05/11/2020
CARA MUDAH UNTUK MENGETAHUI USIA KUCING 😼
🔴BULU & BADAN KUCING
Selalunya kucing tua bulunya agak kasar dan sedikit nipis. Kalau muda, bulunya lebih lembut, bersinar dan lebat. Tapi kalau kucing itu ada masalah kulit, susah la untuk hampa check kecuali selepas mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Bulu kucing tua selalunya bertukar warna seperti warna hitam berubah menjadi keperangan.
Dari bentuk badan p**a, kucing muda lebih nampak tough (berotot) gitew. Ala ala main gym haa ini disebabkan aktiviti harian kucing. Kucing dewasa p**a lebih berisi dan bulat bulat. Kucing tua p**a akan nampak tulang dan kulit lebih berkedut.
🔴BEHAVIOUR & TINGKAH LAKU
Selalunya kucing tua ini sangat sentitif dari segi emosi seperti agresif, takut berlebihan dan stress. Untuk kes macam ni hampa kena bagi depa tempat dan suasana yang baik. Depa juga akan mula cerewet dengan litter box, pemakanan, dan lain lain lagi. Selain itu kucing tua ini akan banyak tidur berbanding bermainan. Kalau kucing muda banyak habiskan aktiviti bersosial, dating dan bermain main.
🔴MATA
Kebanyakan mata kucing muda lebih cerah, clear, irisnya lebih smooth, bersih tapi kalau yang tua ini akan mula ada katarak, iris mula menipis, mata berair seperti menangis dan masa itu tepi mata akan ada comot comot.