Ayam Kampung Hikmah

Ayam Kampung Hikmah Kami menjual ayam kampung dari ladang kami sendiri dan di proses oleh kami sendiri bagi memastikan kualiti terjaga.
(3)

Kualiti premium yang dijamin. 100% bumiputera dan yang pastinya muslim kerana moto kami adalah HALAL, BERSIH dan BERKAT

Salam kemerdekaan yang ke 64 untuk seluruh warga MalaysiaAlhamdulillah walau pelbagai dugaan yang melanda.Kita adalah in...
01/09/2021

Salam kemerdekaan yang ke 64 untuk seluruh warga Malaysia

Alhamdulillah walau pelbagai dugaan yang melanda.
Kita adalah insan-insan yang terpilih untuk melewati hari penuh bermakna ini.
Dengan kekangan yang terjadi akibat COVID-19 ini kita juga dapat mempelajari
konsep kesyukuran.

Kami dari kumpulan Ayam Kampung Hikmah juga bersyukur kerana masih ramai yang menyokong produk kami, TERIMA KASIH MALAYSIA







Assalamualaikum..  Ada yang mencari baja organik utk tanaman? Tinja/baja tahi ayam Ayam diberi makan dan minum Effective...
16/08/2021

Assalamualaikum.. Ada yang mencari baja organik utk tanaman?

Tinja/baja tahi ayam
Ayam diberi makan dan minum Effective Microorganism dan kawasan reban disembur EM
Enam ring.git seguni
+-30kg seguni
Beli seguni pun boleh
Self pick up Ayam Kampung Hikmah
10guni boleh del.ivery
Banyak boleh nego dan order 4x4 lalamove

Biar berputih tulang๐Ÿฆด,  jangan berputih mata๐Ÿ‘๏ธLebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ...
15/06/2021

Biar berputih tulang๐Ÿฆด, jangan berputih mata๐Ÿ‘๏ธ

Lebih baik mati berjuang daripada
menanggung malu kerana menyerah kalah ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ

Kepada pelanggan yang setia, kini kami di Grab mart!
Tinggal Order je, kejap je sampai rumah ๐Ÿ›ต๐Ÿก

https://grab.onelink.me/2695613898?pid=inappsharing&c=1-C2NKVTBJKAVFCX&is_retargeting=true&af_dp=grab%3A%2F%2Fopen%3FscreenType%3DGRABMART%26sourceID%3DA4pcqCZkS4%26merchantIDs%3D1-C2NKVTBJKAVFCX&af_force_deeplink=true&af_web_dp=https%3A%2F%2Fwww.grab.com%2Fdownload

P/s :- Excited je admin tengok abg grab datang,
ingat hantar barang shoppee ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚







15/06/2021

Di Ayam Kampung Hikmah, selain ayam dicuci bersih, kami juga mengambil pendekatan untuk membuang usus dan mencuci darah sebelum ayam dicelur bagi memastikan air dalam rebusan tidak bercampur najis dan darah.

Hal ini juga dapat mengurangkan bau hanyir ayam apabila ayam dicelur sekali dgn darah dan najis.

Ada yang memanggil ini sebagai pelaksanaan konsep toyyiban. Niat kami hanya ingin memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami dengan ayam yang berkualiti, bersih, halal suci dan seterusnya mendapatkan keberkatan kami dalam menjualnya juga memastikan keberkatan pelanggan kami dalam memakannya.. InsyaAllah..





11/06/2021

Kita belanja close up Ayam Kampung Hikmah baru siap proses sebelum dibungkus.




โ€ผ๏ธOpen Order AYAM KAMPUNG FRESHHHHH terus daripada ladangโ€ผ๏ธSiap proses bersih potong 4, hanya tinggal bilas dan boleh te...
11/06/2021

โ€ผ๏ธOpen Order AYAM KAMPUNG FRESHHHHH terus daripada ladangโ€ผ๏ธ

Siap proses bersih potong 4, hanya tinggal bilas dan boleh terus masakโ—
Tidak perlu rebus dahulu, boleh terus goreng, gulai, bakar dllโ—

*Order sebelum 2petang jika ada permintaan potong kecil 8 atau 12*

๐Ÿš—Delivery Bangi, Semenyih.
๐Ÿ Self pick up Kg Rinching Hilir.

