Gapis Tani Nursery

Gapis Tani Nursery Nurseri Bandar. Baja Organik dan Perawatan Tanah ProgroG Organik.

27/01/2022

PHILODENDRON NANGARITENSE
Philodendron Nangaritense ini berasal dari sebuah lembah bernama Rio Nangaritza di Selatan Equador.
Pokok ini mempunyai daun hijau berbentuk jantung. Permukaan atas yang berkilat dan di bawah bewarna 'matte' p**a. Batang pokok ini berbulu sedikit, beza dengan jenis Philodendron lain yang lebih licin.
Cuaca dari tempat asal yng hampir sama dengan cuaca di Malaysia membolehkan pokok ini juga hidup subur di sini.

Selain dari Philodendron lain seperti Mamei, Gloriosum, Sodiroi dan yang lain, ada banyak varieti lagi bagi lengkapkan koleksi jenis ini.
Saiz daun pokok sebegini boleh membesar sehingga 30cm dan menjalar naik dengan sokongan pada batangnya.

Untuk penjagaan pokok ini boleh digunakan campuran media seperti coco chip, arang, perlite, serta pumice stone sama. Jika mahu digunakan pine bark sebagai campuran tambahan juga boleh digunakan sama.

Media tanaman perlu poros, dan tidak menakung air. Di habitat asal ia tumbuh ditepian sungai. Akar pokok ini gemar membalut di sekeliling bahan yang pejal dan Organik.
Arang, ketulan sabut kelapa boleh digunakan sama.
Suhu terbaik adalah di antara 12.75°C – 26°C (55°- 80°F). Ini bagi mereka yang menanam di dalam rumah di negara yang ada 4 musim, di negara ini cuaca Tropika yang sama seperti kita di Malaysia ia membolehkan adaptasi sama seperti di negara asal.
Di habitat asal ia bernaung di bawah pokok lain, dan banyak ditemukan berhampiran dengan sungai sama.

PENCAHAYAAN

Pokok ini lebih s**akan redup dan lindungan. Ia juga s**akan humiditi tinggi lebih dari 60%.
Walau diletak di tempat kurang cahaya, pokok ini boleh hidup dengan subur. Ia memerlukan 70% ke 85% cahaya bertapis, bukan secara langsung pada cahaya matahari.
PENYIRAMAN
Air perlu pada semua tanaman. Termasuk Philodendron Nangaritense ini. Cuma ia s**a kelembapan bukan air yag bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan reput akar.
Dalam cuaca yang kering selang sehari siraman memadai, dan sewaktu musim hujan tidak diperlukan penyiraman lagi.
PEMBAJAAN
Gunakan baja yang tinggi kandungan Nitrogen baik untuk pokok ini. Baja Organik juga boleh digunakan seperti Vermicompost, Tinja Haiwan yang sudah dirawat atau gunakan Osmocote pada pokok ini jika ditanam di dalam pasu.
Pembajaan berkala 4 ke 6 minggu sekali, sesuai untuk tanaman ini insyaAllah.


LIME AIDE COLOCASIAPokok stabil, anak pokok tersedia umtuk terima pinangan.Ada yang nak merisik boleh www.wasap.my/+6012...
31/12/2021

LIME AIDE COLOCASIA
Pokok stabil, anak pokok tersedia umtuk terima pinangan.
Ada yang nak merisik boleh www.wasap.my/+60127291468/limeaide

Terima kasih sama ya.

26/12/2021

ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah apa atur urusan Allah sama berikan. Kesihatan baik, permudah urusan itu lorong Allah atur berikan.

Lebih seminggu sejak banjir besar di beberapa negeri, lokasi. Ada kawan ada sedara turut sama terkesan dengan bencana.

Masih ramai lagi sedang gerak turun membantu di lapangan. Proses ini pasti seminggu dua lagi mungkin baru nak teratur selesai.
Terharu hati lihat ramai yang tanpa kira masa, tenaga dan wang, turun padang menghulur bantuan. Ia usaha baik, moga kebaikkan lipat ganda sama Allah atur berikan.

Kita doakan agar ramai yang terkesan dapat bantuan, dan segera dapat pulihkan kehidupan, perniagaan dan Allah beri ganti rezeki lebih baik lagi insyaAllah.
Kerja pembersihan bukan mudah, ia perlu sama ramai termasuk pihak Majlis dan Bandaraya segera kan memberi bantu. Kawasan yang penuh dengan sampah sarap perlu dibersihkan.
Infrastruktur jalan, elektrik, air dan juga infra telekomunikasi perlu jadi keutamaan untu di pulih betulkan keadaan.
2021 ini kita harung teruk bersama dengan Pandemik Covid19. Harung lagi dengan banjir besar hungga ada lgi kawasan masih belum surut sepenuhnya.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, kepada Allah berserah pasrah pohon kebaikkan dan bantuanNya.
Satu yang sangat Terharu lihat semua masyarakat tak kira bangsa, agama sama gembleng tangan usaha membantu semua mangsa.
Berkonvoi, solo pun ada bawa sampan bantu mereka yang terkepung mengharap simpati pertolongan.
Rakyat negara ini memang terbaik, bila ada bencana begini lekas deras turun bersama tanpa tapi, tanpa henti.
Moga kali ini jadi besar pengajar an untuk kita bersiap siaga, dalam keadaan sama akan datang.
Mana kelemahan sama betulkan, mana yang baik tambah baikkan.

The real heroes are rakyat untuk rakyat.







Post Asal dari BFM
https://www.facebook.com/27588322041/posts/10160025924457042/

12/12/2021

10 KELEBIHAN MENGGUNAKAN CUKA MAKAN UNTUK TANAMAN
Cuka adalah 'Acetic Acid'. Benda yang ada di rumah, tak mahal p**a.

Bila kita sebut Cuka ia, merujuk kepada Cuka Makan. Cuka yang kandungan kepekatan sekitar 5%. (Cuka Kayu dos berbeza juga kebanyakkan cara ini boleh sama digunakan**).
Bolehkah cuka makan ini digunakan sebagai BAJA? Jawapannya Ya dan Tidak.

