07/11/2023
Pengalaman sy bila orang hantar haiwan peliharaan tak kisah haiwan apa pun untuk boarding ditempat kami di Shieza Pets Home Boarding. Lagi² kucing yang x biasa boarding dan x s**a kena boarding.
Hantar boarding ni kucing akan stress... kenapa?
1. Meow tak kenal atau bau tempat boarding(baru)
2. Bukan tuan yg jaga @ tidak ada bau tuan dia
3. Tidak biasa dgn cage boarding @ dikurung
4. Tidak biasa bercampur @ bau kucing lain walaupun dah di kurung berasingan
5. tuan kucing tidak memberitahu kucing ada penyakit atau allergik semasa check in boarding (cth: kena beritahu sama ada meow blh @ tidak boleh kena aircond atau kipas)
6. Kucing rindu pada tuannya
Bila dah stress @ takut haiwan peliharaan akan...
1. protes @ memberontak @ panik masa boarding. cth: cari jalan nak lari... (ini punca kaki kucing akan sakit @ cedera @ luka)
2. Tak nak makan @ minum.
3. juga boleh trigger penyakit sedia ada (cth: FIP) dan boleh menyebabkan kucing jatuh sakit juga (demam, selsema, jantung dll)
4. Kucing akan jadi agresif dan garang.
5. Akan banyak habiskan tido dalam cat litter. Dimana cat litter ni diorang akan rasa lebih selamat. Ini sebab kucing akan balik dgn bau busuk.
Itu setengah org prefer pet sitting kerana x nak kucing dia stress.
Ini apa pengalaman kami buat boarding servis dan pet sitting.
Lagi satu tpt boarding tak akan mandikan kucing kalo owner tak suruh mandi kecuali owner minta servis mandikan kucing dia. Baru pihak boarding akan buat.
tips:
bawa lah baju bau badan (baju yg x basuh) kita supaya kucing akan tenang dan hilang rasa rindu pada tuan.
Tolong jangan bawa kucing boarding kalo baru vaksin kerana kucing lepas vaksin bawah 14 hari adalah berisiko tinggi. Sesiapa nak bawa boarding juga sila boarding di vet (ini lebih selamat) atau kena terima t&c pihak boarding. Ini juga termasuk kucing yang berpenyakit.
Dalam masa kita sebagai penjaga jgn salah terus pada boarding servis. Kadang kita sendiri tersalah pandang semua. Dan pihak boarding pun sentiasa kena alert bila kucing customer mula tidak tunjuk sihat.
Ikhlas
Shieza Pets Services