03/12/2024
KENALI JENIS LUKA SERTA RAWATAN YANG BETUL.
Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis luka yang boleh dihadapi haiwan peliharaan anda? Jika punca serta jenis luka berbeza, cara merawat dan ubatan juga mestilah berbeza.
Luka boleh terjadi akibat pergaduhan, terkena benda tajam, kemalangan atau menggaru dan menggigit badan sendiri akibat kesan allergi.
Jika berlaku jangkitan kuman atau bakteria p**a, luka akan jadi bernanah dan membusuk. Luka yang terdedah juga menjadi tumpuan lalat untuk bertelur dan menyebabkan luka menjadi berulat.
ELAKKAN KESILAPAN MERAWAT LUKA HAIWAN PELIHARAAN ANDA!
Andai tersalah rawatan atau ubat yang diberikan tidak bersesuaian, keadaan luka boleh menjadi lebih parah. Anda juga berisiko mendapat jangkitan dari luka haiwan peliharaan anda seperti sporo andai tidak berhati-hati ketika merawat mereka.
Jika anda tidak tahu cara untuk merawat dan mencuci luka haiwan peliharaan anda, boleh hadir ke klinik kami untuk mendapatkan konsultasi serta rawatan yang bersesuaian.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp ke 012-642 3173, kami sedia untuk membantu anda.