Dek Wan Rabbitry

Dek Wan Rabbitry Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dek Wan Rabbitry, Parit Tinggi.

13/06/2023

"Wow! I recently attended the Digital Entrepreneurship (eUsahawan) course organized by MDEC, and I must say it was an incredible learning experience! The course covered a wide range of topics, from the fundamentals of marketing to practical tutorials on Canva, Facebook marketing, copywriting, TikTok marketing, and even utilizing WhatsApp Business. The best part was the exceptional quality of the coachesโ€”they were not only highly knowledgeable but also incredibly friendly, approachable, and experienced. They made the content easy to understand and provided valuable insights and tips. I'm truly grateful for the opportunity to learn from such incredible experts. If you're looking to boost your digital entrepreneurship skills, I highly recommend joining this course. Trust me, it's a game-changer!


"

Trichanthera gigantea, juga dikenali sebagai Madre de Agua atau Ketum Ayam, adalah tumbuhan yang kuat dan serba boleh ya...
08/05/2023

Trichanthera gigantea, juga dikenali sebagai Madre de Agua atau Ketum Ayam, adalah tumbuhan yang kuat dan serba boleh yang telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan tradisional dan pertanian. Pokok renek atau pokok kecil yang cepat tumbuh ini berasal dari kawasan Andes di Amerika Selatan dan terkenal dengan keupayaannya untuk meningkatkan pertumbuhan ternakan dan meningkatkan kesuburan tanah.

Trichanthera gigantea adalah sumber yang kaya dengan protein, serat, mineral, dan nutrien lain. Ia mengandungi tahap protein mentah yang tinggi (antara 15% dan 29%), dengan profil asid amino yang sangat baik, menjadikannya makanan tambahan yang ideal untuk ternakan seperti ayam pedaging. Tumbuhan ini juga mengandungi tahap tinggi kalsium, fosforus, kalium, dan magnesium, serta vitamin A, B1, B2, dan C. Nutrien ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, serta untuk mengekalkan tulang dan otot yang kuat.

Selain manfaatnya untuk ternakan, Trichanthera gigantea juga merupakan alat yang berharga untuk pemuliharaan tanah dan perlindungan alam sekitar. Akar tumbuhan yang dalam membantu menstabilkan tanah, mencegah hakisan dan mengurangkan kehilangan nutrien, menjadikannya tanaman yang ideal untuk pertanian yang mampan. Trichanthera gigantea juga mampu membetulkan nitrogen atmosfera, menjadikannya sumber nitrogen semula jadi untuk tanah. Daunnya boleh digunakan sebagai sungkupan atau baja hijau, membantu meningkatkan kesuburan tanah dan mengurangkan keperluan untuk baja kimia.

Dapatkan anak pokok atau keratan batang dari kami:

Anak pokok RM10 ๐Ÿ‘‰ https://shp.ee/zip8xeb
Keratan batang RM5 ๐Ÿ‘‰ https://shp.ee/wpkhfp9

atau boleh hubungi kami ๐Ÿ‘‰ 013-373 2790

Sepasang arnab kampung mencari tuan baru...Rm70 sepasang. Area Senawang..boleh contact 0143133847 / 013-373 2790
07/04/2023

Sepasang arnab kampung mencari tuan baru...Rm70 sepasang. Area Senawang..boleh contact 0143133847 / 013-373 2790

Pokok Ketum Ayam atau juga dikenali dengan nama Madre de Agua di peringkat antarabangsa adalah tumbuhan tropika yang hid...
03/07/2022

Pokok Ketum Ayam atau juga dikenali dengan nama Madre de Agua di peringkat antarabangsa adalah tumbuhan tropika yang hidup mudah di tanah lembap. Kandungan protin yang tinggi pada tumbuhan ini menyebabkan ia sangat sesuai dijadikan makanan tambahan kepada ternakan seperti arnab, kambing, lembu, ayam, itik dan ikan. Mengikut kajian, ketum ayam boleh menjimatkan sehingga 70% penggunaan dedak komersial. Namun begitu, penggunaan dedak komersial masih perlu bagi membekalkan mikro nutrien pada ternakan.

Kandungan nutrisi:

- Dry matter: 88.44%
- Crude protein: 18.21%
- Crude fiber: 12.5%
- Crude fat: 2.66%
- Ash: 21.80%
- Moisture: 11.56%
- Calcium: 5%
- Total phosphorus: 0.41%
- Gross energy: 2,983kcal/kg

Nota penting: Ketum Ayam tidak boleh dikosumsi oleh manusia, ia bukan ketum (Mitragyna speciosa) yang digunakan dalam perubatan.

