BondaKu

BondaKu khaki Campbell breeder. supplying duck eggs n salted eggs

Ikan oh ikan....kenapa engko timbol!!?Macam mana aku tak timbol...peghot aku lapoorrr!!!๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
31/07/2024

Ikan oh ikan....kenapa engko timbol!!?

Macam mana aku tak timbol...peghot aku lapoorrr!!!๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Berkah Subuh. Semoga hari ini Allah bukakan pintu rezeki seluasยฒnya untuk kita, sihat dan bahagia dunia akhirat. Aamiin ...
08/06/2024

Berkah Subuh.
Semoga hari ini Allah bukakan pintu rezeki seluasยฒnya untuk kita, sihat dan bahagia dunia akhirat. Aamiin ๐Ÿคฒ

Salam sayyidul ayyam. Sobahul khair๐Ÿฅฐ
16/05/2024

Salam sayyidul ayyam. Sobahul khair๐Ÿฅฐ

14/04/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฃูŽูŠู‘ููˆุจูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุชู’ุจูŽุนูŽู‡ู ุณูุชู‘ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุดูŽูˆู‘ูŽุงู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.โ€ (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Menurut Imam Nawawi: โ€œGanjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulanโ€.

4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.

5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: โ€œYang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutabaโ€˜ah (puasa yang mengiringi).โ€

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.

Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan). Bangunkan Jiwa Taqwa.







14hb April 2024
05hb Syawal 1445H

10/12/2023

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan p**a menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan p**ang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci.

Begitulah.

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- The Tazkirah Iman -

Copy paste. Tq

Bismillahirahmanirrahiim... Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah bonda Hjh Kamariah Musa , kekanda2 Hjh...
05/12/2023

Bismillahirahmanirrahiim... Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah bonda Hjh Kamariah Musa , kekanda2 Hjh Rozi Atan , Hjh Aishah Ahmad Abdul Karim dan anakanda Siti Hajar Fadhlon dh selamat sampai Kaherah, Mesir. Sesi pembelajaran telah bermula. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di sana.

"Ya Allah... Panggil aku untuk sampai ke sana, di dalam majlis ilmu se begini๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ, berkati rezeki kami Ya Allah"

Address

Kampung Balun
Slim River

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BondaKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BondaKu:

Share

Category