Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari Zoo Taiping & Night Safari is a zoological park located at Taiping, Perak, Malaysia. Established in 1961, Zoo Taiping is the oldest Zoo in Malaysia.

and also the pioneer of Night Safari in the country. Zoo Taiping has over 1,300 animals in over 36 acres.

Gong Xi Fa Cai!Selamat Tahun Baru Cina! Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan kejayaan kepada semua.J...
28/01/2025

Gong Xi Fa Cai!

Selamat Tahun Baru Cina! Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan kejayaan kepada semua.

Jemputlah berkunjung ke Zoo Taiping & Night Safari bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan sambutan perayaan ini.

Ikhlas daripada kami di Zoo Taiping & Night Safari.

PEMBUKAAN RUMAH REPTILIA & AMFIBIA (HOUSE OF REPTILES & AMPHIBIANS) DAN PAMERAN WARNA WARNI AMAZON (COLORโ€™S OF AMAZON)Zo...
25/01/2025

PEMBUKAAN RUMAH REPTILIA & AMFIBIA (HOUSE OF REPTILES & AMPHIBIANS) DAN PAMERAN WARNA WARNI AMAZON (COLORโ€™S OF AMAZON)

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mengumumkan pembukaan dua tarikan baharu iaitu Rumah Reptilia & Amfibia (House Of Reptiles & Amphibians) dan Pameran Warna Warni Amazon (Colorโ€™s Of Amazon) bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2025 yang juga merupakan Tahun Ular dalam kalendar zodiak Cina serta Cuti Sekolah 2025.

RUMAH REPTILIA & AMFIBIA (HOUSE OF REPTILES & AMPHIBIANS)
Rumah Reptilia & Amfibia menghimpunkan koleksi spesies reptilia dan amfibia dari pelbagai habitat bagi memberikan peluang kepada pelawat untuk mengenali keunikan haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat. Antara spesies yang dipamerkan termasuk:
- Ular Boa (Boa constrictor)
- Ular Daun (Ahaetulla)
- Ular Punti (Boiga dendrophila)
- Ular Laju Ekor Merah (Gonyosoma oxycephalum)
- Corn Snake (Pantherophis guttatus)
- Ular Senduk (Naja kaouthia)
- Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)
- Ular Sawa Resam (Python reticulatus)
- Ular Kapak Tokong (Tropidolaemus wagleri)
- Weber's Saiflin Lizard (Hydrosaurus weberi)
- Asian River Toad (Phrynoidis asper)

PAMERAN WARNA WARNI AMAZON (COLORโ€™S OF AMAZON)
Pameran ini membawa pelawat merasai keindahan dan keunikan spesies dari lembah Amazon yang terkenal dengan biodiversitinya. Antara spesies yang dipamerkan ialah:
- Capybara (Hydrochoerus hydrochaeris)
- Orange-winged Amazon (Amazona amazonica)
- Black-bellied Whistling Duck (Dendrocygna autumnalis)
- Ibis Merah (Eudocimus ruber)

Pembukaan Rumah Reptilia & Amfibia serta Pameran Warna Warni Amazon ini adalah sebahagian daripada usaha ZTNS untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan spesies reptilia, amfibia, dan haiwan tropika yang semakin terancam. Pameran ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelawat terhadap biodiversiti dan kepentingan menjaga ekosistem.

08/01/2025
Visit Zoo Taiping & Night Safari
07/01/2025

Visit Zoo Taiping & Night Safari

Introducing the ๐•๐ข๐ฌ๐ข๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” logo featuring the ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ง ๐๐ž๐š๐ซ๐ฌ โ€“ ๐–๐ข๐ซ๐š & ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐š as mascots!

Showcasing our nation's vibrant multicultural harmony and awe-inspiring beauty, the logo embodies Malaysia's surreal experiences.

With an emphasis on sustainability, Wira and Manja are lovingly crafted to highlight the importance of conservation while captivating the hearts and bringing joy to all generations.

Selamat Tahun Baru 2025!Kami dari Zoo Taiping & Night Safari ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjun...
01/01/2025

Selamat Tahun Baru 2025!

