Enigma Betta

Enigma Betta menjual, menternak, jualan borong dan penjagaan ikan laga hiasan dan liar

13/09/2021

Imbellis Hybrid Spadetail
Harga murah sangat
Nak clear koleksi

BerminatWhatsapp

02/09/2021

SOMETHING CONFUSING

02/09/2021

what are you thinking

02/09/2021

HIS APPEARANCE WAS VERY ACCURATE

02/09/2021

WAIT FOR IT TO APPEAR

14/08/2021
12/08/2021

Berminat
Whatsapp segera

PATI KETAPANG LAUTFungsi PATI KETAPANG LAUT✅ Mengalakkan ikan jantan buat buih semasa breeding. ✅ Menaikkan warna ikan l...
18/07/2021

PATI KETAPANG LAUT

Fungsi PATI KETAPANG LAUT
✅ Mengalakkan ikan jantan buat buih semasa breeding.
✅ Menaikkan warna ikan laga
✅ Menurunkan PH air
✅ Tannin semulajadi utk mengurangkan stress
✅ Mengelakkan ikan dari terkena penyakit
✅ Air tidak keruh dan tidak berminyak

Cara penggunaan - 1 liter 1 - 3 penutup

I botol (1 liter) - RM 5.00

http://www.wasap.my/60142746944/PatiKetapangLaut

07/07/2021

IMBELLIS HYBRID ROUNDTAIL
AGE 3 MONTH
CAPTIVE BREEDING

Menusuk di mata terus ke hati
Whatsapp untuk berunding
😁

Please like and share

06/07/2021

Hari ini admin nak up ikan-ikan yang telah di jar

Kita tunggu sebulan lagi... Apa hasilnya
PADU kerrr TAK PADU

23/06/2021

CARA PEMBIAKAN BETTA FISH - IKAN LAGA

Sediakan bekas basin ataupun gabus polisterin ukuran 2 x 1 x 1. Pastikan bekas bersih dari bau dan bocor.

Masukkan air yang telah diperam selama 3 hari. Masukkan 2 helai daun ketapang kering. Biarkan semalam.

Pilih induk jantan dan induk betina yang sihat dan terbaik.

Masukkan induk jantan ke dalam bekas yang telah disediakan semalam.

Kemudian masukkan induk betina bersama bekas ataupun balang induk betina kedalam bekas breed.

Biarkan semalaman untuk induk jantan dan betina berkenalan dengan mesra.

Induk jantan akan mula membuat buih yang banyak dan bersedia untuk mengawan. Kemudian lepaskan induk betina untuk bersama.

Jangan selalu intai dan mengganggu proses persenyawaan ikan. Biarkan selama 1 atau 2 hari.

Selesai persenyawaan ikan, induk jantan akan mula menghalau dan mengejar induk betina dari mendekati dengan sarang buih.

Induk jantan akan sentiasa berada dibawah sarang buih untuk menjaga telur-telur yang telah disenyawakan.

Keluarkan dan asingkan induk betina dari dalam bekas breed. Tinggalkan induk jantan untuk menjaga telur.

Jangan lupa catat tarikh untuk pemantauan proses tumbesaran fry.

Biarkan induk jantan menjaga selama 1 hingga 3 hari. Ini adalah bagi tujuan induk jantan akan membantu fry-fry untuk berenang. Jangan risau (induk jantan tidak akan memakan fry-fry yang ada) kecuali induk jantan mengalami sakit ataupun stress.

Hari keempat fry-fry akan berenang bebas dan stabil. Induk jantan boleh dikeluarkan dari bekas breed. Tinggalkan fry-fry berenang bebas.

Rendahkan sedikit air dalam bekas breed untuk memudahkan fry naik dan turun ke permukaan air.

Makanan seperti infosuria boleh diberikan untuk fry-fry makan. Infosuria boleh diberi makan sehingga fry berumur 7 hingga 10 hari.

Pastikan kualiti air tidak kotor dan berbau busuk. Fry akan mati dan terbantut tumbesaran kerana kualiti air yang kotor

SELAMAT MENCUBA.