Ia, tidak boleh langsung terus digunakan, pada tanaman kerana ia mengandungi unsur Karbon Hidrogen dan Oksigen. CH33OOH unsur kimianya.
Tumbuhan mudah, mendapatkan, unsur ini di udara, persekitaran sama.
Ya secara tidak langsung ia boleh membantu bawa manfaat kepada tanaman dengan teknik berikut.
Jom lihat 10 kebaikkan menggunakan Cuka Makan ini pada tanaman.
No 1.
TURUNKAN PH MEDIA & TANAH
Membantu menurunkan tahap PH tanah. Bagi tanaman yang s**a tanah PH rendah, atau berasid seperti Bunga Siti Zubaidah atau nama Omputehnya Hydrangeas, Ros, Bunga Raya, Rasberry, Blckberry dan lain-lain pokok.
Pokok-pokok ini memerlukan PH rendah untuk mereka lebih subur, lebih berbunga sama. Mula-mula kita perlukan PH tester. Jika selepas diguna alat penyukat PH, dan tanah adalah neutral atau alkali, maka ia perlu di rawat tanah ini terlebih dahulu agar pebih berasid, lebih masam.
Campurkan satu sudu kecil dengan 1 litre air. Siram pada pokok setiap 15 hari untuk mengurangkan PH tanah.

No 2. KAWALAN SERANGGA & RACUN ORGANIK.

Sebagai kawalan serangga dan semburan racun Organik. Cuka Makan ini adaah bahan terbaik untuk mengawal makhluk perosak. Untuk gunakan ia, masukkan 1 cawan Cuka Makan dengan 1 liter air.
Kemudian campurkan dalam 10 titis sabun pencuci pinggan. Goncang agar ia bercampur tiga bahan ini dan sedia untuk disembur kepada pokok-pokok kita.
Ramuan ini baik untuk mengatasi masalah 'White Fly' Lalat Putih dan 'Mealy Bugs'. Ini baik terutama buat mereka yang tiada 'Neem Oil'. Neem Oil ini adalah Minyak Daun Semambu.
No 3. ATASI MASALAH FUNGUS.
Untuk mengatasi masalah kulat, fungus berbentuk serbuk 'Mildew' pada daun.
Campurkan secawan Cuka ini kepada 1 litre air. Goncang dan semburkan, pada daun dijangkiti fungus.
No 4 HALAU HAIWAN PEROSAK.

Sebagai bahan untuk menghalau tikus dan haiwan perosak tanaman. Bau yang kuat pada Cuka ini tidak dis**ai kucing, anjing, rusa dan tupai. Cuka Kayu juga digunakan sama untuk ini.

Bagaimana cara menggunakan Cuka untuk tujuan ini.
Cara mudah adalah basahkan perca kain dengan Cuka ini, letakkan p**a di sudut dan tempat haiwan ini biasa mereka datang ke laman dan pokok-pokok.
Cuma bau ini akan hilang dalam sehari maka perlu diulang buat harian untuk tujuan ini.
Selain dari cara ini, boleh juga digunakan 'Diatomaceous Earth' atau nama singkatnya DE.
Campurkan Cuka Makan dengan pudina dan minyak lemon, campurkan 3 bahan atas digaul dengan DE. Ini akan bertahan lebih lama.

No 5. KAWAL SIPUT
Mengawal lintah bulan dan siput babi di kebun kita. Sembur terus pada mereka, dan lihat apa berlaku pada Siput ini nanti.
No 6
Mengawal semut. Cuka Makan, boleh digunakan untuk mengusir semut-semut dari laman tanaman kita. Tuangkan Cuka Makan tanpa perlu cairkan ia, ke sarang dan lubang semut.
Jika ingin dituang ia bukan di dalam pasu, ia dituangkan di sekeliling pokok, bukan di dalam pasu atau hampir pada akar pokok-pokok p**a.
No 7. RUMPUT LIAR
Untuk mengawal dan membunuh rumput liar di kawasan rumah. Tanpa perlu cairkan, sembur kepada rumput-rumput ini.
InsyaAllah sangat berkesan terutama yang tumbuh dicelah batu, lantai dan di kawasan s**ar di buang rumput, pokok liar.
No 8 HINDAR LALAT BUAH
Menghindarkan Lalat Buah dari tanaman kita. Kita perlu membuat umpan Cuka untuk Lalat Buah. Campurkan satu cawan air dengan setengah cawan Cuka Makan. Suku cawan gula dan satu sudu Madu.
Campurkan sebatian, ini dan masukkan ke dalam bekas atau tin.

Gantung bekas atau tin ini ke pokok yang menghadapi masalah lalat buah. Solusi ini juga boleh digunakan untuk kawalan lalat yang biasa ada di dalam rumah sama.
No 9 CUCI ALAT KEBUN.
Juga boleh digunakan untuk mencuci peralatan kebun yang sudah berkarat. Masukkan dan rendam dengan Cuka selama 20 minit.
Juga boleh digunakan dengan kepekatan 1:2 1:3 bahagian Cuka, dengan air.
10. Kalsium Segera
Untuk memberikan nutrisi Kalsium pada tanaman. Pokok yang menghidap Blossom End Root (BER). Reput Hujung Akar.
Kebiasaan ini berlaku pada tanaman pokok Tomato dan Cili Benggala.
Untuk mengatasi masalah ini dapatkan serbuk kapur, kulit telur, campurkan dengan Cuka Makan. Kemudian tambahkan air. Jirus sebatian ini pada pokok anda.
Like dan share. Selamat berkebun.
Link asal di komen pertama.



