Growponic Malaysia telah ditubuhkan pada 2018. Segala rekod pembinaan akan dimasukkan dalam page ini sebagai rujukan bersama di masa hadapan. Kami akan sentiasa mengkaji dan menambah baik sistem yang ada supaya ia bersedia untuk di komersialkan. Semoga perkongsian kami dalam page ini bermanfaat dan mendapat sambutan dari pembaca khasnya kepada supporter kami.
Untuk projek terbaru, kami akan mengeluarkan E-Book (ASAS AQUAPONICS) yang akan diberikan secara PERCUMA kepada supporter kami diluar sana. Doakan semoga kami lebih konsisten dalam berkongsi ilmu bersama pembaca.
Pihak kami juga komited untuk memberi khidmat nasihat percuma kepada pengusaha tahfiz yang berminat untuk melakukan projek aquaponic mereka sendiri. Diatas inisiatif ini diharap pengusaha tahfiz mahupun masjid-masjid dapat meningkatkan skill mengeluarkan makanan sendiri. Kita dapat lihat di era pendamik ini kemahairan mengeluarkan makanan sendiri sangat penting bagi memastikan bekalan makanan sentiasa cukup. Oleh itu, kami menyeru kepada pengusaha-pengusaha tahfiz terutamanya yang mempunyai masalah dalam pembinaan sistem dan projek aquaponics mereka sendiri dapat menghubungi kami. Groponic Malaysia akan cuba yang terbaik untuk anda.
Sistem ini adalah untuk permulaan bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang aquaponics. Ia merupakan kombinasi teknik tanaman Growbed dan juga teknik tower. Dengan hanya menggunakan tong biru bersaiz 200L dan dijadikan tempat menternak ikan dan juga growbed diatasnya.
Growbed diatasnya berfungsi sebagai penapis dan juga medium tanaman kepada sistem ini. Selain itu teknik tower juga dimasukkan dalam sistem ini bagi meningkatkan hasil tanaman yang ingin ditanam.
Walaubagimanapun sistem ini hanya boleh memuatkan hanya 10-15 ekor ikan talapia merah sahaja. 10 paling terbaik kerana space yang kecil. Ia sangat sesuai kepada mereka yang baru bermula dengan bidang aquaponics untuk belajar bagaimana cycle aquaponic system.
Tanaman yang boleh ditanam p**a adalah dari tanaman yang berbuah seperti terung, cili, bendi dan sebagainya di atas growbed. Manakala untuk tower p**a boleh ditanam pelbagai sayuran seperti salad, bayam, kailan, sawi, pakchoi dan sebagainya.
Jangan risau kami faham ada diantara pembaca diluar sana yang sangat s**a untuk memulakan projek aquaponics mereka sendiri, tetapi masih takut atau kekurangan bajet. Oleh itu, atas inisiatif dari pihak Growponic Malaysia kami ingin memberikan tawaran terbaik untuk anda yang mahu memulakan projek aquaponics dengan hanya membeli tong biru daripada kami. Dan kami akan ajarkan anda cara untuk membuat sistem ini di rumah anda.
Kami faham, bila keinginan yang kuat untuk membuat projek aquaponics tapi tiada guider yang membimbing anda. Kerana kami dahulu seperti anda yang mahu memulakan projek aquaponics, tetapi tidak tahu dimana untuk bermula. Walaubagaimanapun sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai bajet yang lebih, boleh order set complete daripada kami kerana banyak lagi free gift yang kami berikan di dalamnya.
Akhir kata, jangan takut untuk bermula dengan sistem aquaponics kerana Growponic Malaysia sentiasa bersama anda. :-)
Set A : Growponic Stater Kit (With Tower)
-----------------------------------------------------------------
Product Included :
- Water pump
- Piping set
- Siphon set
- Leca ball holland full growbed
- Tower set
- Peatmoss/cocopeat
- Free gift : seedling tray 100 holes
- Free gift : biji benih sawi pakchoi
- Free gift : biji benih bayam
- Free gift : benih bayam brazillllll
- Free giift Ebook from Growponic Malaysia
Price RM600 (Self Pickup di Meru Klang, Selangor)
• Add on one more tower set RM150 only
Set B : Growponic Stater Kit (No Tower)
--------------------------------------------------------------
Product Included :
- Water pump
- Piping set
- Siphon set
- Leca ball holland full growbed
- Peatmoss/cocopeat
- Free gift : seedling tray 100 holes
- Free gift : biji benih sawi pakchoi
- Free gift : biji benih bayam
- Free gift : benih bayam brazillllll
Price RM400 (Self Collect di Meru Klang, Selangor)
Jualan Tong biru Pelbagai kegunaan (pertanian, penternakan, perladangan, outside use) :
Kondisi : USED
Tong Biru Mati (200L) : RM50
Tong Biru Ada Penutup (120L) : RM60
Tong Biru Ada Kecik (Tinggi 2 Kaki) : RM30
- Free to view our sistem and take measurement
SISTEM FERTIGASI
Fertigasi adalah satu sistem pertanian yang moden dan sudah pop**ar di Malaysia agak lama. Kebiasaan sistem ini menggunakan baja AB untuk menyalurkan nutrin kepada pokok-pokok tanaman.
Ada pelbagai teknik cara pengurusannya serta SOP yang berkaitan dengan sistem ini. Semua teknik dan SOP ini akan menentukan sejauh mana kejayaan sesuatu sistem fertigasi itu sendiri.
Oleh itu, kami juga menjadi hosting kepada sesiapa sahaja di luar sana yang ingin belajar bagaimana hendak menanam secara fertigasi. Insyaallah ia akan dilakukan dari zero sampai anda boleh menjana pendapat sendiri sehingga 5k sebulan.
Kepada mereka yang diluar sana yang berminat untuk belajar secara serius tentang fertigasi boleh click pada link tersebut :
https://bit.ly/3g7sX9B-VideoFertigasi
Bagi permulaan sebenarnya tidak lah rugi sekiranya memasuki program ini kerana banyak yang boleh dipelajari di sana. Kemudian dari situ, kita boleh gabungkan segala ilmu yang dipelajari untuk membuat satu-satu sistem pertanian. Saya bagi contoh, bila belajar tentang fertigasi, kita akan belajar juga tentang pengurusan biji benih. Di mana biji benih juga akan digunakan dalam semua sistem penanaman.
Oleh kerana itu, kami berpendapat kita perlu mengambil sebanyak mana ilmu kemudian blend kan semua ilmu tersbut untuk diguna pakai dalam sistem pertanian anda.
Untuk belajar tentang fertigasi boleh click di sini : https://bit.ly/3g7sX9B-VideoFertigasi
Nasihat saya, sekiranya anda ingin melakukan sesuatu projek fertigasi dengan skala yang besar. Perlu ada ilmu asas tentang fertigasi dan pengalaman tentang sistem ini. Kenal dan berkawan dahulu dengan sistem. Apabila sudah yakin dengan SOP dan sistem itu sendiri, boleh lah planning untuk pada skala yang besar.
Saya doakan anda semua akan berjaya didalam apa jua sistem pertanian yang anda ceburi. Semoga murah rezeki dan Terima Kasih kerana sudi membaca.
Untuk belajar tentang fertigasi boleh click di sini : https://bit.ly/3g7sX9B-VideoFertigasi