08/03/2023
πΏ πππππ πππππ: πππππππ πππππππππππ ππππππππππ
Idea untuk menghasilkan produk RoyaleKitty Supplement bukanlah baru. Ianya bermula dengan seekor anak kucing berwarna coklat keemasan yang dipanggil Adik. Aku membelanya dari kecil dan melihat dia hampir setiap hari dirumah.
Adik adalah seekor kucing yang selalu perasan 'handsome' dengan sifat kenakalannya. Terkenal dengan sifat manjanya, dia selalu menemani aku sewaktu aku susah hati, dan tidak pernah gagal mengganggu aku sewaktu p**ang dari kerja setiap hari. Setiap jam 6 pagi dia akan mula mengejutkan aku untuk solat Subuh dan memberikannya makan. Dan setiap kali aku susah hati, aku selalu tersenyum melihat Adik kerana aku percaya bantuan Allah akan tiba ketika aku tak menjangkakannya kerana aku juga menjaga makhluk Allah yang kusayang sepenuh hati, sejujurnya.
Lazimnya sewaktu aku p**ang dari kerja, Adik akan menunggu aku di tingkap bilik dan akan mula excited melihat ketibaan aku. Tetapi pada suatu hari, aku tak melihat dia di tingkap dan mula berasa sesuatu yang tidak kena. Aku bergegas masuk ke bilik dan subhanallah aku terkejut melihat keadaan Adik. Lantai bilik penuh dengan darah dan dia duduk diam menahan sakit di tepi dinding. Aku mula panik.
Keesokannya aku terus membawa Adik ke vet berdekatan dan aku difahamkan yang adik mengalami penyakit Batu Karang (FLUTD). Adik ditahan di Vet tersebut selama 3 hari dan hanya Allah mengetahui perasaan aku ketika itu. Di tempat kerja, segala yang aku buat serba tidak mengena dan ada saja kesalahan yang aku buat. Dan ketika aku berseorangan, aku akan menangis kerana rindukan Adik.
Doktor ada memberi nasihat untuk perawatan Adik yang aku ingat sampai hari ini. Doktor ada menasihatkan aku untuk membeli sejenis BAHAN RAHSIA SEMULAJADI dan memberikan pada Adik setiap hari. Bahan rahsia itulah yang kami adunkan bersama kandungan lain RoyaleKitty Supplement. Alhamdulillah, berkat nasihat doktor dan perhatian lebih yang aku berikan pada Adik, Adik pulih dan kembali aktif seperti biasa dalam kurang dari 3 atau 4 hari.
Tapi kini segalanya telah tinggal kenangan dan Adik telahpun tiada. Adik lari dari rumah selama 3 hari dan ketika dia berjaya mencari jalan p**ang ke rumah, Adik diserang oleh anjing-anjing liar di hadapan rumah. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Hilang seekor kucing yang aku anggap sahabat sehati sejiwa sejak sekian lama.
Terima kasih atas semua kenangan indah selama ini. Dan terima kasih juga kerana menjadi inspirasi aku untuk menghasilkan produk RoyaleKitty Supplement ini. Jujur aku masih terus mendoakan sekiranya diizinkan oleh Allah, aku masih ingin bertemu dengan kau di hari kemudian untuk terakhir kali. Semoga dengan semua keikhlasan aku dan kasih sayang yang aku berikan selama ini, kau akan berdoa pada Yang Maha Esa untuk menyelamatkan aku pada hari itu nanti.
Sampai disini kisah sedih aku dengan RoyaleKitty Supplement. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada anda - Aku tak berhenti menangis sepanjang mengarang kisah sedih ini.