Pertanian Moden - Hidroponik dan Akuaponik

Pertanian Moden - Hidroponik dan Akuaponik Pertanian Moden - Hidroponik dan Akuaponik amat menggalakan pertanian moden dan bersih. Kami memberik

LATIHAN PERTANIAN KAEDAH HIDROPONIK KEPADA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAHTeam MyseedsBank telah memberikan latihan asas pert...
24/05/2022

LATIHAN PERTANIAN KAEDAH HIDROPONIK KEPADA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH

Team MyseedsBank telah memberikan latihan asas pertanian kaedah hidropoik kepada sekump**an guru-guru sekolah menengah baru-baru ini.

URBAN FARMING FESTIVAL 2022MySeedsbank akan menyertai Urban Farming Festival yang akan diadakan di Tingkat Bawah, Centra...
20/05/2022

URBAN FARMING FESTIVAL 2022

MySeedsbank akan menyertai Urban Farming Festival yang akan diadakan di Tingkat Bawah, Central i-City Shopping Centre, Shah Alam daripada 20 Mei hingga 22 Mei 2022. Pameran akan bermula setiap hari pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada 10:00 malam.

Kami menjemput kepada sesiapa yang berminat mengenai projek akuaponik dan hidroponik untuk berjumpa dengan kami.

Klik link berikut untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pameran tersebut:

https://www.facebook.com/urbanfarmingfestival

21-04-2022 LAWATAN BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN MUAR BERKUNJUNG KE TAPAK HIDROPONIK DI BUKIT JALILHari ini kami mengal...
22/04/2022

21-04-2022 LAWATAN BRIGED BAKTI MALAYSIA CAWANGAN MUAR BERKUNJUNG KE TAPAK HIDROPONIK DI BUKIT JALIL

Hari ini kami mengalu-alukan kunjungan team BBM Cawangan Muar ke Tapak Projek Hidroponik di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Mereka telah diberikan taklimat oleh Mr. William mengenai operasi dan peluang didalam projek akuaponik.

Terima kasih dari team MyseedsBank kerana sudi berkunjung. Kami berharap kita dapat berkerjasama memajukan industri pertanian dan makanan negara.

20-04-2022 MESYUARAT DENGAN KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIAHari Team Myseedsbank telah mengadaka mesyuarat dengan team da...
20/04/2022

20-04-2022 MESYUARAT DENGAN KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA

Hari Team Myseedsbank telah mengadaka mesyuarat dengan team dari Koperasi Polis Diraja Malaysia. Mesyuarat telah berbincang beberapa cadangan kerjasama didalam projek hidroponik dan akuaponik.

Perbincangan lanjut akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kelak.

16/04/2022

Jenis Tanaman Hidroponik - Umumnya, Anda bercocok tanam menggunakan media berupa tanah. Akan tetapi, baru-baru ini dikembangkan p**a menanam berbagai jenis tanaman menggunakan media selain tanah.

15/04/2022

SISTEM PERTANIAN HIDROPONIK DAN AKUAPONIK MYSEEDSBANK, VERSI TERBARU VERTICAL FARMING YANG BERPUTAR

Untuk beberapa tahun, team kami telah melakukan penyelidikan dan kajian untuk menambahbaik sistem yang sedia ada dengan teknologi terkini.

Sekarang sistem vertical farming kami telah ditambahbaik untuk berputar supaya kualiti tanaman bertambah baik. Hasil daripada tuaian bertambah baik dan berkhasiat dengan teknologi terbaru ini.

Mari bersama-sama kami untuk bergerak kepada sistem pertanian yang lebih moden, pintar dan tidak mencemarkan alam sekitar. Cintailah alam sekitar dinegara kita.

Dalam video dibawah Prof Ts William Lee, CEO Myseedsbank bergambar bersama dengan versi terbaru set Vertical Farming.

14-04-2022 KUNJUNGAN DARI LEMBAGA PENGARAH, PIBG DAN GURU-GURU DARI SRJK (C) Choong WEN KE TAPAK PROJEK BUKIT JALIL, KUA...
14/04/2022

14-04-2022 KUNJUNGAN DARI LEMBAGA PENGARAH, PIBG DAN GURU-GURU DARI SRJK (C) Choong WEN KE TAPAK PROJEK BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Kami amat berbesar hati menyambut menerima kunjungan dari Ahli Lembaga Pengarah Zhuwen National Chinese Elementary School, Ahli PIBG Guru-Guru dari SJK(C) Choong Wen ke projek hidroponik kami di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Mereka telah diberikan taklimat sistem pertanian moden terkait dengan ternakan ikan, tanaman sayur-sayuran dan buah tembikai.