Nota penting: Ketum Ayam tidak boleh dikosumsi oleh manusia, ia bukan ketum (Mitragyna speciosa) yang digunakan dalam perubatan. Pokok Ketum Ayam atau juga dikenali dengan nama Madre de Agua di peringkat antarabangsa adalah tumbuhan tropika yang hidup mudah di tanah lembap. Kandungan protin yang tin...

Harga makanan ternakan makin NAIK???Aduhaiii..nak buat macam mana ni? ๐Ÿ˜ฅApa susah..ketum ayam kan ada..Tahukah anda bahaw...
28/06/2022

Harga makanan ternakan makin NAIK???

Aduhaiii..nak buat macam mana ni? ๐Ÿ˜ฅ

Apa susah..ketum ayam kan ada..

Tahukah anda bahawa tanaman ketum ayam merupakan antara alternatif makanan ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu, arnab dan sebagainya termasuklah ikan.

Ehh...biar betul ni ๐Ÿ˜ฑ

Betul! tak main2 ni...kandungan protein daun ketum ayam (bahan terpenting untuk tumbesaran) sangat tinggi (23.3%) setara dengan dedak di pasaran (19-21%) dan hampas kacang soya yang diimport (19.5%).

Jadi, secara tak lansung kita dah kurangkan kebergantungan kepada pengimportan dedak sekaligus menjimatkan kos pengeluaran ternakan! Hahhh...jimat ke tak jimat ๐Ÿ˜‡

Pokok ni juga mudah ditanam dan senang hidup dengan iklim dan cuaca di Malaysia tau.

Secara ringkasnya,pokok ketum boleh ditanam mengikut cara seperti berikut:

1) Anak pokok dibuka polibeg terlebih dahulu dan terus ditanam ke dalam tanah
2) Pokok perlu disiram setiap hari kecuali hari hujan
3) Pembajaan perlu dilakukan untuk menyuburkan anak pokok
4) Pokok boleh dituai selepas 40-55 hari sekali

Untuk memudahkan para penternak dan peminat haiwan peliharaan, kami di Dek Wan Rabbitry membantu menyediakan benih keratan serta anak pokok ketum ayam yang berkualiti.

Bagi yang berminat, boleh tekan link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://wa.me/60133732790?text=NakKetumAyam

https://wa.me/60143133847?text=NakKetumAyam

21/06/2022
19/02/2022

E'ehh..best pulak pakai 'mouse' baru ni..wireless pulak tu ๐Ÿ˜Š

25/01/2022

Alhamdulillah, bunnies awal tahun 2022 ๐Ÿ‡
Mix Teddy + NZW + Mini Rex

15/10/2021

Arnab Mix untuk dilepaskan
Seekor RM40 sahaja
Umur 2 bulan lebih
Area Skudai, JB
Whatsapp sahaja https://wa.me/60143133847

ID: 591Baka: KampungJantina: JantanTarikh lahir: 09/08/2021Berat: 0.727 kg๐Ÿ’ต RM 40 / ekorwhatsapp: https://wa.me/message/...
09/10/2021

ID: 591
Baka: Kampung
Jantina: Jantan
Tarikh lahir: 09/08/2021
Berat: 0.727 kg

๐Ÿ’ต RM 40 / ekor

whatsapp: https://wa.me/message/FEYDT3R7EDRSO1 (+60 13-373 2790)

ID: 592Baka: KampungJantina: JantanTarikh lahir: 09/08/2021Berat: 0.716 kg๐Ÿ’ต RM 40 / ekorwhatsapp: https://wa.me/message/...
09/10/2021

ID: 592
Baka: Kampung
Jantina: Jantan
Tarikh lahir: 09/08/2021
Berat: 0.716 kg

๐Ÿ’ต RM 40 / ekor

whatsapp: https://wa.me/message/FEYDT3R7EDRSO1 (+60 13-373 2790)

ID: 557Baka: KampungJantina: BetinaTarikh lahir: 12/06/2021Berat: 0.396 kg๐Ÿ’ต RM 40 / ekorwhatsapp: https://wa.me/message/...
18/07/2021

ID: 557
Baka: Kampung
Jantina: Betina
Tarikh lahir: 12/06/2021
Berat: 0.396 kg

๐Ÿ’ต RM 40 / ekor

whatsapp: https://wa.me/message/FEYDT3R7EDRSO1 (+60 13-373 2790)

RM 15 sebotol 30 mlUbat kurap ivermection
21/03/2021

RM 15 sebotol 30 ml

Ubat kurap ivermection

24/02/2021

Aih... Ni mana belajar jatuhkan telinga suku je ni? ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Kalau ternak arnab guna sistem bateri ni zalim, jadi apa solusinya?
20/02/2021

Kalau ternak arnab guna sistem bateri ni zalim, jadi apa solusinya?