AFTA BENEFIGS SG TENGIDalam perjalanan ke KL, kami singgah seketika ke temu tuan muda Ude Mohamad Hafidz Arifin. Lama da...
11/12/2021

AFTA BENEFIGS SG TENGI

Dalam perjalanan ke KL, kami singgah seketika ke temu tuan muda Ude Mohamad Hafidz Arifin.

Lama dah lebih setahun rak jumpa. Eh anak, sedara Puan Guru Ainon Mohd ni. Kecil dunia pusing-pusing jumpa kembali ada hubungan sama.

Hari ini singgah lihat, jamu mata tengok projek tanaman pokok Tin di sini. Bagi yang di Klang Valley jika ada nak order buah tin SEGAR, atau yang di luar kawasan negeri lain pun boleh sama diaturkan selepas ini insyaAllah.
Eh nak perlajak mai ziarah tengok sendiri pun boleh aihhh. Habaq mai awai kalau bak ke sini. Tadi pun ada 2 orang pelawat tamu dari Kelana Jaya. Satu famili pun menyusul sama dari Cheras ke ladang pokok Tin di sini.
Pokok Tin pokok yang berbuah tanpa kira musim. Ia berbuah banyak jika ikut aturan SOP dan pembajaannya sama.
Sini insyaAllah ada volume dan bekalan buah senantiasa ada. Harga sepaket pun mampu milik. Nak yang kering atau bentuk teh daun Tin pun ada sama dijual di sini.
Cuma yang Pak, Long bak maklum bagi yang nak mencari abak pokok Tin yang dah matabg dan stabil pokok-pokoknya. Eh ada bak jual beberapa pokok. Siap sekali raga. Kalau ke KL/Selangor Ipoh boleh takat 4, 5 pokok kami hantarkan.

POKOK TIN MENCARI RUMAH BARUSahabat kami ini pengusaha kebun Tin. Asal mula kenal jumpa di Janda Baik tahun 2019. Esok a...
10/12/2021

POKOK TIN MENCARI RUMAH BARU
Sahabat kami ini pengusaha kebun Tin. Asal mula kenal jumpa di Janda Baik tahun 2019.
Esok atau lusa jika ada kelapangan boleh singgah ke kebun ini di Sungai Tengi. Sungai Tengi ini pun pernah ke sana sekali.
Cuma semenjak dua menjak ini lama tak dapat ke sana. Lama tak dapat pergi ziarah kebun Ude Mohamad Hafidz Arifin .
Bagi sahabat-sahabat di KL Selangor, mana yang berminat nak dapatkan pokok yang dah stabil, ada yang dah berbuah, boleh hubungi beliau sama nanti insyaAllah.
Nanti bila berbuah boleh makan berulang-ulang, pokok Tun berbuah sepanjang tahun dan bukan pokok bermusim seperti durian.
Jika tak silap ini jenis Matsui Dauphine. Buah warna merah padu dan manis sama.
Jika ikut aturannya insyaAllah srnang jaga dan berbuah senantiasa. Ikut jaga aturan pembajaan 4 bulan insyaAllah berbuah sama.
Jika nak lihat di Muallim Hortigard & Nursery milik abg Hishamuddin Othman dan sahabat-sahabat beliau pun ada RPH (Rumah Pelindung Hujan) pokok Tin dan Anggur. Anggur baru ja lepas Prunning, pucuk baru dah mula keluar sekarang.
Cuma tunggu masa untuk kembali keluar daun baru, dan anggur pelbagai jenis ini insyaAllah sama, jadi tarikan di Daerah Muallim dan Slim River Perak ini.
Anggur insyaAllah selepas Raya tahun depan akan berbuah, pokok-pokok Tin p**a rasa Mac nanti akan berbuah musim kedua di Slim River sama.
Sabtu Ahad jemput singgah nanti. Kurang sejam jika dari KL, datang tengok pilih mana pokok, bawa p**ang ke rumah nanti. Boleh wasap call dia terus nanti.




JAMU MATA DI IPOHLepas drive dari Penang, stop RnR di Ipoh seketika. Tempat wajib singgah setiap kapi mai turun Ipoh.  Z...
08/12/2021

JAMU MATA DI IPOH

Lepas drive dari Penang, stop RnR di Ipoh seketika.

Tempat wajib singgah setiap kapi mai turun Ipoh. Ziarah sama sahabat sorang di sini, yang tekun gigih usaha bercucuk tanam. Bukan buat Bendang nar. 🤣🤣

Sini juga tempat kami eksperimentasi baja sama. Ujtuk makluman tuan muda Chairman Shafrick Yusof dan tuan Aji Pelangi Desa juga ya.
Setakat ini nampak memberangsankan sama. Bagi ynag nak pesan cuba boleh lihat di komen pertama sama nanti ya.
Pk Long lelap mata sat, sebelum Lohoq. 🌿

Video last untuk tatapan Mak, Ngah, tapi kena tag Pak Ngah Darwis Jamil dulu, untuk lihat sama Nurseri kecil begini.

02/12/2021

6 KELEBIHAN KUNYIT UNTUK TANAMAN

1. MENGHALAU SEMUT
2. MENGELAK SERANGGA, FUNGUS DI DALAM TANAH
3. MEMBAIKI LUKA PADA KERATAN POKOK

4. MENCEGAH 'DIE BACK' SAKIT PADA POKOK BUNGA ROS

5. SEBAGAI PENGGALAK AKAR

6. UNTUK MENGELAK SERANGGA PEROSAK DAN FUNGUS KULAT MENYERANG TANAMAN

Cuma terbaik untuk kawalan Organik adalah Minyak Neem, atau di negara ini kita ia dipanggil Daun Semambu.

Rawatan untuk 'Powdery Mildew', campuran serbuk kunyit, susu dan cuka makan.
Apa remedi perlu cuba pada satu dua daun dahulu untuk lihat keberkesanan dan tindak balas pada remedi Organik di buat ini.
Baja PROGRO-G ini ada ramuan Kek Neem sama untuk menguatkan tanaman kesayangan.





