17/08/2021
Perkongsian Penyakit Arnab
Punca, Rawatan & Pencegahan
KURAP :
Ini yang paling biasa berlaku pada haiwan yang berbulu.
TANDA AWAL :
-Ada perubahan bau yg agak berbeza dari biasa.
-Ada mcm biji pasir halus pada bahagian dalam telinga
-Celah-celah kuku kemerah-merahan dan berkerak
-Arnab sering mengitai2 kaki dan mengusap2 hidung kerana gatal
-Hidung berkerak putih
-Hilang selera makan
KESAN :
-Boleh mengakibatkan kematian jika lambat di rawat
-Boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan lain
SEBAB UTAMA :
-Persekitaran yang panas dan lembab, berdebu
-Sangkar & persekitaran yang kotor
-Jangkitan dari arnab atau haiwan lain yg berpenyakit
CARA MENGATASI :
-Pastikan persekitaran sangkar dan bangsal sentiasa bersih dan tidak berbau.
-Elakkan dari najis dan kencing bertakung kerana akan mengundang bakteria.
-Kurangkan penggunaan kayu dalam membuat sangkar. Kayu mudah membiakkan bakteria dan hama.
-Sangkar hendaklah disembur dengan cecair pembasmi kuman (disinfectant) seperti "Lindores" bagi mematikan kuman dan hama yg bersarang dan membiak pada bulu2 yang tersangkut di jaring sangkar.
-Pastikan arnab/haiwan luar yang di bawa masuk adalah bebas penyakit.
-Jika sakit terlalu teruk, berikan rawatan dan asingkan jauh dari sangkar lain/utama
KAEDAH RAWATAN
-Berikan suntikan kurap pada kadar 0.1 ml atau kurang bagi berat sehingga 5 kg.
-Jenis ubat kurap yang biasa di gunakan ialah : Dectomax & Ivermec F
SORE HOCK :
-Masalah yang sering berlaku terutamanya arnab jenis Rex. Berkemungkinan disebabkan faktor jaring sangkar yang digunakan
TANDA AWAL :
-Bahagian bawah tapak kaki terutamanya kaki belakang akan ada luka2 kecil dan bernanah.
-Jika tidak diberi rawatan awal akan merebak sehingga ke seluruh tapak kaki.
KESAN :
-Arnab akan merasa tidak selesa utk berdiri dan berjalan. Akan menyumbang kepada stress. Namun ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak berjangkit
SEBAB UTAMA :
-Jaring sangkar yang halus dan tajam atau berkarat. Perpeluhan dari tapak kaki ini akan menghasilkan tindak balas yang menyebabkan Sore Hock
CARA MENGATASI :
-Lapik sangkar dengan pelapik plastik. Boleh di beli di mana2 kedai pet berhampiran
KAEDAH RAWATAN :
-Sembur dgn ubat luka seperti Abasumin. Guna minyak gamat pon boleh.
SELESEMA
-Masalah ini kebiasaanya berlaku bila cuaca terlalu panas. ini pon boleh membawa maut jika lambat di rawat
TANDA AWAL :
-Arnab mula bergetar tanpa henti. Bermula dgn bergetar pada telinga. Sekiranya tidak diambil perhatian, makin kuat sampai satu badan ikut bergetar dan dikenali sbg "heat stroke
-Sebenarnya sistem badan arnab itu cuba nak lepaskan haba dlm badan.Bila dh terlalu panas, dan haba tak boleh dikeluarkan lagi, mula la hidung berair.
KESAN :
-Kesannya arnab menjadi murung,stress, kurang makan.Boleh menyumbang kepada kematian
SEBAB UTAMA :
-Suhu persekitaran terlalu panas atau arnab terdedah kepada suhu yang melampau
-Arnab terdedah kepada sinaran matahari secara langsung
CARA MENGATASI :
-Kawal suhu persekitaran supaya sentiasa stabil.
-Letakkan sangkar arnab di tempat yang teduh seperti dibawah bayang pokok atau di kawasan berbumbung/bangsal.
-Elakkan dari terkena terik matahari secara langsung
KAEDAH RAWATAN :
-Sebagai langkah awal, bagi arnab makanan sumber daun2 hijau bg merendahkan suhu badan secara semulajadi.
-Kurangkan pellet. Ulam2 seperti pegaga, kacang botol dan ulam raja juga boleh diberi
-Letakkan bekas berisi air didalam sangkar bg menurunkan suhu sangkar.
-Air minuman juga boleh dicampur dengan sedikit garam kasar.
STRESS @ KEMURUNGAN :
-Arnab merupakan haiwan yang manja dan s**a kepada suasana yang tenteram.
-Terdedah kepada bunyi bising dan gangguan manusia dan haiwan lain yang berlebihan akan menyebabkan arnab stress
TANDA AWAL :
-Hilang selera makan
-Tidak aktif
-Kurang mengawan dan membiak
KESAN :
-Kurus, kurang membiak dan juga boleh membawa maut
SEBAB UTAMA :
-Gangguan, bunyi bising, perubahan cuaca, perubahan persekitaran, perubahan makanan dan corak pemakanan, tiada pasangan utk mengawan
CARA MENGATASI :
-Pastikan persekitaran arnab anda selesa dan nisbah jantan:betina yang sepatutnya
KAEDAH RAWATAN :
-Ubat Anti Stress seperti Catosal atau CIB Phos
CIRIT BIRIT :
-Masalah utama yang menyumbang kepada kerugian diakibatkan kematian. Kadang kala cirit birit sebelah pagi, tak sampai malam terus mati.
TANDA AWAL :
-Hilang selera makan
-Tidak aktif
-Stress
-Najis menjadi cair, berwarna gelap dan berbau busuk
KESAN :
-Boleh membawa maut
SEBAB UTAMA :
-Perubahan / pertukaran mendadak Makanan & Minuman
-Pellet sudah berkulat atau lama/expired
-Air minuman kurang bersih atau kadar klorin terlalu tinggi
CARA MENGATASI :
-Elakkan dr memberi sayur-sayuran yang berair seperti kobis dan sawi
-Elakkan dr memberi sayuran yg bergetah seperti kangkung atau pucuk ubi
-Elakkan dr memberi sayuran yang di beli di pasar2 kerana dikhuatiri mengandungi kadar racun serangga yang tinggi
KAEDAH RAWATAN :
-Cuci bahagian punggung yg kotor dengan air bersih.
-Lap sehingga kering
-Berikan ubat cirit denga segera
-Letakkan disangkar yang berasingan
-Elakkan dr memberi pellet buat sementara waktu
-Ganti makanan dengan timoty hay atau rumput2 biasa.
-Daun jambu batu dan daun pisang juga boleh membantu.