Buat pelanggan2 setia kami, jika tuan/puan order ayam semasa kami sedang sembelih, jangan segan,  jangan silu, minta sah...
05/06/2021

Buat pelanggan2 setia kami, jika tuan/puan order ayam semasa kami sedang sembelih, jangan segan, jangan silu, minta sahaja. InsyaAllah kalau ada kami beri...

SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. ๐Ÿ˜‚

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'

Allah Allah.

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.๐Ÿ˜ญ

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Ikhlas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.

Moga Allah ampunkan kami.

Wallahu'alam

Sumber: Lola Diana Tradisional

"Bersuci adalah antara ciri-ciri keimanan"Ayam Kampung Hikmah dalam proses perkemasan dan sanitasi..Antara langkah yang ...
10/04/2021

"Bersuci adalah antara ciri-ciri keimanan"

Ayam Kampung Hikmah dalam proses perkemasan dan sanitasi..
Antara langkah yang paling penting dan paling utama sebelum
penerimaan pelajar baru...

Kita banjir kan dalam reban dengan "disinfection solutions"
Lepas tu tunggu kering, esok kita repeat sampai 3 hari...

Kita pakai produk dari GQ-plus dari Yusry Matang Resources
(otai bidang ayam/sifu utama)...







"Rajin mengais tembolok berisi"kerana "Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang"Bagi yang berdekatan Rinching Hil...
10/04/2021

"Rajin mengais tembolok berisi"

kerana "Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang"

Bagi yang berdekatan Rinching Hilir, bolehlah hubungi stokis kami

๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€Puan Nor Aishah ๐Ÿ“ฑ www.wassap.my/60136675503/AyamKampungHikmah

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“

Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป;

www.wassap.my/60132932358/nakorder

atau melalui web orderla dengan menekan link di bawah
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

Kini boleh search kami di google klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://g.co/kgs/N1JfLM








"Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak."Kami sebagai 'periuk' telah 'berkerak', stokis kami sebagai 'lesung' pun ti...
08/04/2021

"Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak."

Kami sebagai 'periuk' telah 'berkerak', stokis kami sebagai 'lesung' pun tidak kurang hebatnya 'berdedak'.

Syabas pada semua stokis kami yang telah menggembleng tenaga bersama menaikkan nama Ayam Kampung Hikmah!

Bagi yang berdekatan Sungai Buah, lekaslah serbu stokis kita ni sebelum stok kehabisan.

๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™‚Encik Yunus ๐Ÿ“ฑ www.wassap.my/601126796790/AyamKampungHikmah

๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€Puan Nasuha ๐Ÿ“ฑ www.wassap.my/60132276616/AyamKampungHikmah

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“

Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป;

www.wassap.my/60132932358/nakorder

atau melalui web orderla dengan menekan link di bawah
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

Kini boleh search kami di google klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://g.co/kgs/N1JfLM








"Ada nama, tak tentu ada hartaAda harta, belum tentu senang"Kita dalam misi nak hantar "advertising tool" ke semua stoki...
01/04/2021

"Ada nama, tak tentu ada harta
Ada harta, belum tentu senang"

Kita dalam misi nak hantar "advertising tool" ke semua stokis kami..
Selasa dah hantar Lesong Mart Seksyen 19 Shah Alam ...
Hari rabu ke Enstek negeri sembilan...

Almaklum lah, stokis kami jauh jauh... hehe...

Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป;

www.wassap.my/60132932358/nakorder

atau melalui web orderla dengan menekan link di bawah
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

Kini boleh search kami di google klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://g.co/kgs/N1JfLM








Alhamdulillah, boss dijemput mengikuti mesyuarat DVS...Semoga usaha DVS dihargai, dan diterima semua...Hasil input dari ...
18/02/2021

Alhamdulillah, boss dijemput mengikuti mesyuarat DVS...
Semoga usaha DVS dihargai, dan diterima semua...

Hasil input dari mesyuarat tersebut, kami akan melakukan penjenamaan semula kepada produk ayam kampung kacuk kami...

Stay tuned, Nantikan!