Cuba nanti sama insyaAllah.

DAH BERTUNAS UBI DARK FORMCari tupperware dulu unruk semai ubi-ubi ini nanti.  Biasa untuk ubi begini kami gunakan Perli...
01/12/2021

DAH BERTUNAS UBI DARK FORM

Cari tupperware dulu unruk semai ubi-ubi ini nanti. Biasa untuk ubi begini kami gunakan Perlite sebagai media.

JENIS INI ADA, BANYAK JENISSimpan di wall page untuk rujukan nanti sama insyaAllah.Oh my Anthuriums...
29/11/2021

JENIS INI ADA, BANYAK JENIS

Simpan di wall page untuk rujukan nanti sama insyaAllah.
Oh my Anthuriums...

17/11/2021

INPUT ORGANIK UNTUK SEMUA TANAMAN 5gm SAHAJA
KAMPUNG SUNGAI LINAU

Bersama tuan Zaki dan CEO Probumi tuan abg Azman Hamzah. 4 ke 4 hari. sejak dimasukkan baja ini "Cepat sedikit lonjak, cepat NAIK" katq abg Zaki.
HANYA 5gm sepokok. 5 gram sahaja untuk anak-anak pokok saiz ini.
InsyaAllah selepas ini DARI AWAL menanam HST1, akan masukkan sama.

Pengusaha tanaman sayur, timun, petola dan juga kacang panjang di sini.
Seminggu sejak HST1, baru di letak ini, Alhamdulillah ada berbeza perkembangan tanaman.
Jika dari awal diletak, mungkin insyaAllah berbeza tahap naik tanaman ini.
Selepas ini akan gunakan sama , juga cuma ini jenis semburan p**a.
5gm sepokok sahaja untuk s**atan , kesan pada tanaman dan kos input insyaAllah dapat sama diturunkan.
Ada sahabat di kawasan Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, boleh jika mahu mulakan menggunakan Input Tani dari .
Kita bantu sama aturkan gunakan produk Organik untuk apa tanaman yang diusahakan insyaAllah.
Maklumat lanjut wasap dan PM Pak Long Asrul Husni Hussain nanti ya. 😊🌿




04 Oktober Servis Kuda Perang. Varu perasan kena servis balik dah 17 Nov. Banyak jalan Oktober dan November 2021

insyaAllah

28/08/2021

RASBERRY HIMBREEN

15 pokok sahaja tinggal lagi dari 25 yang tiba.
Bagi yang nak order pesan boleh www.wasap.my/0127291468/Himbreen

Terima kasih sama.


18/07/2021

CARA TANAM RASBERRY, BLACKBERRY & BLUEBERRY DI DALAM BEKAS BESAR

Nak cari pasu mahal sikit, nampak gaya sama ada Polibeg saiz 26x26, Raga atau Tong Sampah Hitam.
Nak guna kotak polisterin besar putih yang biasa jumpa di market pun boleh insyaAllah, cuba tebuk sama untuk pengaliran air.
Berries ini memerlukan tana yang asidik banding tanaman lain, antara cara untuk jadikan tanah lebih asidik adalah dengan campurkan sedikit belerang.
Kompos dan daun kering juga, dis**ai oleh Berries ini.
Topi Eksperimen pakai dulu nanti, nak kena pilih pokok mana nak dijadikan bahan uji kaji nanti. 😊🌱


06/07/2021

🍒POKOK SWEET CHERRY🍒

Prunus Avium adalah 'Sweet Cherry' ceri manis dan Prunus Cerasus adalah 'Sour Cherry', ceri masam. Ceri masam ini digunakan untuk masakan biasanya.
Terdapat juga Prunus Tomentosa, bush cherry. Jenis merimbun. Prunus Serotina, Cherry Hitam dan beberapa pecahan lagi.
Ceri merah yang biasa kita lihat terjual di pasaran ada dari beberapa kultivar berbeza. Di tanam di serata dunia, Australia, Eropah, US, Turkey, Iran, Japan dan China.
Ada pokok Ceri yang boleh mencecah ketinggian melebihi 12 meter.
Ada yang hanya setinggi 1.5 meter. Pokok Ceri ini pengeluaran terbesar adalah di Turki, dan diikuti negara Amerika Syarikat, dan Iran pengeluar ketiga dunia.
Sweet Cherry ini adalah di dalam keluarga Rosaceae, sama keluarga juga dengan pokok bunga Ros.
Walaupun ia banyak ditanam di negara 4 musim.
Ia juga sudah boleh ditanam di negara kita. Anak pokok Sweet Cherry ini memerlukan sedikit penjagaan berbeza banding dengan Rasberry atau Blackberry.

Ada yang pinta cara membuahkan pokok ceri di FB, lihat pokok Ceri yang lebih 2 tahun ditanam sudah besar afiat subur pokoknya. Namun hingga kini masih belum berbuah.
Setelah ditanya sahabat yang lebih ariff, antara perkara penting perlu dibuat adalah gunakan Boron untuk membuahkan pokok ini.
Namun penting sebelum, disembur Boron perlu 'Prunning Total' dan dibuang daun-daun pokok Ceri. Botakkan. 😊🌿
Sama seperti teknik untuk membuahkan pokok anggur yang ditanam. Mulberry, Anggur, Ceri, dan juga pokok pisang kaki atau Persimmon juga teknik sama untuk menghasilkan buah nanti.
Oh sebelum terlupa pastikan daun agak kering baru dibuangkan semua daunnya.

