak salahkan sesiapa. Saya tak kata saya betul. Tapi jangan sampai terlambat. Hentikan orang tengah yang selama ini mengambil untung berlipatkaliganda.

Korang baca dan faham ke?



17/11/2024

Baja Subur Trichoderma

Pernah tak terfikir, kenapa sesetengah tanaman tumbuh subur walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu? Rahsianya mungkin terletak pada tanah mereka. Tanah yang kaya dengan mikroorganisma bermanfaat seperti Trichoderma adalah kunci kepada tanaman yang sihat dan hasil yang melimpah.

Baja Subur Trichoderma bukan sekadar baja biasa. Ia dirumus khas untuk anda yang ingin menikmati tanaman lebih subur dengan usaha yang lebih mudah.

Apa kelebihan menggunakan Baja Subur Trichoderma?
1. Melindungi akar tanaman daripada serangan kulat dan patogen berbahaya seperti Fusarium dan Pythium.
2. Meningkatkan kesuburan tanah dengan membiak mikroorganisma baik yang bekerja bersama tanaman.
3. Menyokong pertumbuhan akar yang lebih kuat dan mendalam, memastikan tanaman menyerap lebih banyak nutrien dan air.
4. Menggalakkan pertumbuhan daun dan buah dengan menghasilkan hormon tumbuhan semula jadi seperti auxin.
5. Meningkatkan daya tahan tanaman terhadap tekanan cuaca seperti kemarau dan suhu panas.
6. Mengurangkan keperluan baja kimia, menjadikannya lebih mesra alam dan jimat kos.
7. Mempercepatkan proses pemulihan tanah yang rosak akibat penggunaan bahan kimia berlebihan.
8. Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, sama ada sayur-sayuran, buah-buahan, atau tanaman hiasan.
9. Memperbaiki struktur tanah, menjadikannya lebih gembur dan mudah diolah.
10. Meningkatkan hasil tanaman dari segi kuantiti dan kualiti, menjadikan buah lebih besar, manis, dan tahan lama.

Kalau anda mahukan hasil tanaman yang memuaskan tanpa perlu risau tentang serangan penyakit atau tanah yang tandus, Baja Subur Trichoderma adalah pilihan tepat.

https://my.shp.ee/ez4zfS1

Tanaman subur bermula dari tanah yang sihat. Anda sudah bersedia untuk mencubanya? 🌱✨

16/11/2024
12/11/2024

Kesabaran dan Kesungguhan

Seperti menanam benih yang memerlukan masa untuk tumbuh, kehidupan juga memerlukan kesabaran. Kita tidak dapat mengharapkan hasil yang segera.

Dalam berkebun, kita perlu sabar menunggu benih menjadi tumbuhan, memberikan perhatian kepada setiap keperluannya—air, cahaya matahari, dan nutrisi yang sesuai.

Begitu juga dengan kehidupan, setiap impian dan tujuan memerlukan usaha berterusan serta kesungguhan untuk mencapai hasil yang diingini.

https://my.shp.ee/ez4zfS1

12/11/2024

Jarang tengok .. tapi hasil memuaskan …

08/11/2024

🌱 10 Kelebihan Trichoderma: Tingkatkan Kesihatan Tanaman Anda Secara Semula Jadi! 🌱

Trichoderma adalah jawapan untuk anda yang ingin tanaman yang sihat, bebas penyakit, dan berdaya tahan. Ingin tahu apa yang membuatnya begitu istimewa? Berikut adalah 10 kelebihan utama Trichoderma untuk tanaman anda:

1️⃣ Menghalang Penyakit Kulat – Melawan patogen berbahaya seperti Fusarium dan Rhizoctonia, memastikan tanaman bebas penyakit.

2️⃣ Menguatkan Sistem Akar – Menggalakkan akar yang lebih kuat dan sihat untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

3️⃣ Meningkatkan Penyerapan Nutrien – Memastikan tanaman mendapat nitrogen, fosforus, dan nutrien penting lain dengan lebih efisien.

4️⃣ Memperbaiki Struktur dan Kesuburan Tanah – Menambah baik tekstur tanah dan meningkatkan kandungan organik, menyuburkan ekosistem tanaman.

5️⃣ Meningkatkan Daya Tahan Terhadap Stres – Membantu tanaman bertahan dalam keadaan cuaca ekstrem seperti kemarau dan panas.

6️⃣ Menggalakkan Pertumbuhan Tanaman Lebih Cepat – Merangsang hormon pertumbuhan dalam akar, mempercepatkan pertumbuhan dan hasil tanaman.

7️⃣ Mengurangkan Keperluan Bahan Kimia – Bertindak sebagai agen biokawalan semula jadi, mengurangkan keperluan racun kulat kimia.

