University Veterinary Hospital UPM

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

30/08/2024
27/08/2024
23/08/2024
16/08/2024
05 Ogos 2024, Isnin, 10.30 mlm, TV1Saksikan perihal amalan perubatan haiwan eksotik di Hospital Perubatan Veterinar, UPM...
05/08/2024

05 Ogos 2024, Isnin, 10.30 mlm, TV1
Saksikan perihal amalan perubatan haiwan eksotik di Hospital Perubatan Veterinar, UPM malam ini!

Faculty of Veterinary Medicine UPM
Universiti Putra Malaysia

Buku baru dibuka.. semoga catatan dipenuhi dengan kebaikan, insyaAllah.
06/07/2024

Buku baru dibuka.. semoga catatan dipenuhi dengan kebaikan, insyaAllah.

Beramal, Berilmu, Berbakti. Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...
16/06/2024

Beramal, Berilmu, Berbakti.
Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Program Ceriathon 2024, Fakulti Perubatan VeterinarSerdang, 24 Mei – Kumpulan pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) t...
24/05/2024

Program Ceriathon 2024, Fakulti Perubatan Veterinar

Serdang, 24 Mei – Kumpulan pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) tahun 2, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menganjurkan Program Ceriathon 2024. Program ini merupakan program tahunan yang berbentuk gotong-royong bagi membersih dan menceriakan kawasan fakulti.

Objektif lain program ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar di kalangan kumpulan pelajar tahun pengambilan yang berbeza. Ceriathon 2024 turut disertai oleh staf yang bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong dengan pelajar.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng, Dekan, FPV. Penganjur program melalui Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) turut mengambil kesempatan ini mengundang Dekan, FPV untuk merasmikan mural berkonsepkan haiwan liar berhadapan dengan Muzium Anatomi Haiwan yang telah dilukis dan dihasilkan oleh 14 orang pelajar DVP.

Selain di Blok Akademik, FPV, kumpulan pelajar terdiri daripada pelajar DVP tahun 1, tahun 2 dan tahun 4 turut bergotong-royong di kawasan Hospital Veterinar Universiti (UVH) yang melibat beberapa lokasi merangkumi Bangunan Isolasi Haiwan, Wad Haiwan Besar, Stor Makanan Haiwan Besar dan kawasan Tingkat 1, Bangunan UVH.

Faculty of Veterinary Medicine UPM

Penyertaan Pameran di Ag Tech International Expo, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, 17 – 19 Mei 2024Shah Alam, 17 ...
18/05/2024

Penyertaan Pameran di Ag Tech International Expo, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, 17 – 19 Mei 2024

Shah Alam, 17 Mei – UVH bersama 5 PTJ yang lain telah mewaklili Universiti Putra Malaysia sebagai pemamer di Ag Tech International Expo yang berlangsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam mulai 17 – 19 Mei 2024. Ekspo ini mensasarkan pemain industri dan pemegang taruh dalam bidang pertanian dan haiwan ternakan.

UVH mengambil peluang penyertaan dalam pameran ini sebagai salah satu medium meningkatkan keterlihatan UVH dengan memperkenalkan UVH kepada komuniti dan industri di mana UVH menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan haiwan termasuk haiwan ladang dan ternakan.

Jom ramai-ramai ke booth UVH!

Faculty of Veterinary Medicine UPMUniversiti Putra Malaysia

Jemputan ke Sesi Taklimat Rawatan K9 dan Ubat-Ubatan K9 daripada Polis Di Raja MalaysiaKuala Lumpur, 16 Mei – 2 orang Pe...
18/05/2024

Jemputan ke Sesi Taklimat Rawatan K9 dan Ubat-Ubatan K9 daripada Polis Di Raja Malaysia

Kuala Lumpur, 16 Mei – 2 orang Pegawai Veterinar dan seorang Penolong Pegawai Veterinar telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan rawatan dan ubat-ubatan K9 bagi membantu melancarkan operasi harian Unit K9 (D6B), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dalam pengendalian kesihatan anjing pengesan di unit ini.

Sesi taklimat ini merupakan salah satu pengisian slot bagi Kursus Ketua Seksyen Siri 1/2024 Unit K9 (D6B) Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah yang disertai oleh 30 orang peserta berlangsung di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Taklimat program telah disampaikan oleh Dr. Nor-Alimah Rahman, Pengurus UVH, Dr. Siti Sarismahanim Ismail dan Dr. Wirdatul Nazira Zahri, Pegawai Perancang Operasi dengan dibantu oleh Puan Hasina Behgam Haja Mohideen, Penolong Pegawai Veterinar Kanan.

Faculty of Veterinary Medicine UPM

Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPMSerdang, 10 Mei – Mengambil pendekatan seiring dengan pelan Kemente...
18/05/2024

Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM

Serdang, 10 Mei – Mengambil pendekatan seiring dengan pelan Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Farmasi) melalui Program Kenali Ubat Anda bagi menggalakkan penggunaan ubat secara berkualiti, UVH turut mengambil pendekatan yang sama dengan menganjurkan Program Kenali Ubat bersama Pegawai Veterinar bertempat di Bilik Mesyuarat, UVH. Sebagai permulaan,seramai 4 orang anggota polis daripada Unit Anjing Pengesan PDRM (KLIA) salah satu pemegang taruh UVH diundang bagi menyertai program ini.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran pemilik haiwan tentang tatacara penggunaan ubat secara berkualiti dan menyediakan maklumat berkaitan dengan isu kesihatan dan ubat kepada pemilik haiwan. Melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan ubat secara bijak, sesuai, selamat dan kos efektif ke arah menghasilkan kesihatan haiwan (health outcome) yang lebih baik dikalangan pesakit UVH.

