15/01/2022
Food for thought
~~~~~~~~~~~
SIAPAKAH BREEDER DARI KACAMATA ANDA????
Terpanggil untuk buat sedikit coretan bila terbaca komen dr En. Shuhaimi di post kak hana yg memaparkan video seekor ibu kucing yg sedang menyus**an 7 ekor anak2 yang baru berusia 5 hari.
“ KESIAN IBU KUCING NI KERING SUSU KENA NYONYOT, BAPANYA RELAX JE. SILAP SILAP TUANNYA BAGI BINI BARU, ANAK-ANAK GEMUK TUAN DAPAT RIBU RIBU!!!! MAAF SEKADAR GURAUAN😅😅“
Wow! pedasnya gurauan tuan.😞
Tak pe kak hana bersangka baik2 je, mungkin tuan kurang kefahaman tentang breeding dan perlukan penjelasan yg lebih lanjut tapi sebelum tu nak tanya beberapa soalan.
1. Siapakah Breeder2 di Malaysia dr kaca mata tuan?
Adakah pada pandangan tuan breeder2 ni makcik2 pakcik2 nenek2 atau anak2 muda kutu rayau yg sengkek tak berduit tak berilmu yg main kutip je kucing2 untuk di kawin di paksa beranak di paksa menyus**an anak2, dibiarkan dan bila dah besar and gemuk tibalah masanya utk mengutip hasil keuntungan ribuan hengget, BEGITU???
Tahukah tuan bahawa maksud breeder adalah seseorg yg mengamalkan kerjaya mengawan spesimen@baka2 terpilih dengan teliti dari baka yg sama samada dr dalam atau luar negara untuk menghasilkan semula kualiti dan ciri2 yang spesifik dan boleh ditiru secara konsisten insyaAllah.
Tahukah tuan bahawa Breeder juga adalah satu kerjaya atau cabang perniagaan. Breeder didaftarkan dibawah Kelab Kucing Malaysia dan hendaklah mengamalkan dan melaksanakannya mengikut “CODE OF ETHICS” yg ditetapkan dan bukan main belasah je.
2. Tahukah tuan berapa banyak modal yg breeder2 keluarkan untuk membeli induk2 samada dr dalam atau luar negara???
3. Tahukah tuan berapa banyak kos dan masa yg telah dikeluarkan untuk menghasilkan kitten berbaka yang berkualiti dan sihat???
4. Adakah tuan ingat kitten2 yg breeder2 serahkan yg gemuk2 pd keluarga baru tu membesar dengan sendiri dgn hanya menyusu ibu mereka tanpa sebarang penjagaan yg rapi dan susu tambahan terutama bg yang beranak ramai???
5. Tahukah tuan kitten yg baru lahir berada pada tahap immune system yang sgt rendah dan perlukan penjagaan yg sgt teliti supaya mereka boleh survive dan membesar dgn sihat??
6. Tahukah tuan berapa b*k jumlah kitten yg mati dan tak boleh survive jika si ibu melahirkan tanpa bantuan??
Sy buat calculation bodo2 :
Katakan average seekor kitten dijual dgn harga 5 riban dan diberi kpd keluarga baru pada umur 5 bulan (selalunya kitten diserahkan selepas fully vaccinated), tempoh penjagaan di tangan breeder adalah 150 hari.
So kos yg di kenakan oleh breeder hanya lah RM 33 sehari. Di situlah boarding disitulah kos makanan kos tofu kos susu kos grooming kos vaccine kos vet, kos masa yg digunakan setaip hari untuk membersihkan mereka dll. Banyak sgt ke untung breeder???? Nak tanya tuan????
Tu tak termasuk kos bawa masuk induk n maintenance induk.
Klau breeder mkn beras berharga RM 10 sekilo kucing2 ni mkn kibble yg kosnya RM 30 sekilo. Itu tak termasuk wet food la snacking food la dll.
Klau breeder guna shower foam berharga RM 20 untuk 500ml, tahu kah tuan kos syampoo mereka mencecah RM 68 untuk sebotol 350 ml.
Tahukah tuan kos utk satu tin susu kitten adalah jauh lebih mahal dr susu anak sendiri n setiap batch memerlukan at least 6 ke 7 tin???
Klau breeder selsema just mkn panadol soluble settle tapi klau kucing selsema kos rawatannya boleh cecah ratusan ringgit.
Klau tuannya berkira2 duit dlm dompet untuk beli supplement utk diri sendiri, tahukah tuan brape harga sebotol supplement yg boleh dikatakan rata2 digunakan oleh breeder2 untuk mendapatkan kualiti kitten yg baik???
Tak termasuk ubat telinga la, ubat mata la ubat kutu la ubat cacing la…………
Bohong la klau kata tiada sedikit lebihan tapi itulah upah breeder untuk membiak dan menjaga mereka semua, klau berniaga xde untung baik campak je duit tu kt secure investment n tunggu dividen setiap tahun, xpayah nak bersengkang mata nak scoop taik kucing setiap hari.