14-04-2022 MESYUARAT DENGAN BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM)  CAWANGAN MUAR DAN AJK MADRASH ALL NAJJAH MUARHari ini Team kami...
14/04/2022

14-04-2022 MESYUARAT DENGAN BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM) CAWANGAN MUAR DAN AJK MADRASH ALL NAJJAH MUAR

Hari ini Team kami Encik Mustapah bin Azmin (tel: 0183831617) telah mengadakan mesyuarat dengan Ahli Majlis Tertinggi dan AJK BBM Cawangan Muar serta dari Madrasah Al Najjah untuk memperkenalkan sistem pertanian hidroponik dan Akuaponik.

Briged ini dianggotai oleh berbagai lapisan masyarakat termasuklah Persatuan Ibu Tunggal.

Mesyuarat tersebut menimbangkan projek hiroponik diangkat sebagai salah satu projek untuk Biro Usahawan BBM Muar bagi tahun 2022. Cadangan melibatkan penggunaan tanah kepunyaan Madrasah Al Najjah untuk projek yang dinyatakan.

Kami amat berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk memperkenalkan sistem pertanian tersebut.

10-04-2022 KUNJUNGAN KELUARGA DIRAJA PERLIS KE TAPAK PROJEK DI BUKIT JALILHari ini kami amat berbesar hati menerima kunj...
10/04/2022

10-04-2022 KUNJUNGAN KELUARGA DIRAJA PERLIS KE TAPAK PROJEK DI BUKIT JALIL

Hari ini kami amat berbesar hati menerima kunjungan dari keluarga Diraja Perlis ke tapak projek kami di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketibaan mereka telah disambut oleh team kami yang diketuai oleh Professor William Lee, CEO Myseeds Bank yang juga telah memberikan taklimat projek dan mengiringi mereka melawat sekitar rumah hijau.

09-04-2022 KUNJUNGAN DEWAN PERNIAGAAN DAN INDUSTRI CINA KLANG KE TAPAK PROJEK DI BUKIT JALILHari ini rombongan daripada ...
09/04/2022

09-04-2022 KUNJUNGAN DEWAN PERNIAGAAN DAN INDUSTRI CINA KLANG KE TAPAK PROJEK DI BUKIT JALIL

Hari ini rombongan daripada Dewan Perniagaan dan Industri Klang (KCCCI) telah berkunjung ke tapak projek di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kunjungam mereka betujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengemai projek hidroponic dan akuaponik disamping mencari peluang untuk kerjasama (collaboration).

Penerangan telah diberikan oleh Prof William Lee, yang merupakan CEO Myseedbanks. Kami sentiasa mengalu-alukan semua pihak individu dan organisasi untuk sama-sama mencari peluang dan bertukar fikiran untuk dalam projek yang berasaskan pertanian dan industri makanan.

PROJEK VERTICAL FARMING (JENIS MENARA)Gambar dibawah menunjukan situasi projek vertical farming didalam rumah hijau. Kon...
09/04/2022

PROJEK VERTICAL FARMING (JENIS MENARA)

Gambar dibawah menunjukan situasi projek vertical farming didalam rumah hijau. Konsep begini sesuai kerana ia boleh pengunaan kawasan dapat digunakan sebaik mungkin.

Konsep ini boleh dilaksanakan dikawasan perumahan bandar (kebun komuniti) atau projek tanah terbiar diluar bandar. Untuk petani atau peladang sedia ada, mungkin projek ini boleh dilaksanakan sebagai strategi pelbagai tanaman.

Ia boleh juga sesuai dijadikan projek sekolah dan masjid yang mempunyai kawasan yang terbiar. Dengan jualan hasil tuaian, ia mungkin menjadi sumber wang tambahan kepada tabung sekolah atau masjid.

Salah satu ciri-ciri utama konsep ini, ia direkabentuk secara modular. Bermakna kita boleh memulakan projek secara kecilan ( mula dengan 3- 4 menara) dan sekiranya berjaya dan bertambah yakin, ia boleh ditambah.