During the summer of 2014, Compassion in World Farmingโ€™s Investigation Unit went undercover to visit 16 rabbit factory farms in 5 countries โ€“ Italy, Greece, ...

20/02/2021

Lionhead cetak rompak, pastikan ori baru beli...

07/02/2021

Bila indux terlalu garang tak nak susukan anak terpaksa la pegang macam ni

04/02/2021

Does your bunny have GI Stasis or Bloat? Learn the subtle differences in symptoms, causes, and treatment to help save your rabbit's life! After attending t...

04/02/2021

PENYEBAB KELINCI KEMBUNG YANG SERING DI ALAMI PETERNAKSebab utama kelinci yang kembung adalah karena asupan makanan yang kurang tepat. Pemberian pakan yang t...

04/02/2021

In this video, we will talk about the 14 most common mistakes that rabbit owners make. Bathing your rabbitRabbits are very clean animals and they never need ...

04/02/2021

A rabbitโ€™s sleeping position can reveal a lot about their personality, health and how they are feeling. This guide breaks down the most common rabbit sleepin...

26/01/2021

RABBIT FARMING HIGH TECHNOLOGY, MODERN AGRICULTURE, AMZING LIVESTOCK , FARM PROCESSING, LATEST TECHHow to start farming rabbit? How to feed rabbits? How to b...

07/01/2021

Alololo sedapnye die relax situ...

07/01/2021

KEKURANGAN BEKALAN PELLET DI PASARAN : APA YANG BOLEH DILAKUKAN

Bekalan pellet jenama tertentu sudah masuk minggu keempat mengalami kekurangan bekalan. Bahkan ada jenama yang langsung tiada bekalan beberapa minggu berturut-turut.

Ada breeder yang mula menyimpan stock sehingga beberapa guni (25kg) dan masih mencari bekalan walaupun membela hanya 2 ekor arnab. Tindakan ini bukan sahaja menambah masalah bekalan bahkan boleh merisikokan arnab. Pellet cepat rosak berbanding jaring yang boleh disimpan bertahun.

Ada breeder yang hampir setiap hari menelefon seolah-olah dunia akan kiamat. Sebagai penternak, kita sepatutnya sentiasa mempunyai alternatif penyelesaian. Menangis dan membebel berjam-jam tidak membantu menyelesaikan masalah. Kilang takkan boleh meningkatkan production dengan bebelan kita.

Sebenarnya bekalan dihujung tahun memang biasa sedikit terganggu. Biasanya disebabkan 2 cuti iaitu Krismas dan Tahun Baru. Walau bagaimana pun, tahun ini agak kritikal kerana pandemik covid-19 menyebabkan :

1. Bekalan bahan. Baru-baru ini bekalan alfalfa. Bahkan sehingga sekarang bekalan masih belum pulih sepenuhnya. Bekalan bahan mentah import lain juga bermasalah kerana banyak negara akan memastikan bekalan dalam negara terjamin sebelum mengekport ke luar.

2. Tenaga kerja. Saya difahamkan ada kilang yang mengalami masalah pekerja. Penularan di Lembah Klang banyak tertumpu kepada asrama pekerja.

Kes-kes sebegini memerlukan penternak bersedia dengan alternatif dan pengurusan risiko. Berpegang teguh dengan satu jenama pellet tidak mampu menjamin kelangsungan ternakan anda.
'Endemik' Dakwaan Komplikasi Cirit Akibat Pertukaran Pellet Dalam Kalangan Penternak

Penularan cakap-bakap arnab akan cirit dan mati jika bertukar pellet berjaya menakutkan breeder. Ada yang terpaksa merentas negeri semata-mata mendapatkan bekalan.

Bagi menghadapi kekurangan bekalan pellet jenama tertentu, pertukaran pellet arnab sepatutnya tidak berisiko tinggi. Biasanya, ada 2 risiko utama dalam pertukaran pellet luar jangka :

1. Risiko Cirit dan Penghadaman

Tidak dinafikan bahawa perut arnab agak sensitif. Tetapi potensi pellet sebagai penyebab cirit sangat kecil berbanding SOP pemberian makanan, kerosakan pellet, stress, bakteria/virus, cacing, kebersihan, cuaca dan lain-lain lagi punca.