Taklimat program telah disampaikan oleh Dr. Siti Sarismahanim Ismail dan Dr. Wirdatul Nazira Zahri, Pegawai Perancang Operasi dengan dibantu oleh Puan Hasina Behgam Haja Mohideen, Penolong Pegawai Veterinar Kanan.

Faculty of Veterinary Medicine UPM

Lawatan Sambil Belajar dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Serdang, 9 M...
11/05/2024

Lawatan Sambil Belajar dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Serdang, 9 Mei – UVH telah menerima 60 orang pelawat yang terdiri daripada 58 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang mengambil kursus ASH 25203, Animal Behaviour and Welfare mengenai kaitan tingkah laku haiwan dalam kurungan dan isu kebajikan yang berkaitan dengan struktur dan fungsi anatomoi haiwan tersebut.

Faculty of Veterinary Medicine UPM

Perbincangan bagi Cadangan Mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UPM dengan Royal Terengganu Endurance Stab...
10/05/2024

Perbincangan bagi Cadangan Mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UPM dengan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES)

Kuala Terengganu, 9 Mei – Sesi perbincangan bagi cadangan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UPM dengan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) telah diadakan di Pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Istana Syarqiyyah. Delegasi UPM telah diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan, Timbalan Dekan Hospital Veterinar yang telah membentangkan cadangan mengadakan MoU berkenaan kepada YBrs. Encik Abdul Hakim bin Abdullah, Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Terengganu.

Cadangan MoU ini bertujuan untuk memperkukuhkan kolaborasi sedia ada yang telah terjalin sejak sekian lamanya melalui bidang kerjasama yang merangkumi penasihatan dalam kesihatan dan latihan ekuin, pemeriksaan kesihatan dan rawatan veterinar, pengajaran dan pembelajaran pelajar Doktor Perubatan Veterinar, penyelidikan serta latihan dan kursus bagi doktor veterinar yang mengamalkan amalan ekuin khususnya. Beberapa cadangan siri program lain turut dibincangkan.

Faculty of Veterinary Medicine UPM
Universiti Putra Malaysia

Kunjungan Khas Naib YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah UPM ke Hospital Veterinar Universit...
10/05/2024

Kunjungan Khas Naib YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah UPM ke Hospital Veterinar Universiti (UVH) & Animal Research Facility (ARF), Fakulti Perubatan Veterinar

Serdang, 6 Mei – Ahli Lembaga Pengarah UPM, YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz dan kumpulan penyelidikan beliau, telah berbesar hati mengadakan kunjungan khas ke Fakulti Perubatan Veterinar. Kunjungan bermula di ARF dimana beliau ingin melihat sendiri fasiliti penyelidikan yang terdapat di situ dan telah diberikan penerangan tentang pengoperasian ARF berkaitan dengan pengendalian haiwan yang menyokong aktiviti penyelidikan.

Sebagai sebuah entiti yang terbesar di sektor awam yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kepada haiwan, UVH turut manarik minat beliau untuk dilawati. Pihak pengurusan fakulti mengambil peluang ini untuk memperkenalkan UVH kepada beliau. Kunjungan ini telah memberikan pendedahan kepada beliau tentang potensi besar UVH dan ARF yang beroperasi dengan kapasiti fasiliti sedia ada yang boleh ditambahbaik serta diperkembangkan untuk kesejahteraan rakyat.

Kunjungan ini juga merupakan agenda serampang dua mata yang menjadi medium kepada beliau untuk turun padang bagi mempelajari dan memahami cabaran yang dihadapi di peringkat operasi di UPM.

Faculty of Veterinary Medicine UPM
Universiti Putra Malaysia

Sesi Perjumpaan dengan Timbalan Dekan Hospital VeterinarSerdang, 3 Mei – Buat julung kalinya satu perjumpaan di antara T...
09/05/2024

Sesi Perjumpaan dengan Timbalan Dekan Hospital Veterinar

Serdang, 3 Mei – Buat julung kalinya satu perjumpaan di antara Timbalan Dekan Hospital Veterinar (TDH) lantikan baharu, YBrs. Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan dengan warga Hospital Veterinar Universiti (UVH) telah diadakan.

Di samping memperkenalkan diri beliau, sesi ini turut menjadi platform untuk mengingatkan warga UVH tentang peranan UVH dengan pengukuhan kepada struktur organisasi yang telah dinilai semula bagi menyokong dan dipadankan beriringan dengan inisiatif Strategic Framework UPM termasuk pelan strategik Fakulti Perubatan Veterinar 2021-2025. Perunding klinikal UVH turut diundang ke sesi perjumpaan ini.

Peluang turut diberikan kepada semua warga UVH bagi mengutarakan sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan lain-lain perkara kepada beliau. Sesi ini berlangsung dengan jayanya secara santai dan diakhir sesi ini seluruh warga UVH diraikan dengan jamuan hari raya yang berkonsepkan pot luck.


Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to University Veterinary Hospital UPM:

Videos

Share

Category