Kami dari Zoo Taiping & Night Safari ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung dan rakyat Malaysia.

Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan kepada anda sekeluarga.

STATISTIK PELAWAT HARI KELAPAN & HARI TERKAHIR ZOORAMA 2024Tahniah dan syabas kepada semua pengunjung yang telah memeria...
30/12/2024

STATISTIK PELAWAT HARI KELAPAN & HARI TERKAHIR ZOORAMA 2024

Tahniah dan syabas kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan ZOORAMA 2024 pada hari kelapan dan hari terakhir di Zoo Taiping & Night Safari!

Terima kasih di atas sokongan anda semua dalam menjayakan ZOORAMA 2024.

Jumpa lagi dalam acara-acara akan datang di Zoo Taiping & Night Safari!

SYED JAMALULAIL BADRULHISHAM DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN NYANYIAN RAINTOWN STAR 202429 Disember 2024 - Zoo Taiping & N...
30/12/2024

SYED JAMALULAIL BADRULHISHAM DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN NYANYIAN RAINTOWN STAR 2024

29 Disember 2024 - Zoo Taiping & Night Safari dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Taiping menganjurkan Pertandingan Nyanyian Raintown Star 2024 bertempat di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari.

Acara ini menyaksikan Syed Jamalulail bin Badrulhisham dinobatkan sebagai juara selepas berjaya memukau para juri dan penonton dengan persembahan luar biasa lagu Bunga Angkasa nyanyian asal kump**an Terra Rossa. Dengan kemenangan ini, beliau membawa p**ang hadiah berupa wang tunai RM300, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Tempat kedua dimenangi oleh Saharidah binti Mohd Amin yang turut memberikan persembahan mengagumkan. Beliau menerima hadiah wang tunai RM200, trofi dan sijil penghargaan. Tempat ketiga p**a menjadi milik Putri Nordanieysa Hafirra yang menerima hadiah wang tunai RM100, trofi dan sijil penghargaan.

Semua peserta yang bertanding tidak p**ang dengan tangan kosong kerana setiap peserta menerima sijil penghargaan serta baucar diskaun 30% untuk tiket masuk ke Zoo Taiping & Night Safari. Pertandingan ini diadakan dalam dua sesi, bermula dengan sesi saringan pada sebelah pagi yang melibatkan 10 peserta, sebelum beralih ke sesi akhir pada sebelah malam.

Dua juri profesional diundang khas untuk menilai persembahan peserta iaitu Encik Zulkiflee bin Haji Rasdi dan Cik Nur Hanis Hafiza binti Abu Hassan yang bertanggungjawab memberikan penilaian berdasarkan vokal, persembahan, dan penghayatan lagu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Zoo, YBrs. Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi yang turut diiringi oleh Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Zoo, Cik Azyani binti Aripin.

KUMPULAN YUMMY UNGGULI PERTANDINGAN AWESUM! ZOO MASTER CHEF JUNIOR28 Disember 2024 - Zoo Taiping & Night Safari dengan k...
30/12/2024

KUMPULAN YUMMY UNGGULI PERTANDINGAN AWESUM! ZOO MASTER CHEF JUNIOR

28 Disember 2024 - Zoo Taiping & Night Safari dengan kerjasama SSL Trader Hotel, telah menganjurkan pertandingan Awesum! Zoo Master Chef Junior yang berlangsung pada jam 3.00 petang. Pertandingan ini disertai oleh lima kump**an yang bersaing bagi merebut gelaran juara.

Kump**an Yummy berjaya muncul juara dengan persembahan dan masakan terbaik membawa p**ang hadiah wang tunai RM150 dan sijil penghargaan. Kump**an Cut Sugar p**a meraih tempat kedua dengan hadiah RM100 beserta sijil penghargaan manakala Kump**an Mak Cik Kiah memenangi tempat ketiga dengan hadiah RM50 dan sijil penghargaan. Sebagai penghargaan kepada semua peserta, baucar diskaun 30% untuk tiket masuk ke zoo turut diberikan bersama sijil penyertaan.