Risiko mungkin sedikit meningkat jika anda bertukar ke pellet lain seperti pellet kambing, kuda atau rusa. Tak kisah lah anda jenamakan sebagai pellet berkhasiat, bernutrisi atau power rice.

Beberapa aspek berikut boleh diambil untuk meminimumkan risiko :

a. Elakkan Pemberian Pellet Secara Unlimited

Tidak seperti ruminan, arnab perlu menghadamkan dengan cepat makanan dan dikeluarkan sebagai najis (f***l dan cecal). Sebahagiannya (cecal) untuk dimakan semula. Pemberian secara unlimited terutamanya pellet baru boleh menyebabkan kegagalan perut menghadam dan menyebabkan komplikasi cirit dan kembung.

Jika anda biasa memberikan 80 -100g sehari, boleh sahaja terus bertukar pellet baru dengan kuantiti yang sama. dengan syarat pemantaun najis perlu dilakukan dalam tempoh 24 - 48 jam. Jika ada komplikasi, sedikit adjustment perlu dilakukan seperti di bawah.

b. Mencampurkan Makanan Lama dan Baru

Mencampurkan pellet baru dan lama agak popular dalam kalangan breeder. Cara ini memang membantu perut arnab untuk membiasakan penghadaman pellet baru.

Cuma kurang praktikal kerana memerlukan disiplin/sistematik dalam sukatan pemberian. Cerewet yang tidak disukai breeder. Selain itu, arnab mungkin cenderung mengais makanan akibat memilih.

Paling penting, cara ini hanya sesuai untuk pertukaran terancang dan tidak untuk pertukaran kecemasan.

c. Berikan Secara Sedikit Dan Kerap

Cara paling selamat adalah makanan baru diberikan sedikit demi sedikit. Jika biasa diberikan 100g sekali/sehari. Pemberian pellet baru bagus dilakukan dengan kekerapan 2 - 3 kali sehari dengan kumulatif jumlah yang sama. Ini memberi ruang kepada perut arnab bekerja dengan selesa.

d. Supplement Penghadaman

Jika mempunyai bajet tambahan, pemberian supplement untuk membantu penghadaman dalam tempoh pertukaran juga bagus untuk mengurangkan risiko cirit. Pemberian supplemet yang mengandungi prebiotik tinggi seperti timothy dan probiotik seperti pon-pon powder boleh meminimumkan risiko penhadaman.

2. Risiko Arnab Tak Makan

Arnab seperti manusia mempunyai selera berbeza. Pertukaran pellet tertentu memerlukan masa terutamanya dalam kes downgrade.

Tidak semua arnab bermasalah dalam pertukaran pellet baru. Bagi yang bermasalah, arnab perlu dilaparkan (puasa sekitar 4 - 8 jam) sebelum diberikan pellet baru dalam kuantiti sedikit (sekitar 20 - 30g). Hanya ditambah selepas bekas makanan kosong dalam tempoh 2 - 3 jam sehinggalah mencapai kuantiti harian yang sepatutnya.

Saya belum lagi berjumpa dengan arnab tidak makan pellet tertentu dengan SOP ini.

Kesimpulan :

1. Info yang bersifat cakap-cakap perlu diperhalusi latar belakang atau alasan disebaliknya. Ia mungkin membuatkan anda berada dalam ketakutan dan kerisauan yang tidak perlu.

2. Apabila berlaku apa-apa kekangan, fokus kepada penyelesaian dan bukan untuk mengekalkan status quo. Perancangan pengurusan risiko perlu sentiasa dikemaskini.

3. Pellet kebiasaannya bukanlah punca utama komplikasi bersifat acute kecuali melibatkan min 30% populasi arnab yang menggunakan pellet yang sama. Pengeluar biasanya mempunyai SOP dalam menjaga kualiti pellet.

4. Menyalahkan pellet adalah cara mudah untuk kelihatan sifu berbanding mengesan masalah SOP,penjagaan pellet, cuaca/kelembapan, kebersihan/bakteria/virus, cacing, stress dan lain-lain. Seumpama menyalahkan jin/hantu yang tak perlu dibuktikan dengan apa-apa.

Address

Parit Tinggi
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dek Wan Rabbitry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dek Wan Rabbitry:

Videos

Share