Alhamdulillah... Pelanggan kami tak kira bangsa.  Yang ini pun Indian juga. Setiap kali dapat ayam, setiap kali tu belia...
31/01/2021

Alhamdulillah... Pelanggan kami tak kira bangsa.
Yang ini pun Indian juga. Setiap kali dapat ayam, setiap kali tu beliau beri feedback. Memang terharu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ sangat, kami tak tanya pun beliau sendiri beri maklum balas. Sekali order mesti 2 hingga 5 ekor.. Ini hanya sebahagian daripada order beliau.

Pelanggan seperti ini menambahkan lagi semangat penjual seperti kami untuk terus beri yang terbaik ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

Syukur.. Semoga beliau dilimpahkan rezeki ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿปdan dapat terus menyokong Ayam Kampung Hikmah. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

AYAM KAMPUNG HIKMAH @ LESONG MART Seksyen 19 Shah Alam www.whatsapp.my/60123456626/AyamKampungHikmah๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“Ayam Ka...
16/01/2021

AYAM KAMPUNG HIKMAH @ LESONG MART Seksyen 19 Shah Alam
www.whatsapp.my/60123456626/AyamKampungHikmah
๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“
Ayam Kampung Hikmah kini berada di Shah Alam gais.

Ramai tanya Ayam Kampung Hikmah di kawasan sana, sekarang senang dah tak perlu jauh2.

Di tengah-tengah bandar Shah Alam, teringin nak makan ayam kampung? Tiada masa hendak ke pasar? Ayam Kampung Hikmah kan ada.
โŒtiada kaki, kepala, organ, bahan buangan
โŒayam diternak sendiri tanpa beri hormon atau antibiotik
โŒtidak perlu rebus atau masak dalam periuk tekanan

โœ…berat ditimbang selepas dicuci
โœ…boleh terus dimasak gulai, goreng, rendang
โœ…siap dipotong 4
โœ…hanya perlu defrost, bilas dan terus masak

Terima kasih pihak LesongMart Seksyen19 Shah Alam kerana memilih produk kami.

Semoga semuanya dipermudahkan.










โ€ผ๏ธPROMO TAHUN BAHARUโ€ผ๏ธ๐Ÿ“  Ayam Kampung Hikmah   ๐Ÿ“  ๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰SELAMAT TAHUN BAHARU๐ŸŽ‰๐ŸŽŠSemoga tahun ini kita semua dimurahkan rezeki,...
01/01/2021

โ€ผ๏ธPROMO TAHUN BAHARUโ€ผ๏ธ

๐Ÿ“ Ayam Kampung Hikmah ๐Ÿ“

๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰SELAMAT TAHUN BAHARU๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ
Semoga tahun ini kita semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik ๐Ÿคฒ๐Ÿป..

Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia menyokong kami....

www.wassap.my/60132932358/promotahunbaharuayamkampung

๐Ÿš—โ€ผ๏ธPROMO BALIK KAMPUNGโ€ผ๏ธ๐Ÿš—Dah boleh rentas negeri ni, bolehlah bawa balik kampung๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“  sebagai buah tang...
07/12/2020

๐Ÿš—โ€ผ๏ธPROMO BALIK KAMPUNGโ€ผ๏ธ๐Ÿš—

Dah boleh rentas negeri ni, bolehlah bawa balik kampung๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“ sebagai buah tangan untuk ibu bapa dan keluarga.

Open order Ayam Kampung Hikmah *SEGAR* dan *Frozen*(untuk bawa perjalanan jauh)

Saiz XL 1.1kg RM20
Harga asal RM22

8/12/2020 - 12/12/2020

๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

Sila isi bagi yang berminat untuk membuat tempahan. Tulis pada bahagian nota jika ada permintaan potong 8/12. Terima kasih.โ˜บ๏ธ๐Ÿ™๐Ÿป

Ready-to-cook siap potong 4

03/12/2020

๐Ÿ“Open order Ayam Kampung Hikmah *SEGAR* ๐Ÿ“

๐Ÿ”ชUntuk makluman tuan/puan, kami akan menjalankan proses sembelihan ayam setiap hari *Isnin hingga Sabtu*. Jadi, tuan puan boleh membuat tempahan ayam segar pada bila-bila masa.

๐Ÿš—Tempahan sebelum pukul 4petang akan dihantar pada hari yang sama bermula pukul *6petang - 10malam* selepas kami siap proses ayam dengan caj RM5 sahaja Bangi, Kajang, Semenyih.