Pertandingan ini diadili oleh panel juri berpengalaman terdiri daripada Pembantu Veterinar Jabatan Zoo, Encik Abdul Rahman bin Mohammad, serta dua juri jemputan, Chef de partie, SSL Traders Hotel Taiping, Chef Mohd Zulfitri bin Jamaluddin dan Puan Roziana binti Rahim. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Chef de partie, SSL Traders Hotel Taiping, Chef Mohd Zulfitri bin Jamaluddin dan diiringi Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Zoo, Cik Azyani binti Aripin.

29/12/2024
PENANGAN NASI BERIYANI OMAR-HAZLIN RANGKUL JUARA PERTANDINGAN MEMASAK NASI BERIYANI AYAM28 Disember 2024 โ€“ Omar Hanif bi...
29/12/2024

PENANGAN NASI BERIYANI OMAR-HAZLIN RANGKUL JUARA PERTANDINGAN MEMASAK NASI BERIYANI AYAM

28 Disember 2024 โ€“ Omar Hanif bin Ismail dan Hazlin binti Pandak Abd Hamid dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Nasi Beriyani Ayam yang berlangsung di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari. Pertandingan ini merupakan salah satu acara kemuncak sempena ZOORAMA 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Ikhlas Taiping Perak (PWITP) dengan kerjasama Zoo Taiping & Night Safari.

Sebanyak 26 kump**an menyertai pertandingan ini dengan setiap kump**an terdiri daripada dua peserta. Para peserta diminta membawa bahan dan peralatan memasak dari rumah dan setiap hidangan perlu disertai dua jenis lauk sampingan iaitu dalca, acar, atau jelatah bagi melengkapkan sajian nasi beriyani ayam yang dimasak.

Keputusan pertandingan menyaksikan Omar Hanif bin Ismail dan Hazlin binti Pandak Abd Hamid merangkul gelaran juara dengan membawa p**ang RM1,000 dan sijil penghargaan. Tempat kedua dimenangi oleh Hurun Ain binti Ab Rahman dan Izra Najwa Naily binti Ibrahim yang menerima RM800 dan sijil penghargaan manakala tempat ketiga menjadi milik Mohamad Khairul Ikhwan bin Mohd Zamri dan Jafny Alwi bin Ramzan dengan hadiah RM600 dan sijil penghargaan. Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Lee Jye Shan dan Siti Nor Jannah (RM200) serta Asiah binti Jidi dan Syakir Rifqi bin Razizi (RM100). Semua peserta turut menerima saguhati berupa RM50 dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Datoโ€™ Seri Haji Wan Mohd. Isa bin Datoโ€™ Haji Wan Mohd. Razali. Turut hadir memeriahkan acara ialah Pengerusi PWITP, YABhg Toh Puan Datin Seri Hajah Norisha binti Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Negeri Perak, YB Teh Kok Lim, ADUN Pokok Assam, YB Ong Seng Guan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, YBrs. Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir serta Pengarah Zoo Taiping, YBrs. Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi.

29/12/2024
STATISTIK PELAWAT HARI KETUJUH ZOORAMA 2024Tahniah dan terima kasih kepada semua pengunjung yang terus memeriahkan ZOORA...
29/12/2024

STATISTIK PELAWAT HARI KETUJUH ZOORAMA 2024

Tahniah dan terima kasih kepada semua pengunjung yang terus memeriahkan ZOORAMA 2024 di Zoo Taiping & Night Safari!

Suasana semakin meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

๐Ÿ“ข DISKAUN 30% tiket masuk untuk anda yang menyertai aktiviti-aktiviti ZOORAMA 2024!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pengalaman unik sambil meneroka keindahan flora dan fauna yang menakjubkan di sini.

Jom hadir beramai-ramai ke ZOORAMA 2024 dan sertai kami dalam mencipta kenangan indah bersama!

28/12/2024

Sedang berlangsung Awesum! Zoo Master Chef Junior sempena ZOORAMA 2024. Nantikan siapa pemenang chef junior kita hari ini๐Ÿค—

Address

Jalan Taman Tasik Taiping
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zoo Taiping & Night Safari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zoo Taiping & Night Safari:

Videos

Share