23/06/2021

TEKNIK CARA PEMBIAKAN INFOSURIA

• 1 pelepah daun pisang kering yang di basuh bersih dan dikeringkan bawah matahari
• 3 liter air bekas ikan ataupun air aquarium yang telah lama digunakan
• 1 balang jernih ( balang gula-gula )

Masukkan air bekas ikan bersama daun pisang kering ke dalam balang tersebut

Simpan ditempat bersuhu bilik dan tidak terkena cahaya matahari ( bergelap)

- hari ke 3 infosuria akan hasilnya.

Gunakan lampu suluh untuk melihat infosuria melalui dinding balang tersebut.

Infosuria amat sesuai untuk anak ikan (fry) yang berumur 1 hari hingga 10 hari.

23/06/2021

Saya kongsikan satu rahsia dalam dunia penternakan ikan hiasan, Terutamanya betta fish @ ikan laga sebab saya bela dan ternak betta fish @ ikan laga.

1 - untuk menternak dan membiakkan betta fish @ ikan laga ini yang paling utama kita kena ada ilmu dan pengetahuan tentang sumber makanan untuk anak ikan dan dalam istilah lain orang panggil fry.

2 - Sumber makanan bagi fry ni ada beberapa diantaranya adalah:
a. Kutu Air (Moina)
b. Infosuria
c. Artemia @ Baby Brine Shrimp (BBS)

A - Kutu Air (Moina)
Kutu air ada barnyak jenis dan yang saya tahu dan sesuai untuk makanan fry ini ada dua jenis iaitu moina dan dapnia magna.

Moina sangat sesuai untuk fry betta fish @ ikan laga kerana saiznye yang kecil. Kandungan protein kutu air dapat mencapai 66% dan lemak 6%, Untuk pertumbuhan betta fish @ ikan laga yang cepat membesar makanan yang ada protein yang tinggi.

Sumber: Moina ni boleh dibiakkan tapi tempat yang luas dan perlu diberikan makanan. Moina juga boleh digunakan di kawasan parit.

B - Infosuria
Infosuria merupakan mikroorganisma yang sangat halus dan hidup dalam air. Untuk fry betta fish @ ikan laga sebaiknya makanan pertamanya adalah infosuria sebab fry betta fish @ ikan laga lebih kecil.

Sumber: cara2 rık buat infosuria ada mącam macam, salah satu cara yang saya pernah buat adalah dengan mengambil air bekas ikan dan menggunakan daun ketapang kering ataupun daun kelapa / pisang kering rendam dalam bekas air ikan. Lepas tu letakan ditempat yang tidak terdedah dengan matahari. Dalam masan2 / 3 hari akan nampak infosuria telah terhasil. Untuk lebih lanjut boleh google.

C - Artermia @ BBS
Artermia @ BBS ni terhasil menggunakan Telur yang perlu ditetaskan Untuk tetaskan BBS kena menggunakan air laut @ air garam dan juga gelembung udara. Masa untuk tetas telur BBS yang kita beli kebiasaanya dalam tempoh 24jam. BBS ada protein yang tinggi.

Sumber: Kena beli dan harganya agak tinggi Kesimpulanya, saya menggunakan BBS untuk sumber makanan betta fish @ ikan laga daripada fry sehinggalah ikan dewasa. Sebabnya senang diperolehi tapi memerlukan modal yang agak besar sedikit. Saya tidaklah menggunakan BBS 100% sebagai sumber makanan. Saya gilirkan dengan pellet yang protein tinggi yang ada dipasaran seperti olohime. merubeni dan hikari. Harap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan menarik minat orang ramai untuk membela dan menternak betta fish @ ikan laga.

Saya pun bukan pandai sangat masih belajar dan kalau ada salah silap saya mohon maaf.
Terima kasih

My new logo
21/06/2021

My new logo

09/06/2021

Nantikan kemunculannya
Jualan lelong termurah. 😁

Address

ENIGMA BETTA, NO 20 Jalan PERDANA 9/3, BANDAR PERDANA, SUNGAI PETANI
Sungai Petani

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60142746944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Enigma Betta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Enigma Betta:

Videos

Share


Other Sungai Petani pet stores & pet services

Show All