โฑ๏ธSekiranya tuan/puan ingin mendapatkan ayam sebelum waktu penghantaran kami, kami boleh membuat pesanan penghantaran melalui aplikasi *Lalamove*.

๐Ÿ—Saiz
S 0.8kg
M 0.9kg
L 1.0kg
XL 1.1kg
2XL 1.2kg

โ˜€๏ธTempahan pada hari Ahad kami akan hantar ayam frozen yang disembelih pada hari Sabtu sebelumnya.

Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป;

www.wassap.my/60132932358/nakorder

atau melalui web orderla dengan menekan link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

๐Ÿ”ชSila tulis di bawah bahagian nota jika ada permintaan potong 8/12 atau buang kulit (sebelum 2 petang).

๐Ÿ™๐ŸปTerima kasih kerana terus menyokong Ayam Kampung Hikmah. Semoga tuan/puan dimurahkan rezeki ๐Ÿคฒ๐Ÿป









01/12/2020

AYAM KAMPUNG SEGAR TERUS KE RUMAH ANDA

Tengah-tengah bandar ni tak tahu mana nak cari ayam kampung?
Takut nak bersesak di pasar?

Jangan risau, anda hanya perlu tekan sini, tekan situ kemudian tinggal tunggu ayam sampai di pintu rumah anda.

๐Ÿ“Open order Ayam Kampung Hikmah *SEGAR* ๐Ÿ“

๐Ÿ”ชUntuk makluman tuan/puan, kami akan menjalankan proses sembelihan ayam setiap hari *Isnin hingga Sabtu*. Jadi, tuan puan boleh membuat tempahan ayam segar pada bila-bila masa.

๐Ÿš—Tempahan sebelum pukul 4petang akan dihantar pada hari yang sama bermula pukul *6petang - 10malam* selepas kami siap proses ayam dengan caj RM5 sahaja Bangi, Kajang, Semenyih.

โฑ๏ธSekiranya tuan/puan ingin mendapatkan ayam sebelum waktu penghantaran kami, kami boleh membuat pesanan penghantaran melalui aplikasi *Lalamove*.

๐Ÿ—Saiz
S 0.8kg
M 0.9kg
L 1.0kg
XL 1.1kg
2XL 1.2kg

โ˜€๏ธTempahan pada hari Ahad kami akan hantar ayam frozen yang disembelih pada hari Sabtu sebelumnya.

Tuan/puan boleh membuat tempahan melalui ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป;

www.wassap.my/60132932358/nakorder

atau melalui web orderla dengan menekan link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://ayamkampunghikmah.orderla.my/tempahan-ayam-kampung-hikmah

๐Ÿ”ชSila tulis di bawah bahagian nota jika ada permintaan potong 8/12 atau buang kulit (sebelum 2 petang).

๐Ÿ™๐ŸปTerima kasih kerana terus menyokong Ayam Kampung Hikmah. Semoga tuan/puan dimurahkan rezeki ๐Ÿคฒ๐Ÿป









  โ“Jangan risau, dengan Ayam Kampung Hikmah, anda hanya perlu masak seperti ayam daging biasa saja tapi masih boleh dapa...
17/11/2020

โ“

Jangan risau, dengan Ayam Kampung Hikmah, anda hanya perlu masak seperti ayam daging biasa saja tapi masih boleh dapat tekstur ayam yang pejal dan kurang berlemak.

โœ…Tak perlu rebus dahulu sebelum memasak sajian yang diinginkan
โœ…Tak perlu keluarkan periuk tekanan dan bersusah mencucinya semula untuk disimpan
โœ…Tak perlu didihkan lama jika nak memasak rendang
โœ…Tak perlu mereneh berjam-jam untuk mendapatkan ayam yang empuk untuk sup

โœ…Isi ayam yang manis daripada ayam daging
โœ…Isi yang pejal tidak terlalu lembut seperti ayam daging
โœ…Isi yang pejal tidak terlalu liat seperti ayam kampung biasa
โœ…Isi yang kurang berlemak berbanding ayam daging