/End

KONSEP OPERASI EKOLOGI HIJAU (MESRA ALAM) DAN SIFAR SISA BUANGANProjek yang kami ketengahkan walaupun bukan perkara baru...
09/04/2022

KONSEP OPERASI EKOLOGI HIJAU (MESRA ALAM) DAN SIFAR SISA BUANGAN

Projek yang kami ketengahkan walaupun bukan perkara baru, tetapi kami telah melakukan kajian yang mendalam supaya konsep terebut boleh dilaksanakan dengan mudah dan dengan kos yang rendah.

Ia tidak lagi dianggapkan sebagai pilihan (samada perlu atau tidak perlu), sebaliknya ia telah dijadikan disebahagian daripada sistem.

Kebaikan Konsep Hidroponik dan Akuaponik Yang Mesra Alam:

Pertama: Sisa buangan yang dikeluarkan dari cacing dan ikan dialirkan kepada system bekalan system sayuran, jadi kita tidak perlu menggunakan baja yang berasaskan bahan kimia.

Kedua: Jimat 90% penggunaan air berbanding dengan kaedah yang biasa. Cara ini memastikan sumber air diulang proses dan dikitarkan semula kedalam sistem.

Ketiga: Sisa buangan organik keseluruhannya dikitar semula untuk kegunaan kolam ikan dan sayuran. Langkah ini membantu mengurangkan kesan rumah hijau (green house effect), pencemaran alam sekitar dan dijadikan sisa buangan yang akan dibuang ketempat pembuangam sampah awam.

SOAL JAWAB (Q&A)  # 3Bolehkah saya menanam terung (eggplants or brinjals) secara hidroponik?Dari segi teknikal semua jen...
07/04/2022

SOAL JAWAB (Q&A) # 3
Bolehkah saya menanam terung (eggplants or brinjals) secara hidroponik?

Dari segi teknikal semua jenis tumbuhan sayuran, samada berdauan atau yang berbuah seperti terung, tomato dan lain-lain boleh ditanam secara hidroponik. Begitu juga dengan tumbuhan yang menjalar seperti rock melon.

Pemilihan tanaman yang berdaun dan berbuah dalam sistem hidroponik akan memerlukan set-up dan konfigurasi yang berbeza-beza. Begitu juga dengan teknik penanaman, kawalan dan penjagaan. Ia juga bergantung kepada kos untuk penyediaan tapak, penjagaan dan harus diambilkira harga pasaran.

Rujuk kepada artikel berikut untuk keterangan lanjut:
https://gardeningtips.in/growing-eggplants-hydroponically-brinjal-a-full-guide #:~:text=Brinjal%20can%20be%20propagated%20in%20the%20hydroponic%20system,to%20fruit%20stages%20is%2075%20to%2085%20Fahrenheit.

source: Gardening Tips

SOAL JAWAB (Q&A)  # 2Bagaimana saya ingin menjadi peladang kontrak dan apakah syarat-syaratnya?Salah satu daripada faeda...
07/04/2022

SOAL JAWAB (Q&A) # 2
Bagaimana saya ingin menjadi peladang kontrak dan apakah syarat-syaratnya?

Salah satu daripada faedah setelah tamat berkursus dengan kami, peserta layak untuk menjadi salah seorang peladang kontrak dengan kami. Kelayakan tersebut juga terpakai juga kepada projek dibawah individu, syarikat, koperasi dan organisasi yang yang telah menjalan projek pertanian hidroponik atau akuaponik dengan program kami.

Kebanyakan peladang-peladang mendapati kesukaran untuk membawa hasil kebun atau ladang kepasaran. Faktor kesukaran ialah lambakan dipasaran, harga yang tidak memuaskan dan tidak mendapat sokongan daripada pemborong.

Kami cuba menyelesaikam masalah tersebut dengan memberi pilihan kepada peladang kami untuk menjual hasil kebun atau ladang kepada kami untuk dipasarkan. Program B2B (Business-to-Business) ini merupakan komitment kami untuk membantu. Walau bagaimana pun, ia merupakan pilihan bukan paksaan kepada peladang-peladang dibawah program kami.

