Kutu
Kesian kucing ni menderita akibat di hisap darah nya oleh beberapa kutu.
Makanan Kucing yang mengandungi babi berciciran di dalam rumah?
Mari kita sama-sama dengar jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.
Ultrasound
Perkembangan teknologi dalam bidang perubatan sangat membantu dalam diagnosis penyakit sekaligus membantu merawat pesakit. Ini terbukti dengan “average life expectancy” sudah meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, sebelum mendapatkan rawatan adalah penting untuk kita mengetahui penyakit apa yang dihadapi oleh kucing kesayangan kita. Sebagai contoh, oyen telah hadir ke klinik pada 20/2/2022.
Oyen telah di diagnos menghidap penyakit feline idiopathic cystitis (FIC). Pesakit yang mengidap penyakit ini akan menunjukan tanda tanda seperti kerap buang air kencing, kesakitan semasa membuang air kencing. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, boleh membawa maut.
Ultrasonic ialah gelombang bunyi dengan frekuensi yang lebih tinggi daripada had atas pendengaran manusia. Mesin ultrasound beroperasi dengan frekuensi dari 20 kHz hingga ke beberapa gigahertz. Rakaman data data pantulan bunyi ini akan menghasilkan “image” yang boleh kita lihat di paparan skrin.
Post treatment:
Alhamdulillah. Sesuatu yg mengembirakn bila kita lihat dengan mata kita sendiri perubahan tahap kesihatan kucing kita bermula dalam keadaan lemah sudah tidak bergerak smpai dapat jalan2 dalam rumah dengan gmbira.
Baru sahaja minggu lepas, keadaan comel berada dalam keadaan yg sgt membimbangkan. “Kita cuba yg terbaik, selebihnya allah yg menentukan”.
Penyakit tidak boleh kencing adalah termasuk dalam kategori emergency. Sekiranya berlaku masalah tidak kencing, bersegera la mendapatkan rawatan