Bila sudah nampak putik bunga baru difoliarkan dengan Boron.
Lihat juga di YouTube tadi, penanam komersial di Australia hanya membiarkan pokok ini rendah sahaja untuk memudahkan ia dipetik.
Lihat video di bawah ini, 20,000 pokok di kawasan 50 hektar dengan 38 jenis varieti di tanam di Timur Melbourne.
Yara Valley Cherries nama kebun Cherry.
Cherry Lapinis antara yang dicadang untuk ditanam, Pokok dipotong rendah dan dibiarkan setakat 2 meter sahaja.
Hanya tinja ayam digunakan di pokok-pokok ini, baja Organik adalah lebih sesuai. Sama seperti Baja Ikan dan Baja Thai sama, baja Organik dua-dua baik sama untuk digunakan.
https://youtu.be/y4KEU1tSmoI
Apapun insyaAllah nanti dalam list pokok yang akan ditanam, berperingkat di dalam pasu tepi rumah adalah pokok Sweet Red Cherry, Rasberry, Blackberry, Plum, Apricot, Persimmon, Pear dan Peach. Setakat ini baru mulakan tanam beberapa jenis anggur seperti Jupiter, Faith, Baikonor, Isabella, Veles. Pokok Blackberry baru ada satu jenis Black Gem Thornless.
Semua ini ada anak-anak pokok yang boleh dipesan bagi yang berhajat mahu mendapatkannya nanti. Pokok Ceri tidak perlukan air yang banyak. Memadai sahaja terima air sehari sekali, dan panas lebih pokok ini s**akan sama.
Seminggu sekali aturan foliar Baja Thai dikekalkan selain baja ikan atur sebulan sekali. Rajin juruih sama baja AB waktu siraman pokok-pokok anggot.

VINCAVinca ini dah 2 hari layu. Ayaq siram sikit cam biasa, yang lain ok segar bugar. Tak pasti kenapa.  Keluarkan.  Pan...
06/07/2021

VINCA

Vinca ini dah 2 hari layu. Ayaq siram sikit cam biasa, yang lain ok segar bugar.

Tak pasti kenapa. Keluarkan. Pangkas. tukar pot lain, tukar tanah lain sama.

Akar basuh dulu, rawat rendam dengan Acid Fuvic, , B1 sikit, Baja Thai sikit.
Tak naik balik, pak long tukar pokok lain lepas seminggu 😂😂🌿😂😂
Tak mahir ehwal Vinca. K*t dia mau hidup, hiduplah. Lama jadi anak tiri, ini jadinya. Baru dok belai adik beradik lain sama.
Hujan hari ini, lega tqk perlu siram pokok. Allahumma Nafingan Soyyibban. Tunggu pakar Vinca mai komen sat gi. 🌺🌺🌺 😀 🌺🌺🌺

04/07/2021

ASIAN BABY PEAR
Buah pear kecil comel lote. Berbunga sudah anak-anak pokok yang ingin dilepaskan.
Tinggal 10 anak pokok sahaja. Boleh ditanam di dalam pasu. Ada 2 jenis satu yang ini, satu lagi Taiwanese Pear.
Taiwanese bulat dan besar buahnya. Yang ini saiz kecil. InsyaAllah berbuah sama ditanam nanti.
.

BLUEBERRIES & RASBERRY1 Blueberri dan 3 jenis Rasberri.  Sudah ada stok bagi yang berhajat untuk menanam pokok-pokok ini...
03/07/2021

BLUEBERRIES & RASBERRY
1 Blueberri dan 3 jenis Rasberri. Sudah ada stok bagi yang berhajat untuk menanam pokok-pokok ini.
Harga berbeza sedikit antara Blueberry dan Rasberry ini. Pokok-pokok yang insyaAllah boleh ditanam di Malaysia, boleh jadi santapan keluarga.
Tidak perlu kawasan besar, tanam dalam pasu pun boleh sama insyaAllah.
Combo gunakan , baja Organik ini dan insyaAllah pokok lekas memanjat naik, sihat afiat juga.
Boleh PM dan wasap saya nanti ya di komentar post ini nanti. ☺️🌿

UNGGAS. Unggas yang ada Ayam Kampung, Ayam Mutiara tinggal solo, Ayam Pekin, Anak-anak Ayam Belada, Itik, Angsa.Awal pag...
03/07/2021

UNGGAS.
Unggas yang ada Ayam Kampung, Ayam Mutiara tinggal solo, Ayam Pekin, Anak-anak Ayam Belada, Itik, Angsa.
Awal pagi dah beri makan. Pagi sebentar tadi tambah Ketum Ayam dan Tebu Herba untuk habuan kudap-kudap lepas bersihkan kandang dan sangkar mereka.
Pokok. Ketum Ayam sulam lagi beberapa anak-anak pokok. Kena tambah lagi selepas ini insyaAllah.
Pagar kena buat baru lagi sebelah belakang tunggu, Pak Din siap Buluh 5 kaki ujtuk di susun pagar elak anjing masuk.
Makan kenyang cepat besar nanti. Selamat Pagi.


01/07/2021

MASALAH APHIDS
Aphids adalah salh satu masalah yang sering kita akan jumpa di pokok-pokok yang kita tanam.
Jika dibiarkan, lama-lama i akan merebak dan jangkit ke pokok laon masalah ini. Tak semua pokok, tapi pasti kitq juga akan temu masalah ini bila menanam.
Kami gunakan larutan alkohol untuk matikan mana yang jumpa Aphids ini. Jika terlalu banyak potong buang dan asingkan dari pokok yang sama berhampiran dahulu.
Aphids ini masalah ada juga dengan semut yang mengambil makanan dari dia. Untuk semut boleh guna racun semut atau cari di Shoppee atau Lazada,
"Diatomaceous Earth" tabur keliling pasu, atau tanah.
Lihat gambar contoh produk sama, dan cadangan solusi lain sama.
Jika ada petua dan cara lain boleh sama kongsikan diruang komentar nanti insyaAllah.
Selamat Berkebun. Selamat Pagi. 😊🌿

ESOK CUKUP SEMINGGUKeratan Lemon Sorrento. Ini dah 6 hari kena full PKPD lepas semai cucuk ke polibeg.Keratan jauh mai d...
29/06/2021

ESOK CUKUP SEMINGGU
Keratan Lemon Sorrento. Ini dah 6 hari kena full PKPD lepas semai cucuk ke polibeg.
Keratan jauh mai dari Changlun nie. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah dari sahabat.
Gatal tangan jenguk jugak. Nampak masih ok. Tanah pun lembab, sambung balik PKPD buat keratan ini.
Tunggu dah keluar daun kita buka potong gelang pink dia. Penat la, dok sambung kena kurung macam ini.
Esok kalau lulus, boleh pi beli Roti Double Lion di Kuala Kangsar.