Berkenaan dengan syarat-syarat, peladang yang berminat mestilah menjalankan projek hidroponik atai akuaponik dibawah program yang dkendalikan oleh kami. Ini bermakna kebun atau ladang mesti dibina mengikut spesifikasi dan operasi mengikut SOP (Standard Operating Procedures) serta garis panduan yang telah ditetapkan. Ia bertujuan untuk memastikan kualiti tuaian yang baik serta mengambilkira permitaan pasaran semasa.

Sekarang kami buka untuk Kursus Hidroponik dan Akuaponik. Kursus selama 3 hari terbuka untuk peserta dari Selangor dan L...
07/04/2022

Sekarang kami buka untuk Kursus Hidroponik dan Akuaponik. Kursus selama 3 hari terbuka untuk peserta dari Selangor dan Lembah Kelang sahaja. Tarikh kursus ialah dari 12 Julai hingga 14 Julai 2022.

Kursus tersebut meliputi 2 hari online dan 1 hari praktikal di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Untuk kali ini, kami cuma akan mengambil 30 peserta sahaja.

07/04/2022
TEAM PENGURUSAN MYSEEDSBANK MELAWAT MENINJAU KAWASAN TAPAK PROJEKTeam pengurusan dan projek sentiasa meninjau perkembang...
07/04/2022

TEAM PENGURUSAN MYSEEDSBANK MELAWAT MENINJAU KAWASAN TAPAK PROJEK

Team pengurusan dan projek sentiasa meninjau perkembangan setiap projek yang dilaksanakan untuk peladang kami. Ia bertujuan memastikan projek berjalan lancar dan menepati SOP serta kualiti hasil tuaian yang menepati standard.

Team pengurusan projek yang berpengalaman sentiasa memberikan update terkini (kejayaan dan kegagalan) untuk sama-sama diamati oleh team pengurusan utama.

Kami yakin langkah tersebut akan memberikan sokongan yang kuat kepada peladang kami dimana-mana.

07/04/2022

TAPAK GREENHOUSE HIDROPONIC DAN AQUAPONIC DI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Didalam video dibawah, anda dapat saksikan suasana ditapak greenhouse hidroponik dan aquaponik dengan keluasan lebih hampir 2,000kaki persegi.

Disini kaedah vertical farming (tower) digunakan dan terdapat juga kolam ikan tilapia merah.

vegetables ,

07-04-2022 MESYUARAT DENGAN TEAM KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIAKami amat berbesar hati kerana telah dapat bertukar fikir...
07/04/2022

07-04-2022 MESYUARAT DENGAN TEAM KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA

Kami amat berbesar hati kerana telah dapat bertukar fikiran dan berkongsi idea secara online dengan team daripada Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDM) terkait dengan cadangan untuk melaksanakan projek indoor hidroponik dan akuaponik.

Untuk maju kehadapan, kami akan dengan lawatan tapak projek dan menyediakan kertas cadangan dan kaedah untuk sama-sama melaksanakan projek tersebut.

Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Polis Diraja Malaysia

SOAL JAWAB (Q&A)  # 1Seorang pekerja sebuah kilang berusia lebih 40 tahun dari Johor berminat untuk mengusahakan pertani...
07/04/2022

SOAL JAWAB (Q&A) # 1
Seorang pekerja sebuah kilang berusia lebih 40 tahun dari Johor berminat untuk mengusahakan pertanian hidroponik. Sebelum ini beliau mengusahakan ladang lembu. Tetapi beliau telah menjual lembu-lembu tersebut. Kandang lembu bersaiz 40 kaki x 40 kaki. Beliau bertanya macam mana ladang lembu tersebut boleh digunakan untuk projek hidroponik. atau akuaponik.
Jawapan:
1. Bekas kandang lembu tersebut bersaiz 40' x 40', amat sesuai untuk projek hidroponik dan aquaponik (sayur + ikan tilapia).

2. Untuk memaksimakan penggunaan kawasan, kami cadangkan projek vertical farming jenis menara (vertical farming method). Lihat contoh vertical farming dalam gambar dibawah.

3. Kos penyedian untuk memulakan projek dapat diketahui selepas melihat kawasan tapak dan juga keupayaan kewangan tuan punya projek. Kami cadangkan projek dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kemampuan kewangan.

4. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian dan agensi yang berkaitan ada menyediakan pinjaman dan geran dalam sektor pertanian, Kami syorkan tuan punya projek cuba memohon kemudahan tersebut.