Dalam breeding ada pasang surutnya di saat MENUAI mungkin ada sedikit simpanan untuk di musim KEMARAU, tetapi kena top up modal pun menjadi perkara biasa bg kami especially klau kitten lambat di serah.
OFKOS SETIAP BREEDER MEMPUNYAI MAINTENANCE KOS, HARGA DAN MENGHASILKAN KUALITI KITTEN YG BERBEZA2.
TUAN SEBAGAI CUSTOMER TEPUK DADA JGN HANYA TANYA SELERA TETAPI SELUKLAH POKET JUGA!!!
*HARGA KITTEN = BAKA + KOS MAINTENANCE DLL + UPAH (MASA + PENAT LELAH + KOMITMEN BREEDER)
ALLAH BAGI SEEKOR KITTEN PUN KAMI JAGA, ALLAH REZEKIKAN 7 KITTEN PUN KAMI JAGA MALAH ADA YG MANDUL N TAK NAK KAWIN PUN KAMI JAGA DGN BAIK.
KUCING BUKAN SEPERTI KILANG KOSMETIK YG KAMI BOLEH RANCANGAN PENGELUARANNYA.
JADI JGNLAH DI PROVOKASI “KERING SUSU SI IBU KERANA MENYUSUKAN 7 EKOR ANAK SEDANGKAN TUANNYA MERAIH RIBU RIBU”, SEOLAH2 KEJAMNYA MANUSIA BERNAMA BREEDER!!!!
MALAH SY PERCAYA KEBANYAKKAN BREEDER2 YG KOMITED DAN TRUSTED DI LUAR SANA MENJAGA KUCING2 MEREKA LEBIH BAIK KERANA MEREKA MEMPUNYAI ILMU DAN PENGALAMAN DALAM BIDANG INI.
7. KESIAN IBU KUCING NI KERING SUSU KENA NYONYOT, BAPANYA RELAX JE. SILAP SILAP TUANNYA BAGI BINI BARU!!
Kalau manusia sekali pun di saat si isteri menyus**an bayi sy rasa si bapa dia xbuat apa2 pun silap2 tengah relax2 tengok TV atau pergi rumah bini muda MAAF SEKADAR GURAUAN itu org lain bukan tuan.
Kesilapan besar manusia selalu meletakkan dirinya sebagai kucing atau kucing itu sebagai dirinya maka mulalah menganggap yg negative semata2 sedangkan kucing Allah jadikan dgn fitrahnya yg tersendiri so jgn samakan.
Kalau manusia tempoh pregnancy adalah 9 bulan tetapi kucing betina tempoh pregnancy nya hanya 9 minggu dan selepas bersalin tempoh menyus**an yg disarankan adalah 2 tahun bagi manusia dan 2 bulan bg kucing.
Allah benarkan manusia kaum lelaki berkahwin lebih dr satu klau mampu dan tidak boleh mengawal nafsu, apatah lg si kucing yg tiada akal fikiran utk berfikir secara waras dan sememangnya nisbah yg sesuai bg seekor kucing jantan adalah empat ekor kucing betina supaya si jantan tidak stress mengunggu si betina menjalani tempoh recovery.
So apa masalahnya klau tuannya bagi bini baru???? Apa ada hal bukannya dia kena pikir mampu ke tak mampu sbb semuanya tuannya yg tanggung!!
Klau kucing jantan di biarkan stress boleh gugur bulu2 n kurus kering , sy tak passti klau si kaum lelaki stress jadi mcm mana??? Mungkin tuan ada jawapannya.
CAKAP SIANG PANDANG2 DAN CKP MALAM DENGAR2, JGN SAMPAI MENGGURIS HATI ORANG LAIN
KERANA BREEDER BERDAFTAR DAN BER ETIKA BUKAN HANYA MEMILIH UNTUK MEMBIAKKAN BAKA2 TERPILIH MENGIKUT KATEGORI DAN KUALITI YG DI KEHENDAKI UNTUK DIKELUARKAN.
SAMA SEPERTI BISNES2 LAIN, BREEDER MEMBERI PELUANG UNTUK MASYARAKAT DILUAR SANA MEMILIKI BINATANG KESAYANGAN RASULULLAH INI DARI BAKA2 TERPILIH DENGAN HARGA YG LEBIH MURAH BERBANDING YG DI IMPORT DIRECT DR NEGERA ASAL MEREKA.
YOU GET WHAT YOU PAY!!
KLAU TUAN RASA BISNES INI SGT MUDAH N HASILNYA BEGITU SENANG UNTUK MENDAPAT RIBUAN HENGGET YG DINYATAKAN…. APA KATA TUAN BELI DAN BREEDKAN…. ENJOY YOUR MOMENT SEBAGAI BREEDER!!!
Akhir skali mohon maaf dr saya klau coretan ini mengguris hati mana2 pihak, tiada lain niat sy hanya ingin membetulkan persepsi sesetengah masyarakat terhadap manusia yg bergelar CAT BREEDER!!!
Wassalam dr saya,
NORHANA BRITSIH SHORTHAIR.