26/06/2021

BETIK RED LADY GRAFTED

Dari ratusan dibawa, masuk, Alhamdulillah tinggal puluhan lagi. Habis stok insyaAllah boleh bawa masuk berkongsi lagi dengan teman dan pelanggan.
Ikut jadual insyaAllah hari ini akan mula keluar dihantar kepada yang sudah membuat pesanan. Hari ini dan esok ikut giliran insyaAllah.
Ada lokasi yang kena tangguhkan, kerana PKPD masih ketat kawalan.
Lewat malan tadi ada lagi yang hantarkan lamaran. Kita bantu sama, segera uruskan insyaAllah.
Ahad begini biasa kami ke pasar pagi di Slim River, namun kekang sekarang duduk hadap tanaman di laman.
RED LADY BETIK, kita cuba tanam sama di Slim River nanti. Usaha menanam ini bila dapat hasil dituai, ia insyaAllah bawa kepuasan.
Sambung balik rutin harian.
Assalamualaikum waRahmatullah waBarakatuh dan SELAMAT PAGI 😂🌿🐛

JAMU video sarapan buah betik satu.



4 SEKAWAN & SEBIJI MANGGIS SULUNG Terlindung pokok kunyit ini.  Tanam sedikit untuk guna daun bila Puan isteri memasak d...
26/06/2021

4 SEKAWAN & SEBIJI MANGGIS SULUNG

Terlindung pokok kunyit ini. Tanam sedikit untuk guna daun bila Puan isteri memasak di dapur.
Aduhai tengok dah, carik, berlubang-lubang. Sekejap sahaja dia pulun makan. Sah ada yang kendurikan. Selak-selak jumpa 4 Musketeer Hijau ni. Jadilah habuan 'Peah dn Yop' snack petang tadi.
Sambil siram ada sebiji Maggis dah luruh, dongak atas. Alhamdulillah banyak juga buah. Tak sia-sia letak beberapa5pek Milagro dan ProgroG sama.
Esok pagi kena cari buah Maggis lagi. Habuan laki bini petang tadi. Alhamdulillah.




26/06/2021

BLACKBERRY THORNLESS BLACK GEM

Baru mendarat di tanah air. Antara pokok eksotik yang boleh dijadikan koleksi tanaman di laman rumah.
Cantik pokoknya. Boleh makan buah ditanam sendiri. Ada koleksi Rasberry dan Blackberry pun menarik juga. Start satu persatu koleksi.
Hati terpesona lihat pokok-pokok ini, tambah dijaga dengan Baja Thai insyaAllah subur membesar, berikan hasil kepada tuan, cik Puan yang menanam.
Masuk wishlist dulu 🎉🎉. Ada yang nak melamar, boleh nanti hantar kongsi pertanyaan, dah landing dah 😂😂.




Pokok 2-3 kaki tinggi.

POKOK RASBERRY Crimson NightHimbreenAnnePokok ini baru sampai stok petang tadi. Batch sebelum ada bertanya Yellow Rasber...
24/06/2021

POKOK RASBERRY

Crimson Night
Himbreen
Anne

Pokok ini baru sampai stok petang tadi. Batch sebelum ada bertanya Yellow Rasberry sah sold out. Tunggu trip selepas ini.

Dulu masa mula berkecimpung menanam pokok, ada beberapa pokok Rasberry sama. Memang hidup dan berbuah. Cuma tahun lepas dia termasuk yang tewas masa sakit dekat setahun.
Ini baru nak cari tanam balik. Boleh merasa makan buah Strawberry lepas ini.
Alhamdulillah, jadilah, habuan keluarga. Kena penjagaan seawal 4 bulan dah berbunga dan berbuah sama. Pakai Baja Thai dia laju Pederaih pi sama.

24/06/2021

SAMPAI SUDAH STOK
Alhamdulillah dah selamat tiba, nak kena habiskan segera mana yang tertunggak penghantaran.
Xanna Dzul dah sampai nanti alloy wasap sama sebelum dihantarkan insyaAllah.
Siapa lagi nak vaksinasi pokok bagi sihat boleh maklumkan nanti sama.

29/04/2021

Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku yang jadi pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.
Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikkan dan jadikanlah kematianku sebagai pembebasan dari segala kejahatan.

Hadith Riwayat Imam Muslim.

Asas Pengenalan Unsur BajaUnsur Makro.     Unsur Mikro1. Nitrogen          1. Boron2. Phosphate.     2. Zink3. Kalium.  ...
23/03/2021

Asas Pengenalan Unsur Baja

Unsur Makro. Unsur Mikro
1. Nitrogen 1. Boron
2. Phosphate. 2. Zink
3. Kalium. 3. Ferum
4. Magnesium. 4. Mangan
5. Sulfur 5. Molibdenum
6. Kalsium

Unsur Makro

1. Nitrogen N
Nitrogen sangat diperlukan dalam kitaran hidup seharian pokok. Ini kerana, nitrogen adalah unsur penting dalam pembentukan protein, yang memberi peranan dalam proses pertumbuhan pokok dan pembentukan hasilnya.

Sebelum baja AB ini diperkenalkan, kebanyakan petani menggunakan baja urea yang sangat tinggi kandungan nitrogen iaitu hampir 46%.

Nitrogen juga membentuk ammonium hasil gabungannya bersama elemen hidrogen.

Sumber nitrogen ini diambil daripada tanah dalam bentuk nitrat (NO3–), ammonium (NH4+) atau kombinasinya dengan beberapa kombinasi metabolisme (proses di dalam tanaman) karbohidrat yang membentuk asid amino dan protein.