5. Sekiranya tuan punya projek menjadi salah seorang peladang kontrak kami, hasil tuaian akan kami beli dan pasarkan. Tuan punya projek boleh juga menjual hasil kebun secara terus kepada pelanggan. Jualan terus kepada pelanggan tempatan, memberikan p**angan yang lebih tinggi,

6. Tanaman sayur-sayuran berbentuk daun salad, biasanya boleh dituai setelah 6 minggu di tanam. Manakala sekiranya memelihara ikan tilapia merah, ikan boleh dijual dalam masa 4 - 6 bulan mengikut saiz ikan yang diperlukan oleh pelanggan.

ANDA BOLEH MENJADI PELADANG KONTRAK  SEKIRANYA ANDA MENGUSAHAKAN PROJEK INI DENGAN KAMI.Semua orang boleh menjadi pelada...
07/04/2022

ANDA BOLEH MENJADI PELADANG KONTRAK SEKIRANYA ANDA MENGUSAHAKAN PROJEK INI DENGAN KAMI.

Semua orang boleh menjadi peladang kontrak dengan kami. Menjalankan pertanian kaedah hidroponik tidak memerlukan tanah. Dimana-mana kawasan yang sesuai, anda boleh mengusahakan ladang anda. Tidak kira dimana anda tinggal, dalam bandar atau luar bandar, anda boleh mengusahakan projek ini.

Yang baiknya kami menyediakan kelengkapan termasuk benih dan latihan untuk anda pada harga yang berpatutan. Dan yang paling penting, hasil daripada ladang dan tanaman anda, kami akan beli dan pasarkan. Jadi anda tidak pening mencari pasaran, supaya anda boleh tumpukan pada aktiviti-aktiviti penghasilan.

Lagkah pertama sekiranya berminat, sila hubungi kami. Kita boleh berbincang dan memberikan sebutharga kos untuk melaksanakan projek ini. Kemudian kita boleh membuat perancangan dan strategi langkah selanjutnya iaitu pelaksanaan.

Apakah Tanaman atau Sayuran Yang Digalakan untuk Kaedah HidroponikPada dasarnya semua jenis sayur-sayuran boleh ditanam ...
06/04/2022

Apakah Tanaman atau Sayuran Yang Digalakan untuk Kaedah Hidroponik

Pada dasarnya semua jenis sayur-sayuran boleh ditanam secara hidroponik. Tetapi sekiranya anda ingin menjual hasil tuaian atau ingin mendapatkan pendapatan yang lebih baik, kami cadangkan sayuran-sayuran salad seperti berikut:

1. Ramaine (Cos Lettuce)
2. Locarno (Green Lettuce)
3. Mondai (Red Oatleaf)
4. Alexandria (Butterhead)
5. Amandine (Red Lettuce)
6. Kristine (Red Oatleaf

Buat masa ini pelandang kontrak kami boleh menjual sayur salad ini dalam RM 30 - 40 sekilo bergantung kepada jenis pelanggan.

Walau bagaimana pun, anda boleh tanam sayuran lain sekiranya ada permintaan dari pelanggan,

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan pelbagai geran-geran yang berkaitan kepada yang berminat...
06/04/2022

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan pelbagai geran-geran yang berkaitan kepada yang berminat menjadi petani dan usahawan didalam sektor pertanian.

Sila layari laman web Kementerian untuk mendapatkan keterangan lanjut. Klik link dibawah.

MAFI menawarkan insentif fiskal bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan. Galakan ini diberi sebagai dorongan atau galakan kepada syarikat swasta untuk melaksanakan projek pengeluaran bahan makanan. Ia bertujuan untuk menarik penyertaan dan meningkatkan pelaburan pihak swasta di dalam i...

CADANGAN KAMI KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN PERTANIAN MODEN, HIDROPONIK ATAU AKUAPONIK,Sekiranya anda berm...
06/04/2022

CADANGAN KAMI KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN PERTANIAN MODEN, HIDROPONIK ATAU AKUAPONIK,

Sekiranya anda berminat, kami menawarkan set Menara Vertical Farming. Anda boleh manjadi petani moden dengan solusi kami dengan harga yang berpatutan. Kaedah menara (vertical farming) tidak memerlukan kawasan yang besar.