8️⃣ Mengawal Nematoda – Beberapa jenis Trichoderma membantu menghalang nematoda yang menyerang akar, memastikan akar kekal sihat.

9️⃣ Meningkatkan Produktiviti dan Kualiti Hasil – Menyokong kesihatan tanaman untuk hasil yang lebih subur dan berkualiti tinggi.

🔟 Berkesan Sebagai Ejen Biokawalan dan Biofertilizer – Penyelesaian lengkap untuk perlindungan dan kesuburan tanah secara semula jadi!

Gunakan Trichoderma untuk memberikan yang terbaik kepada tanaman anda! Jadikan ladang anda lebih produktif, mesra alam, dan bebas penyakit. 🌾✨

➡️ Like & Share jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang produk semula jadi yang meningkatkan hasil tanaman secara lestari. Dapatkan tip dan teknik penjagaan tanaman yang terbaik di sini!




https://my.shp.ee/ez4zfS1

06/11/2024

Trichoderma, sejenis kulat baik, adalah sekutu terbaik tumbuhan anda dalam mencapai pertumbuhan optimum. Di alam semula jadi, peranan Trichoderma sangat luar biasa – ia bertindak sebagai perisai pelindung, menangkis serangan kulat patogen yang merosakkan. Dengan melepaskan enzim dan sebatian bioaktif, Trichoderma membantu memperbaiki struktur tanah dan memperkuat daya tahan tumbuhan.

Kehebatan Trichoderma bukan sekadar perlindungan. Kulat ini meningkatkan pengambilan nutrien, membolehkan tumbuhan menyerap mineral penting dengan lebih berkesan. Hasilnya? Pertumbuhan yang lebih subur, akar yang lebih kuat, dan hasil tuaian yang lebih berkualiti.

Manfaat utama Trichoderma:

• Perisai Semula Jadi: Melindungi tumbuhan daripada penyakit kulat patogen.
• Meningkatkan Daya Tahan: Menguatkan sistem pertahanan tumbuhan untuk daya tahan maksimum.
• Penyerapan Nutrien Optimum: Membantu akar menyerap nutrien dengan lebih baik, mendorong pertumbuhan yang sihat.
• Perbaikan Tanah: Menyuburkan tanah dengan aktiviti bioaktif, menjadikan ekosistem tumbuhan lebih produktif.

Dengan Trichoderma, berikan tumbuhan anda kekuatan semula jadi untuk tumbuh dengan lebih hebat dan sihat.





https://my.shp.ee/ez4zfS1

06/11/2024

Tips memelih pasu

Gunakan pasu dengan saiz yang sesuai untuk tanaman anda. Pasu yang terlalu besar boleh menyimpan lebihan air dan menyebabkan masalah akar, manakala pasu yang terlalu kecil mungkin tidak dapat menampung air dengan baik.
Menggunakan pasu dengan saiz yang sesuai untuk tanaman adalah langkah penting untuk memastikan kesihatan dan pertumbuhan tanaman yang optimum, terutama semasa musim hujan. Pasu yang dipilih dengan saiz yang betul dapat mempengaruhi cara tanaman menyerap air dan nutrien, serta bagaimana akar berkembang.

Mengapa Saiz Pasu Penting?

Pasu yang terlalu besar mungkin kelihatan memberikan lebih ruang untuk pertumbuhan akar, tetapi ini juga bermakna lebih banyak tanah di sekeliling akar yang tidak digunakan. Apabila hujan turun dan air bertakung dalam pasu besar, tanah berlebihan ini akan menyimpan air dan mengekalkan kelembapan yang berlebihan. Kelembapan yang terlalu banyak dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan akar tanaman mengalami masalah seperti reput akar, di mana tisu akar menjadi lembut dan mati akibat kekurangan oksigen. Akhirnya, ini boleh melemahkan tanaman dan mengundang penyakit serta kulat.

Sebaliknya, pasu yang terlalu kecil p**a akan menghadkan ruang untuk akar berkembang. Tanah dalam pasu yang kecil cenderung mengering lebih cepat, dan dalam cuaca hujan, ia mungkin menyerap air dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan tanah menjadi terlalu padat. Ini boleh menghalang pengedaran udara yang sihat di dalam tanah, seterusnya menyukarkan akar untuk bernafas dan mendapatkan oksigen yang mencukupi. Tanaman dalam pasu yang kecil juga mungkin memerlukan penyiraman atau penyesuaian yang lebih kerap, yang boleh menjadi cabaran ketika hujan berterusan.