Selain menjadi bahan penting dalam membentuk protein, Nitrogen juga berfungsi sebagai penggerak dalam pertumbuhan tanaman. Tanpa nitrogen, pelbagai simptom yang dapat kita kenal pasti menjadi punca pokok tidak membentuk dengan sempurna.

Gejala-gejala yang menunjukkan pokok menghadapi kekurangan nitrogen adalah:

Pokok kelihatan kecil dan tahap kesihatannya rendah.
Daunnya kelihatan hijau kekuningan serta kecil saiznya.
Daun yang paling rendah seperti terbakar dan mati sebelum masanya, sedangkan daun di pucuk kelihatan masih hijau.
Penghasilan yang rendah.

2. Fosforus (P)
Fosforus berperanan memberikan sumber tenaga kepada pokok. 0.1-0.4% fosforus diperlukan oleh pokok untuk membentuk bahan keringnya.

Sumber utama baja fosforus ini adalah daripada batu fosfat (rock phosphate). Manakala untuk mendapatkan larutan fosforus ini, proses pemanasan dan pengasidan batu perlu dilakukan.

MKP – terkandung sumber fosforus (P)
Jadi, fosforus ini sebenarnya terlibat dalam proses pokok membuat makanannya sendiri iaitu proses fotosintesis yang dikategorikan sebagai proses fisiologi di dalam tanaman.

Selain itu, fosforus juga sangat diperlukan dalam proses pemisahan sel dan pertumbuhan tanaman.

Apakah simptom yang biasa kelihatan akibat kekurangan fosforus di dalam tanaman?

Pertumbuhan pokok kelihatan terbantut dan kerdil.
Daun berwarna hijau pucat, ungu dan merah tua terutama dibahagian hujung dan tepi daun.
Beberapa daun tanaman bewarna hijau tua kebiruan. Terutama jika unsur nitrogen juga kurang pada pokok, simptom ini akan nampak lebih jelas.
Proses kematangan pokok menjadi terbantut. Pokok masih berwarna hijau, kelihatan tumbuh meninggi dan kurus.
Buah tidak terbentuk atau tidak tumbuh secara normal.
Proses penghasilan buah terbantut, lalu menjejaskan hasil pengeluarannya.

3. Kalium / Potassium (K)
Sumber unsur kalium ini banyak di lapisan bawah garam yang terdapat di laut. Di pasaran, baja kalium yang berbentuk larutan, cairan mudah larut (water soluble) ini mudah didapati dengan label Potassium Chloride atau KCl. Kandungan potassium adalah 48-60% K2O.

Dalam sel tumbuhan, kalium diperlukan sebanyak 1-4% untuk membentuk bahan kering tanaman.

Banyak fungsi kalium ini pada tanaman, antaranya menjadi agen pengaktifan 60 aktiviti enzim dalam tanaman, selain menjadi unsur penting dalam proses pembentukan karbohidrat dan protein.

Potassium Nitrate – terkandung sumber kalium / potassium.
Dengan wujudnya unsur kalium dalam tanaman, kadar air dalam tanaman dapat ditingkatkan sehingga mampu meningkatkan daya tahan tanaman terhadap tekanan, kekeringan, sejuk dan perubahan kadar garam.

Apakah kesan terhadap kekurangan unsur kalium dalam tanaman?

Daun-daun menjadi kecil dan memutih, bintik-bintik kemerahan yang bermula pada hujung tepi daun dan juga kekuningan.
Bahagian tepi daun yang berbintik tersebut, kemudiannya akan berubah menjadi coklat dan kelihatan seperti terbakar, lalu mati.
Pertumbuhan pokok yang kerdil.
Pokok tidak kuat dan mudah rebah.
Buah yang terhasil menjadi kecil dan seperti ada tanda luka.
Daya ketahanan pokok dan kualiti buah amat rendah.
Pengeluaran hasil tanaman terlalu rendah.

4. Magnesium (Mg)
Kandungan magnesium agak tinggi dalam tanaman, iaitu berjumlah 15-20%. Ini berikutan magnesium banyak tersimpan dalam bahagian tanaman yang berwarna hijau seperti klorofil.

Fungsi magnesium dalam tumbuhan adalah sebagai penerima cahaya matahari, berperanan dalam aktiviti tindak balas enzim tanaman, dan proses pertukaran tenaga dalam tanaman.

Magnesium (MgO) – terkandung unsur magnesium.
Apakah simptom kekurangan magnesium dalam tanaman?

Pertumbuhan pokok yang terbantut kerana proses fotosintesis yang terjejas.
Daun menjadi kuning pucat.
Daun akan menghadapi klorosis atau warna kekuningan yang akan menghalang proses fotosintesis berlangsung. Kemudiannya, daun akan mati.

5. Sulfur (S)
Peranan sulfur juga sama penting seperti magnesium dan fosforus iaitu dalam proses pertumbuhan pokok. Selain itu, sulfur juga berperanan dalam pembentukan klorofil dan proses penghasilan protein.

Apa beza sulfur dan magnesium? Sulfur sebagai sumber pembentukan klorofil, manakala, magnesium disimpan di dalam klorofil untuk proses penerimaan cahaya matahari.

Apakah kesan yang akan pokok hadapi akibat kekurangan sulfur?

Pertumbuhan pokok yang kecil dan kadang kala juga meninggi namun kurus.
Pokok kelihatan tidak bermaya dan pucat warnanya.
Simptomnya kelihatan seperti kekurangan nitrogen, namun bezanya keseluruhan pokok kelihatan kekuningan.
Daun menjadi kekuningan termasuk daun yang baru tumbuh.
Proses kematangan pokok terbantut.

6. Kalsium (Ca)
Kalsium terdapat banyak dalam bahan kering tanaman iaitu sebanyak 0.5-3%. Kalsium berperanan penting dalam pertumbuhan akar pokok dan penyusunan dinding sel.