Ia boleh dilaksanakan sebagai kebun bandar dikawasan perumahan bandar. Boleh juga dilaksanakan didalam kawasan rumah teres.

Dengan menjadi petani kami, faedah yang bakal di terima adalah seperti berikut:

1. Set lengkap vertical farming hidroponik solution atau akuaponik. Harga set bergantung kepada keperluan anda, termasuk benih-benih dan baja-baja yang diperlukan.

2. Kursus selama 3 hari dan diberi sijil yang dikeluarkan oleh badan persijilan antarabangsa.

3, Anda layak menjadi peladang kontrak dengan kami, dimana kami akan membeli hasil tuaian anda pada harga yang dipersetujui.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut ditalian 011 5333 7138.

Nota:
Dibawah adalah gambar-gambar Vertical Farming Hidroponik salah satu daripada peladang kontrak kami,

Kursus Pertanian Hidroponik dan AkuaponikSekiranya anda berhasrat untuk menjalankan projek pertanian hidroponik atau aku...
06/04/2022

Kursus Pertanian Hidroponik dan Akuaponik

Sekiranya anda berhasrat untuk menjalankan projek pertanian hidroponik atau akuaponik, kami menyediakan kursus selama 3 hari, Kursus tersebut memberikan pengetahuan yang cukup untuk memulakan projek dan memastikan operasi kebun dilaksanakan sebaik mungkin. Kursus tersebut adalah 2 hari didalam talian (online) and 1 hari praktikal di tapak kebun.

Setelah tamat kursus, anda akan dapat dua sijil yang dikeluarkan oleh organisasi persijilan antarabangsa berikut:

1. Certificate in Smart Urban Farming Future Food Solution dari
International Education Society, London, United Kingdom

2. Certificate in Smart Urban Farming Future Food Solution - Competencies in Vertical Hydroponic and Aquaponic, Farming Skills, Urban Farming and Entrepreneurships Skills dari International Certification Institute, Czech Republic.

Tunggu berita selanjutnya program latihan dan kursus yang akan dijadual untuk tahun 2022.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi admin ditalian 011 5333 7138

Nota: Dibawah disertakan gambar contoh sijil-sijil yang anda akan dapat setelah tamat berkursus selama 3 hari.

Anda Berminat untuk Pertanian Secara Moden?Sekiranya anda berminat dalam sektor pertanian dan berminat untuk melaksanaka...
06/04/2022

Anda Berminat untuk Pertanian Secara Moden?

Sekiranya anda berminat dalam sektor pertanian dan berminat untuk melaksanakan pertanian moden, kami boleh membantu anda.

Ada dua kaedah yang anda boleh laksanakan iaitu kaedah hidroponik dan akuaponik. Kaeadah ini tidak memerlukan tanah dan kawasan yang besar.Jika dilakukan dengan cara yang betul, hasil dari tuaian agak lumayan.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi kami ditalian 011 5333 7138.

Nota: Gambar dibawah adalah gambar sebenar di projek pelangga kami di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang diambil baru-baru ini.

29/03/2022
Koperasi Kump**an Johawaki Berhad (KKJB)Pada 23 March 2022, team pengurusan KKJB telah melawat tapak rujukan (reference ...
29/03/2022

Koperasi Kump**an Johawaki Berhad (KKJB)
Pada 23 March 2022, team pengurusan KKJB telah melawat tapak rujukan (reference site) projek hidroponik dan aquaponik kami di Bukit Jalil, Selangor.

Tapak projek yang berkeluasan 2,000 kaki persegi merupakan sebuah binaan rumah hijau (greenhouse). Berbagai jenis sayur-sayuran ditanam secara kebun menegak (vertical farming) dan juga ternakan ikan tilapia merah.

Team pengurusan KKJB meninjau projek ini dan mempelajari kebaikan kaedah pertanian, pengurusan dan operasi kebun serta kos untuk memulakan projek seperti ini. Team Myseeds Bank yang menjalankan projek ini, sangat berbesar hati memberikan taklimat lengkap dan bersedia membantu KKJB untuk memulakan projek mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertanian moden, sila send message kepada Admin.

Kump**an Johawaki Berhad #

Address

Myseeds Bank, Block A, Level 2, No. 5, Seri Gembira Avenue Jalan Senang Ria, Taman Gembira
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertanian Moden - Hidroponik dan Akuaponik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category