Kesan Penggunaan Pasu yang Tidak Sesuai

1. Masalah Pengairan: Pasu yang terlalu besar dengan lebihan tanah akan menyerap air hujan secara berlebihan, menyebabkan tanah menjadi terlalu basah. Ini boleh menyebabkan akar tanaman terendam dalam air, yang menghalang akar daripada berfungsi secara normal. Akibatnya, tanaman boleh mengalami gejala seperti daun kekuningan, layu, dan pertumbuhan terbantut.
2. Akar Terbatas: Pasu yang terlalu kecil mengehadkan ruang untuk akar berkembang. Akar yang terpaksa tumbuh dalam ruang yang sempit mungkin menjadi terbelit atau padat (root-bound), menyebabkan tanaman sukar menyerap nutrien dan air. Ini boleh mengakibatkan pertumbuhan tanaman yang tidak seimbang dan mudah terdedah kepada tekanan apabila cuaca berubah.
3. Pengaruh Suhu: Saiz pasu juga mempengaruhi suhu tanah. Pasu yang besar mempunyai lebih banyak tanah, yang bermakna ia boleh mengekalkan suhu lebih stabil, manakala pasu kecil cenderung memanas atau mendingin lebih cepat. Semasa musim hujan, pasu yang besar mungkin mengekalkan suhu lembap dan sejuk, menggalakkan pertumbuhan kulat dan alga jika tidak dijaga dengan baik.

Cara Memilih Saiz Pasu yang Sesuai

Pilih pasu yang mempunyai saiz seimbang dengan jenis dan saiz tanaman yang ingin ditanam. Sebagai panduan umum:
• Tanaman Kecil (seperti herba atau bunga kecil): Pilih pasu dengan diameter 15-20 cm.
• Tanaman Sedang (seperti pokok renek kecil): Gunakan pasu berdiameter 30-40 cm.
• Tanaman Besar (seperti pokok hiasan atau buah dalam pasu): Pilih pasu berdiameter 50 cm ke atas.

Selain saiz, pastikan pasu mempunyai lubang saliran yang mencukupi untuk memastikan air hujan tidak bertakung di dalam pasu. Ini dapat membantu mengelakkan masalah reput akar dan memelihara kesihatan tanaman.

Dengan memilih pasu yang betul, anda bukan sahaja melindungi tanaman anda dari masalah berkaitan air, tetapi juga memastikan mereka dapat tumbuh dengan sihat, walaupun dalam keadaan cuaca yang mencabar seperti musim hujan.



https://my.shp.ee/ez4zfS1

06/11/2024

Tips Memilih pasu

Gunakan pasu dengan saiz yang sesuai untuk tanaman anda. Pasu yang terlalu besar boleh menyimpan lebihan air dan menyebabkan masalah akar, manakala pasu yang terlalu kecil mungkin tidak dapat menampung air dengan baik.

05/11/2024

Kulat yang baik pada tanaman .

Trichoderma, sejenis kulat baik, adalah sekutu terbaik tumbuhan anda dalam mencapai pertumbuhan optimum. Di alam semula jadi, peranan Trichoderma sangat luar biasa – ia bertindak sebagai perisai pelindung, menangkis serangan kulat patogen yang merosakkan. Dengan melepaskan enzim dan sebatian bioaktif, Trichoderma membantu memperbaiki struktur tanah dan memperkuat daya tahan tumbuhan.

Kehebatan Trichoderma bukan sekadar perlindungan. Kulat ini meningkatkan pengambilan nutrien, membolehkan tumbuhan menyerap mineral penting dengan lebih berkesan. Hasilnya? Pertumbuhan yang lebih subur, akar yang lebih kuat, dan hasil tuaian yang lebih berkualiti.

Manfaat utama Trichoderma:

• Perisai Semula Jadi: Melindungi tumbuhan daripada penyakit kulat patogen.
• Meningkatkan Daya Tahan: Menguatkan sistem pertahanan tumbuhan untuk daya tahan maksimum.
• Penyerapan Nutrien Optimum: Membantu akar menyerap nutrien dengan lebih baik, mendorong pertumbuhan yang sihat.
• Perbaikan Tanah: Menyuburkan tanah dengan aktiviti bioaktif, menjadikan ekosistem tumbuhan lebih produktif.

Dengan Trichoderma, berikan tumbuhan anda kekuatan semula jadi untuk tumbuh dengan lebih hebat dan sihat.

04/11/2024

Salah satu cara Korea selatan menarik minta orang muda ceburi sektor pertanian adalah dengan memperkenalkan teknologi tinggi . Konsep smart teknologi diperkenalkan agar orang muda berminat …

Kredit : AlJazeera

Address

Blossom Valley Ventures Sdn Bhd , C-7-05, BLOK C PUSAT KORPORAT OASIS, Jalan PJU 1A/2, ARA DAMANSARA, Sungai Way
New Village
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertanian Adalah Kekayaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertanian Adalah Kekayaan:

Videos

Share

Category