27/07/2023
Teksi Haiwan Malaysia
Selangor: "Saya pernah hantar seekor kucing berharga RM15,000 kepada pelanggan dari Kelantan ke Kuala Lumpur tahun lalu.
"Kucing baka British Short Hair ini adalah paling mahal daripada 1,150 kucing yang pernah saya hantar kepada pelanggan," kata Fahmin Asyraf.
Fahmin adalah pengusaha teksi haiwan peliharaan beroperasi di negeri selangor yang diusahakannya sejak July 2020.
Selain kucing, dia turut membuat penghantaran haiwan peliharaan lain seperti ular (saiz kecil), ikan perhiasan, hamster, arnab, kura-kura, burung dan ayam (serama, kampung serta selasih) ke seluruh Malaysia kecuali Sabah & Sarawak.
Katanya, caj penghantaran kucing paling mahal berbanding haiwan lain kerana proses penjagaan haiwan itu rumit.
"Caj penghantaran bagi seekor kucing ke Kuala Lumpur ialah RM400. Paling jauh saya hantar kucing ialah ke Johor dengan caj RM800," katanya.
Menurutnya, perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur kurang sembilan jam.
"Jika kucing membuang najis, saya perlu membersihkan sangkar dan membuang najisnya.
"Saya sangat menitikberatkan keselesaan haiwan yang hendak dihantar kepada pelanggan kerana jarak jauh dan mengambil masa lama," katanya.
Menurutnya, dia melakukan dua perjalanan penghantaran haiwan peliharaan dua kali seminggu sama ada menggunakan kereta atau kenderaan pacuan empat roda.
Setiap perjalanan, dia membawa antara lima hingga tujuh kucing.
"Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini diberikan jaminan melalui perjanjian penghantaran kurang dalam tempoh 12 jam. Ini bagi meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan disediakan.
"Sebelum memulakan penghantaran, saya memeriksa haiwan terbabit terutama kucing bagi memastikannya dalam keadaan sihat.
"Tujuannya untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi terhadap haiwan itu semasa penghantaran," katanya.
Berkongsi inisiatif kreatifnya menjalankan perniagaan itu, Fahmin berkata, ia bermula apabila perkhidmatan penghantaran kucing secara kecil-kecilan yang dilakukan di sekitar Selangor mendapat sambutan.
"Sebelum ini, saya s**a menjual kucing, ia diiklankan melalui media sosial.
"Ramai pelanggan dari luar Kelantan berminat hendak beli kucing. Sambutan menggalakkan mendorong saya menjalankan perkhidmatan teksi ini supaya penghantaran lebih meluas," katanya.
Menurutnya, perniagaan berkenaan adalah cabang kerjaya yang boleh diterokai anak muda kerana pendapatan yang baik.
"Saya bercadang mengembangkan perniagaan ini dengan membuka cawangan di seluruh Malaysia," katanya.
WhatsApp - https://teksihaiwanmalaysia.wasap.my