JB Purrrfect Home

JB Purrrfect Home The easiest way to donate is directly to our Maybank account : 501011689251 (Furrrfect Home) or visit us (appointment only).

https://linktr.ee/jbpurrrfecthome

Help us give homeless cats a better life
Any contribution can whatsapp us
Maybank Acc : 5010-1168-9251 Furrrfect Home Enterprise (JM 0776025-K) JB Purrrfect Home is dedicated to saving the lives of homeless and injured cats, providing medical care,food,home and lots of love until they are placed into a PERFECT HOME
We rely heavily upon donations to give the homel

ess and injured cats in our community a second chance. Your contribution goes directly to help the cats

Driver periksa tayar.. Macam bocor je🐈 : Chewon & Anabul
17/02/2025

Driver periksa tayar.. Macam bocor je
🐈 : Chewon & Anabul

15 Februari 2021, ada seekor kucing yang buta kedua matanya ditemui di kawasan kejiranan di Taman Bukit Tiram, JB. Esok ...
16/02/2025

15 Februari 2021, ada seekor kucing yang buta kedua matanya ditemui di kawasan kejiranan di Taman Bukit Tiram, JB. Esok tengahari, salah seorang s**arelawan JBPH ke kawasan berkenaan & nampak dia berada di bawah kereta. Beberapa orang yang ada di luar rumah ditanya sama ada tahu atau tidak pasal kucing ini atau kenal tuannya (untuk menasihati agar dia dipelihara secara indoor sahaja). Rupanya, dia kucing datang & rumah yang dia selalu lepak ini yang beri makan & minum selama beberapa hari ini. Disebabkan keadaan rumahnya tidak boleh menambah lagi kucing lain, kucing buta ini memang mereka sedang mencari sesiapa yang boleh menjaganya. Kucing buta ini kami ambil & bawa masuk ke JB Purrrfect Home
Nama diberi : Samad. Permulaan tinggal di sini selepas tempoh kuarantin agak kekok baginya. Dia ambil masa yang lama untuk bergerak ke kawasan lain. Banyak masa dia habiskan di lorong ke toilet sebab situ ada bekas makanan, air & berdekatan dengan litter box. Sekarang, seluruh kawasan dia dah terokai termasuk memanjat sampai skywalker. Kucing yang manja, s**a mengesel kaki hooman. Samad juga akan gigit manja kalau dia hendak perhatian πŸ˜…. Semoga Samad sentiasa happy & sihat di JB Purrrfect Home. Happy 4th Rescue Anniversary, Samad

Darjah berapa ni semua?
16/02/2025

Darjah berapa ni semua?

Si bulus mengesel kepala atau badan pada manusia & mengeluarkan kelenjar bau yang di panggil hormon feromon yang membuat...
16/02/2025

Si bulus mengesel kepala atau badan pada manusia & mengeluarkan kelenjar bau yang di panggil hormon feromon yang membuatkan si bulus rasa tenang. Jadi si bulus tanda manusia itu sebagai kepunyaannya dan menjadi tempat yang selamat untuknya.

Acik pernah tak naik bus sekolah?🐈 : Labu
14/02/2025

Acik pernah tak naik bus sekolah?
🐈 : Labu

Selamat pagi, acik🐈 : Ciko
14/02/2025

Selamat pagi, acik
🐈 : Ciko

Cuaca panas ni, saya demam p**a...🐈 : Terry
13/02/2025

Cuaca panas ni, saya demam p**a...
🐈 : Terry

Meowdel yang bawa kenderaan balik kampung untuk sampul raya JBPH 2025
11/02/2025

Meowdel yang bawa kenderaan balik kampung untuk sampul raya JBPH 2025

SAMPUL RAYA JBPH 2025Mesti peminat kucing di JB Purrrfect Home menunggu sampul raya tahun ini. Kali ini admin buat 3 des...
11/02/2025

SAMPUL RAYA JBPH 2025
Mesti peminat kucing di JB Purrrfect Home menunggu sampul raya tahun ini. Kali ini admin buat 3 design yang boleh disatukan menjadi sebuah lakaran gambaran suasana hari raya. Ada 3 design, senanglah nak tahu mana yang letak RM10, RM20 & RM100. RM100 pun muat tau tanpa perlu dilipat. Nak jimat ambil terus set. 1 pack ada 8 pcs. Kalau beli satu set dapat 24 pcs yang ada 3 design berbeza.