โœ…Lebih sihat
โœ…Lebih berkhasiat

โŒBebas hormon
โŒBebas antibiotik sintetik
โŒKurang lemak
โŒKurang kolesterol

โœ”๏ธBoleh dimakan untuk individu yang mempunyai alergi kepada ayam daging yang diberi hormon dan antibiotik sintetik
โœ”๏ธBoleh dimakan bayi(setahun ke atas) yang mempunyai alergi kepada ayam daging
โœ”๏ธBoleh dimakan warga emas yang tidak dibolehkan makan ayam daging
โœ”๏ธBoleh dimakan golongan yang mempunyai sakit tidak boleh makan ayam biasa seperti individu yang tinggi kolesterol
(Ada pelanggan-pelanggan kami yang mengalami masalah diatas, dapat memakan ayam kami tanpa timbul alergi. Alhamdulillah. Insya-Allah. )









"๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜ฌ terima kasih banyak bagi servis terbaik dan melayan permintaan kami sekeluarga. Semoga bisnes sis terus berjaya ๐Ÿ˜Š"-...
16/11/2020

"๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜ฌ terima kasih banyak bagi servis terbaik dan melayan permintaan kami sekeluarga. Semoga bisnes sis terus berjaya ๐Ÿ˜Š"
-Subramaniam, Semenyih-

"My husband s**a sangat.
My sister pun nak order.
Rasa sedap๐Ÿคค.
Taste dah perfect..kalau boleh ada variety spicy and non-spicy ...sebab kami s**a spicy ๐Ÿคญ
Tapi memang sedap.
Rempah rasa.. marinated well la.. perfect."
-Subramaniam, Semenyih-

Belum tanya lagi dah bagi review. Terima kasih dari kami ๐Ÿ˜
(tester Ayam Berempah belum sedia untuk dilancarkan๐Ÿ˜‚)









27/10/2020

Terima kasih atas jemputan...

Semoga kita sama sama menuju puncak...








Assalamualaikum..Bismillahirahmanirrahim... *Nak tahu rahsia Ayam Kampung Hikmah tak* โ‰๏ธSebelum ini,  kami buat mengikut...
16/10/2020

Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirrahim...

*Nak tahu rahsia Ayam Kampung Hikmah tak* โ‰๏ธ

Sebelum ini, kami buat mengikut apa yang kami percaya terbaik, tanpa mewar-warkannya.

Kali ini, kami ingin umumkan demi mewujudkan kesedaran memilih makanan halalan serta toyyiban.

*Halal VS Halalan Toyyiban*โ“โ—

Secara ringkas berkenaan pemakanan,
*Halal* - merujuk kepada apa yang dihalalkan oleh Allah SWT.
*Halalan Toyyiban* - merujuk kepada sesuatu yang halal yang bersifat elok, baik dan bersih.

*HALAL*
โœ…Diternak, disembelih dan diproses sepenuhnya oleh Muslim Bumiputera
โœ… Tidak menggunakan kaedah stunning iaitu menggunakan elektrik untuk ayam tidak sedarkan diri
โœ… Memberi masa untuk ayam betul-betul telah mati sebelum dicelur supaya ayam tidak mati lemas (dikira sebagai bangkai dan haram dimakan)
โœ…Diberi makanan tambahan seperti azolla, madre de agua, napier, jagung dan tumbuhan lain bagi meningkatkan selera dan melancarkan pencernaan ayam serta menjadikan daging ayam lebih enak dan berkhasiat
โŽTidak diberi hormon atau antibiotik kimia melainkan daun betik sebagai antibiotik semula jadi
โœ… Diternak di reban bersimen dalam ladang tertutup dan bio-sekuriti dijaga
โœ… Ladang disembur dengan antiseptik khas dan effective microorganisms secara berkala

*HALALAN TOYYIBAN*
โœ…disembelih mengadap qiblat
โœ…menggunakan pisau yang tajam
โœ…pisau dicuci setiap kali menyembelih (sembelih seekor ayam, cuci pisau, barulah digunakan semula)
โœ… Dicuci sebelum dicelur
โœ… Proses membuang bulu dengan air yang mengalir
โœ… Kemudian dibuang kepala, kaki dan organ sebelum dipotong kepada 4 bahagian.
โœ… Melalui proses cucian, buang darah beku dan buang bulu yang tertinggal menggunakan kaedah manual dengan air yang mengalir
โœ… Dibungkus tanpa memasukkan kaki dan organ dalaman seperti pedal dan hati bagi memastikan ayam tahan lebih lama.