Unsur kalsium juga sangat diperlukan pada peringkat penghasilan buah, ini kerana pada peringkat buah, jika sumber kalsium kurang, buah akan merekah dan pecah.

Namun, di dalam tanah, kekurangan kalsium jarang terjadi kerana ketersediaannya yang tinggi di dalam tanah. Namun, di dalam sistem fertigasi, menggunakan medium sabut kelapa yang menggantikan medium tanah, penggunaan kalsium di dalam baja AB sangat tinggi untuk memastikan keperluan pokok diutamakan.

Calcium Nitrate – Sumber unsur kalsium dan nitrat.
Selain itu, dengan pemberian kalsium pada pokok, meskipun sudah tersedia di dalam tanah, kalsium yang diberi bertujuan untuk meningkatkan keasidan medium.

Apakah simptom yang jelas kelihatan akibat kekurangan kalsium pada pokok?

Buah akan menghadapi simptom kereputan hujung buah (Bottom End Rot).
Daun di bahagian bawah pucuk menjadi hijau pucat.
Daun muda menguning, kemudian menjadi hitam dan mati.
Pokok kelihatan layu meskipun sentiasa disiram.
Pertumbuhan akarnya yang tidak sempurna dan cacat.

Unsur Mikro

1. Boron (Bo)
Boron berperanan mengaturkan mekanisma yang berlaku di dalam tanaman:

Meransang gula untuk menembus lapisan dinding membran sel.
Mengatur pengaruh oksidasi dari kegiatan polyphenolase.
Menyeimbangkan proses metabolisme ester fosfat.
Meransang perluasan katalisator O-difenol dalam metabolisme sel, termasuk pembentukan oksidasi asid indoleacetic.
Memangkin perkembangan sel tanaman.
Membantu proses pembentukan kanji (karbohidrat kompleks).

Sumber unsur Boron (Bo)
Apakah impak yang kelihatan akibat kekurangan unsur boron dalam tanaman?

Pertumbuhan tunas yang terganggu, dan batang-batang tanaman akan memendek.
Daun-daun sering gugur dan berkerinting, tebal dan rapuh tanpa ada tanda-tanda kehilangan klorofil.
Buahnya menjadi kecil, pertumbuhannya yang terbantut dan berlubang.
Penghasilan biji yang rendah bilangannya.

2. Zink
Zink berfungsi dalam menagtifkan enzim enolase oksalsetik, dekarbolaise, lesitinase, sistein desulhidrase, histindeaminase dan dehydropeptidase.

Zinc Sulphate – Sumber zink dan sulfur.
Apakah tanda tanaman yang kekurangan zink:

Pertumbuhan daun yang kecil.
Terdapat jalur-jalur klorosis di antara urat daun.
Pertumbuhan pucuk yang terbantut.
3. Besi (Fe)
Sescara khususnya, dalam tanaman, unsur besi berperanan mengaktifkan sistem enzim fumarin hidrogenase, katalase, oksidase dan sitokrom.

Besi juga mempunyai kaitan dengan sintesis kloroplastik protein. Jumlah keperluan besi ini bergantung pada kewujudan jumlah unsur-unsur seperti molibdenum, fosforus, mangan dan kobalt yang bersimbiosis di dalam tanaman.

Ferum Sulphate – sumber unsur besi (ferum) dan sulfur.
Apakah tanda-tanda yang dapat dikenalpasti dalam kekurangan unsur besi:

Perkembangan daun yang terhenti dan terbantut. Kemudian, daun bertukar warna menjadi putih.
Mekanisme perkembangan klorofil terbantut.

4. Mangan (Mn)
Mangan berfungsi sebagai pengaktif sejumlah enzim terlibat dalam:

phosphorylase
putaran asid sitrik melalui pengaktifan enzim arginase
sistein
desulfihidrase

Manganese Sulphate – Sumber unsur mangan dan sulfur.
Selain itu, dalam Reaksi Hill terdapat proses yang dinamakan photochemical, unsur mangan ini turut berperanan dalam aktiviti tersebut.

Kekurangan unsur mangan dapat dilihat apabila berlakunya klorosis yang kelihatan di antara urat daun pada daun muda.

5. Molibdenum (Mo)
Molibdenum berfungsi untuk mengaktifkan enzim nitrat reduktase dan xanthine oksidase yang penting dalam proses fiksasi nitrogen, asimilasi, sintesis asid amino dan protein.

Ammonium Molybdate – Sumber unsur ammonia dan molibdenum (Mo).
Kekurangan molibdenum boleh dilihat pada perubahan warna kekuningan pada urat antara tulang daun, dan tanaman akan menjadi pucat serta kerdil; Simptom yang sama seperti kekurangan unsur nitrogen.

Kesimp**annya, kandungan unsur baja AB cukup lengkap dan sangat diperlukan oleh pokok. Jika diperhatikan terdapat unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah, namun perlu ditambah atas sesuatu sebab.

Namun, perlu diketahui di dalam sabut kelapa, unsur-unsur yang sedia ada di dalam tanah tadi tiada di dalam sabut kelapa.

Oleh kerana itu, jika saudara bertanya bolehkah baja NPK yang berbentuk granul itu di hancurkan dan dibancuh di dalam larutan air, dan disiram pada pokok, jawapan saya tidak boleh.

Bahkan, baja NPK tersebut memerlukan faktor persekitaran sebagai pengurai untuk mengurai baja tersebut menjadi unsur yang dipermudahkan dan diserap oleh pokok. Malah, sifat baja tersebut merembeskan nutrien adalah secara perlahan (slow release).

Dari sahabat tani, tuan Zul berkongsi di FB.

Address

71 Jalan Seroja Taman Seroja
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60127291468

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gapis Tani Nursery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gapis Tani Nursery:

Videos

Share

Category


Other Urban Farms in Slim River

Show All