Harga
RM6.00 = 1 pack (8pcs)
RM15.00 = 1 set (3 packs lain-lain design)
RM38.00 = 3 (9 packs lain-lain design)
RM45.00 = 5 (15packs lain-lain design)
*Tidak termasuk harga pos
100% jualan dimasukkan dalam dana membeli ubat nyahkutu & nyahcacing. Terima kasih support jualan amal JBPH. Pembelian boleh dilakukan melalui
πŸͺ whatsapp : https://wa.link/08fbu5
πŸͺ Direct messages Instagram/FB
πŸͺ Shopee : https://my.shp.ee/upVSmre
πŸͺ Jualan di kaunter Pet Paradise Clinic , Pet Paradise Petshop Larkin Perdana dan Kedai Kucing BBU (mulai 1 Ramadan)

Dapatkan segera sebelum habis. 25 pembeli terawal yang beli 5 set berpeluang mendapat hadiah misteri (produk JBPH)

Malam raya disebuah perkampungan kucing terlihat mereka yang sudah sampai lama sibuk bermain bunga api meraikan Aidilfit...
10/02/2025

Malam raya disebuah perkampungan kucing terlihat mereka yang sudah sampai lama sibuk bermain bunga api meraikan Aidilfitri. Ada seekor yang kaki putus & lumpuh pun turut serta bermain bunga api selepas penat menolong mengangkat kayu api. Senior yang sudah hampir 12 tahun tinggal di perkampungan ini menurunkan resepi membuat dodol kepada junior. Kelihatan juga 3 ekor yang lain baru sampai pada malam raya. Nasib baik sampai sebab co-driver buta kedua mata
Ini lakaran inspirasi untuk jualan amal terbaru tahun ini. Tunggu posting seterusnya cara untuk membeli

Keduanya sudah diberikan ubat nyahcacing🐈 : Yan & Ciko
10/02/2025

Keduanya sudah diberikan ubat nyahcacing
🐈 : Yan & Ciko

KangChuSepertinya KangChu ini kucing perliharaan. Apabila sudah sakit & luka teruk, dia dilepaskan di jalanan (atau terl...
09/02/2025

KangChu

Sepertinya KangChu ini kucing perliharaan. Apabila sudah sakit & luka teruk, dia dilepaskan di jalanan (atau terlepas). Luka dikawasan muka yang teruk terutamanya hidung & mata kanan, kaki serta bahagian kemaluannya. Juga peranakan ada jangkitan & bernanah. Mula diiklankan oleh satu page NGO ada 06 Feb tetapi lokasi tidak details, malah no telefon diberikan pun salah. Jadi kawan admin seharian cari di kawasan yang diberitahu & tanya orang sekeliling. Akhirnya jumpa Kangchu & dibawa ke
Disahkan sporothrichosis & dia kuat untuk sembuh. Akhirnya sporo KangChu disahkan tiada selepas 6 bulan rawatan. Kucing yang manja & mudah diuruskan. Cuma dia jenis buat hal sendiri & tidak bercampur. Hari ini genap, 4 tahun KangChu diselamatkan. Hooman cuma harap ada keluarga yang sudi ambil awak jadi kucing peliharaan di rumah. Unik tau dia, hidung dia sebelah lubang tertutup & bentuknya lain daripada kucing lain disebabkan sporo). Happy 4th Rescue Anniversary KangChu

Selamat malam, acik🐈 : Sari Wangi
08/02/2025

Selamat malam, acik
🐈 : Sari Wangi

Esok ulangtahun saya yang ke-4🐈 : Kangchu
08/02/2025

Esok ulangtahun saya yang ke-4
🐈 : Kangchu

2 anak kucing ini ditemui dalam bonnet kereta anak saudara admin yang datang melawat ke JB. Tak pasti di mana mereka mas...
07/02/2025

2 anak kucing ini ditemui dalam bonnet kereta anak saudara admin yang datang melawat ke JB. Tak pasti di mana mereka masuk sebab banyak berhenti di rnr & kedai

Admin minta tolong volunteer jagakan 2 ekor ini sehingga boleh makan sendiri & nanti boleh buka adoption atau diserap masuk JB Purrrfect Home. Keduanya anggaran umur 2-3 minggu. Diberikan nama Ciko (yang jantan) & Yan (yang betina)
🐈 : Ciko & Yan

- hendak p**angkan ke tempat asalnya atau cari maknya, tidak tahu rnr atau kawasan mana dia berada

Titiek & Sam
07/02/2025

Titiek & Sam

Address

Ulu Tiram
81800

Telephone

+601111231891

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JB Purrrfect Home posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JB Purrrfect Home:

Videos

Share

Category