โ—Dan rahsianya adalah;
โœ… *USUS AYAM DIBUANG* dan darah dibersihkan di tengkuk dan dibadan ayam SEBELUM DICELUR (supaya ayam tidak bercampur najis dan dagingnya tidak meresapkan najis tersebut semasa proses celur yang mana boleh mempengaruhi rasa daging ayam)
โ—Inilah yang menyebabkan rasa daging ayam kampung kami berbeza. โ—
Disaat kilang pemprosesan ayam lain dapat memproses sehingga ribuan ayam sehari, kami hanya dapat memproses maksimum seratus ekor ayam dengan bilangan kakitangan dan masa yang sama oleh sebab ingin memastikan mutu dan kebersihan ayam dalam keadaan terbaik. Insya-Allah.

Secara mudah, arahan Allah SWT supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya, iaitu halalam toyyiban.
Kita dituntut untuk mencari yang *halal*, pilihlah juga yang *bersih* supaya mendapat *berkat* dalam setiap suapan. Aamiin ya rabbal alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ™๐ŸปTerima kasih yang tidak terhingga buat semua pelanggan tetap Ayam Kampung Hikmah kerana telah menyokong produk kami.
Kami jual barang tersebut dengan harga yang disebutkan.

๐Ÿ“ Ayam Kampung Hikmah ๐Ÿ“
Halal | Bersih | Berkat











Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... ๐Ÿ‘‹๐ŸปKenapa Ayam ๐Ÿ“ Kampung Hikmah rasanya lain daripada ayam kampung lainโ‰๏ธโœ–๏ธTidak d...
15/10/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... ๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Kenapa Ayam ๐Ÿ“ Kampung Hikmah rasanya lain daripada ayam kampung lainโ‰๏ธ

โœ–๏ธTidak diberi hormon atau antibiotik kimia.
โœ”๏ธ Sebaliknya ayam kami diberi makan daun betik sebagai antibiotik semulajadi.
โœ”๏ธ Selamat dimakan bagi yang ada alergi apabila memakan ayam daging biasa (Kami ada beberapa pelanggan tetap termasuk anak kecil yang mempunyai alergi ini).
โœ”๏ธ Ayam kampung kami juga diberi makanan tambahan seperti azolla, madre de agua(ketum ayam), napier, jagung dan tumbuhan lain bagi menambah selera makan ayam juga menjadikan daging ayam lebih enak dan berkhasiat.
โœ”๏ธ Ayam diternak di lantai bersimen(menghindarkan penyakit dari tanah) dengan lapisan habuk kayu untuk mengelakkan ayam kesejukan.
โœ”๏ธ Reban ayam disembur dengan cecair antiseptik khas tiga hari berturut sebelum anak ayam masuk.
โœ”๏ธReban ayam juga disembur secara berkala dengan cecair effective microorganisms yang dibuat sendiri tanpa bahan kimia bagi mengekang pembiakan bakteria dan kuman.
โœ”๏ธ Diternak di ladang tertutup dengan kawalan bio-sekuriti bagi mengelakkan penyakit.








โ€ผ๏ธP.R.O.M.O.S.I. โ€ผ๏ธPenghabisan stok saiz EXTRA๐Ÿ“AYAM KAMPUNG HIKMAH FROZEN๐Ÿ“HARGA TERENDAHHH ๐Ÿ˜ฑSemua saiz extra R.M.2โƒฃ2โƒฃโ—Se...
29/09/2020

โ€ผ๏ธP.R.O.M.O.S.I. โ€ผ๏ธ
Penghabisan stok saiz EXTRA

๐Ÿ“AYAM KAMPUNG HIKMAH FROZEN๐Ÿ“

HARGA TERENDAHHH ๐Ÿ˜ฑ
Semua saiz extra R.M.2โƒฃ2โƒฃโ—
Semua saiz extra R.M.2โƒฃ2โƒฃโ—
Semua saiz extra R.M.2โƒฃ2โƒฃโ—

โž•SAIZ EXTRA โž•
2XL - 3XL - 4XL
dengan harga yang sama!

Ayah bersih, ready-to-cook potong 4.
-Berat bersih ayam ditimbang selepas buang kepala, kaki, organ dan bahan buangan-

*Sampai bila p.r.o.m.o niโ‰๏ธ
-Sehingga stok saiz extra habis sahaja-

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“
Halal | Bersih | Berkat








Gigih lagi... Ayam dalam reban habis tidak bererti tiada kerja.. Kita pulun lagi... Ayam Frozen PROMO SAIZ EXTRA RM22 2X...
24/09/2020

Gigih lagi...
Ayam dalam reban habis tidak bererti tiada kerja..
Kita pulun lagi...

Ayam Frozen PROMO SAIZ EXTRA RM22 2XL-4XL








[ PERJUMPAAN KHAIRA AGRO BERSAMA KETUA VETERINAR DAERAH HULU LANGAT]

RABU - 23 Sept 2020

Pihak Khaira Agro (Coach Hadzri & Coach Razin) bersama wakil penternak Ayam Kampung Hikmah (En. Haziq) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Ketua Daerah Veterinar Hulu Langat (Pn. Adriza) Penolong Pegawai Veterinar (Pn. Anise) untuk program usahasama.

Perjumpaan yang berlangsung dalam 1 jam 30 minit ini berfokuskan kepada beberapa permasalahan dan cadangan berkaitan:

- Lesen Unggas.
- Cabaran & Ketakutan Penternak Baru Untuk Daftarkan Ladang dengan Veterinar.
- Sokongan Bantuan (Latihan, Pembiayaan, dll)
- Program usahasama antara Khaira Agro & Veterinar Hulu Langat.
- Penyebaran maklumat terkini berkaitan unggas.
- Kursus Ternakan Ayam Kampung Kacuk & Ayam Kampung Asli di ladang angkat (ladang pilihan) Khaira Agro.

Pihak Khaira Agro akan terus update info-info terkini berkaitan industri ayam kampung.

So stay tuned and jumpa anda esok.

[Coach Razin]

=================

Untuk maklumat kursus & bimbingan Khaira Agro boleh tekan link di bawah:

wasap.my/601155588737/InfoProgramKhaira

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah FrozenAyam ditimbang selepas buang kepala, kaki, organ dan baha...
19/09/2020

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera...

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah Frozen

Ayam ditimbang selepas buang kepala, kaki, organ dan bahan buangan.

Terima kasih๐Ÿ˜Š.

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“
Halal | Bersih | Berkat








Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป.. ๐Ÿ™๐ŸปTerima kasih kerana sudi datang membuat lawatan ke ladang kami. Dari Department of Veterinar and Ser...
19/09/2020

Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป..
๐Ÿ™๐ŸปTerima kasih kerana sudi datang membuat lawatan ke ladang kami.

Dari Department of Veterinar and Services HQ;
Tuan Hisyam M Fariz, Ketua Jabatan Unggas,
Puan Mimi,
Encik Muiz.

Dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat;
Puan Adriza,
Puan Anise.

Dari Khaira Agro Ternakan Teguh Malaysia;
Encik Razin,
Encik Hadzri,
Encik Aizat.

Semoga dipermudah.. Aamiin๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป....













15/09/2020

Throwback lagi.. Masa ni jauh mereka pergi nak timba ilmu...

Ke sana Ke siniKe sana Ke siniGigih betul si dia ikut Coaches Khaira Agro ni timba ilmu.. 2 minggu ni je dah berapa kali...
15/09/2020

Ke sana Ke sini
Ke sana Ke sini

Gigih betul si dia ikut Coaches Khaira Agro ni timba ilmu.. 2 minggu ni je dah berapa kali pergi meeting...

P/s : Keluar tengah hari, pukul 12tengah malam baru balik lagi... Selapas pergi meeting, dia pergi marketing dengan bos LC Restaurant Putrajaya pulakkk. .
Semoga usaha kalian diberkati dan membuahkan hasil.

๐Ÿ“Ayam Kampung Hikmah๐Ÿ“
Halal | Bersih | Berkat

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
Ternakan Teguh Malaysia
Belajar Menternak Ayam Kampung Khaira Agro










Address

Lot 670, Lorong Sungai 2, Kampung Rinching Hilir
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Kampung Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayam Kampung Hikmah:

Videos

Share


Other Semenyih pet stores & pet services

Show All